Friday, May 29, 2009

Tauhu Sumbat, Rojak Tauhu & Bun Coklat rcp dari Jepun

Assalamualaikumw.b.k,
Selamat Pagi Jumaat yg ceria dan penuh keberkatan.. ni menu smlm sebenonya.. lama dah nak makan rojak tauhu & tauhu sumbat.. selalu makan ngan kuah kacang..tetiba dak hana, makyung dari Kanazawa Jepun tu post lak resipi ni kat sini.. ape lagik..x kira la tauhu tu mahai.. beli la jugak dah teringin punya pasal..kalau kat msia singgit dah dapat bnyk keping.. ni 2 keping je dah NZD 5.. he..he.. nak wat camner kan.. nanti la belajo2 wat tahu sendirikk.. ntah ape la rasanya kalau as buat sendiri.. Mekasih ya Ina.. sedap sgt..kena sgt ngan tekak kami yg kuat pedas ni..tapi akak x celur togey tu..anak2 suke yg fresh2..derang ni antu sayo..kerpas kerpus gitusss!! akak copy paste ya rcpnya kat sini..sayang Ina! muahhh!!! tapi suke2 akak ejas2 sket.. letak belacan sket.. dan utk kuah rojak tu pun sama akak tambah petis sket.. as potong kecil2 tauhu tu dan goreng garing2..teringat plk tahu bakar kat JB tu.. hu..hu..

beberapa keping tauhu
timun - potong halus cam btg mancis
carrot - potong halus n celur
taugeh - celur
UNTUK SAMBAL
1 mangkuk kecil cili padi - ikut tahap kepedasan masing2 la yer!
2-3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 cawan kicap manis Jalen@kicap apa2 la (as guna kipas udang-lps makan kita bekipas!!)
kacang tanah tumbuk
Cara-cara
Potong tauhu segitiga. goreng hingga kekuningan dan angkat.
Belah bahagian tengah. dan sumbatkan ngan timun,carrot dan juga taugeh. ketepikan.
Untuk Sambal - blend cili padi, bwg putih, gula dan juga kicap. jika perlu tmbhkan air masak sedikit
Masukkan ke dalam mangkuk. dan campurkan ngan kacang tanah. Gaul.
Curah ke atas tauhu yg siap dsumbat tadi. siap utk dmakan!


Smlm Ros aka onigiri post rcp bun lagi kat MyR..nak try la jugak.. memula x confident nak buat takut x menjadi.. tapi anak2 mmng suke bun coklat ni.. alhamdulillah..gebu sungguh dalamnya tu.. terubat rindu anak2 nak makan bun coklat gardenia cam kat msia tu..as guna nutella utk inti yg bun yg bulat tu dan whipping cream utk yg pnj2 tu...pastu tabur mcm2 atas tu..mekasih ya ros..akak copy paste rcp kat sini..minta halal.. sayang ros! muahhhh!!


Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.
Cara-cara
Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

Thursday, May 28, 2009

Bun Pandan & Laksa Penang Perantau

Assalamualaikum w.b.k,

Ni ler bun pandan hasil campur tangan chef2 cilik kat dapo malam tadi.. he..he.. bio ler.. Nurin tukang sukat semua bahan, aisya duk buh pandan paste dan nurul dok tabur kelapa atas tu..walaupun comot, alhamdulillah sedap & gebuss sungguh bun ni.. Buat cikgu ros.. terima kasih sudi share rcp bun pandan ni ya..aritu dah buat tapi x sempat nak posing. Kak As buat inti kelapa & kaya. X boleh nak tunjukkan inti tu sebab nak buat bekal anak2 & hby esok..walau aisya buh pandan paste telebey, sib baik x menjejaskan rasa bun tu..terlebey sedap ada ler..

Bahan-bahan ( menghasilkan 16-18 biji bun )
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
Cara-cara
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.



Laksa Penang Perantau.. kalau dah ada nama perantau tu..he..he..paham2 je la ekk.. guna bahan2 ape yg ada je la.. Menu semalam.. MyLaling tengah x sedap badan..buat le laksa ni..bio ada selera sket.. Laksa ni pebret no 1..anak as yg sulung..

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
1paket laksa beras (400gm)
*Bahan kuah laksa*
1 tin makeral in oil dikisar
3-4 asam keping
1 labu bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
2 btg serai dipotong 2 dan diketuk
1 senduk cili kering yg dikisar
3 cm belacan -dikisar
segenggam daun kesum
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji nanas madu- dihiris (as guna nenas dlm tin)
1 batang timun - dihiris memanjang
1 biji lemon di potong 4
4-5 helai daun salad - dihiris

Cara-cara
*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus hingga lembut & ditoskan
*Kuah laksa* Rebus semua bahan yg dikisar bersama air..ikut suka bnyk mana, masukkan makeral yg dikisar, asam keping,serai ..didihkan.. perasakan dengan garam dan masukkan daun kesum.Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya
.

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum w.b.k

Lauk kegemaran kami sekeluarga..dari last week lagi Cik Abg dah sebut2 ..bila nak masak lauk ni..Cik Adik..sibuk ngan menu2 yg lain je..tetiba tergerak lak nak buat.. kalau yang namanya Nurin Nazifa tu, makan x hengat dunia..pebret dia betul asam2 pedas nih! jeruk sawi tu buat dia bertambah selera.. kebetulan rcp as pun sama ngan rcp CMG yg as skodeng kat sini.. so as copy paste je kat sini..






Bahan-bahan ( 5 orang )
600 g ayam
5 kelopak sawi jeruk
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
1 cawan cili kisar
BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
BAHAN2 LAIN:-
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan.
Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas
.

Tuesday, May 26, 2009

Madeleines, Nagasari & Tepung Bungkus

Assalamualaikum w.b.k,
Pagi ni jenjalan jap kat pekan TeAroha ni..lain yg dicari lain lak yg terjumpa. Jumpa plk acuan Madeleines ni.. sambo le satu..Kebetulan Cikgu Ros ada post rcp baru.. Ingat nak ke Hamilton weekend ni mana tahu bole jumpa acuan kuih ni, tak sangka lak ada jual kat pekan kecik ni.. Buat ros, terima kasih sudi kongsikan rcp, cayang dia..lps ni post lagi rcp bebanyak kat MyR ya..akak buat 2 adunan ros, takut x cukup lak buat 1 adunan tu.. rasanya macam kuih bahulu..kirakan bahulu moden la ekk!! minta izin kongsikan diblog akak ni ya ros.. maaf la gambar x secantik rupe sebonar maklum la, guna HP je!!

Dapat la banyak ni ha...kalau masak 2 adunan..

ini ler rope acuannya.. bau kedai lagi tuh!! x rugi beli, memang sedap kuih ni..

Bahan-bahan ( menghasilkan 18 biji madeleines )
125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
90 gram gula
125 gram tepung gandum
125 gram butter ( cairkan)
4 gram baking powder (1 sudu kecil)
25 gram madu (1 sudu besar)
sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren
Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madelines tadi.
Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scop adunan dah isikan 80% dlm acuan. akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, Ok dah siap, sesuai untuk minum petang, bentuk pun comel je.
jika tiada acaun madeleines ,boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko ataupun ape juga perasa kegemaran anda, nak tambah coklat cip pun boleh. Selamat Mencuba
Ni plk Tepung bungkis, wat minum petang anak2 ngan hby smlm..as merasa gak sket utk berbuka puasa.. Ikutkan cara bungkusnya cam kuih koci, tapi nak cepat la katakan, wat sama bentuk ngan Nagasari tu.. Resipi PrincessHaryati ni as ada adjust2 sesuka hati as je.. sori ya princess.. rcp cilok kat sini..

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke ats api kecil
utk inti;
1/2 biji kelapa parut (as guna kelapa kering)
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut (as hanya taburkan sedikit tepung gandum)
sehelai daun pandan di simpul
Cara-cara
Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Kuih Nagasari ni memang pebret kami sekeluarga, kat sini x ada pisang raja, guna aje pisang biasa yg ada kat sini..alhamdulillah sedappp!! terima kasih wat NisaMPB.. rcp skodeng kat sini


Bahan-bahan ( 12-15 biji )
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
Daun pandan, disimpul
Daun pisang secukupnya
Cara-cara
1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
**Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

Monday, May 25, 2009

Kuih Dangai @ Rangin , getas2 dan apam beras

Assalamualaikum w.b.k,

Lama x update blog line Internet sejak kebelakangan ni agak kurang sihat lak.... Sabo je la.. Weekend aritu Hby & anak2 teringin nak makan kuih dangai @ dikenali juga sebagai kuih rangin..Org melayu sebut kuih Dangai, org jowo2 cam as ni sebut Kuih Rangin.. Disebabkan kat NZ ni sebijik kelapa pun mahai gilezz..as guna je la kelapa kering.. alhamdulillah..ghau! ghau! bau dia.. apam beras lak wat bf ari minggu aritu..

Bahan-bahan : loyang bulat 19cm (dapat 2 keping)
2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave)
Hasil yang lebih sedap adalah menggunakkan kelapa parut..
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula( manis ikut suke)
Cara-cara
Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
:: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga..
:: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..

dah alang2 wat kuih dangai tu, wat la sekali kuih getas2 nih.. mmng selalu kalau wat kuih ni mesti guna RCP Che'Iza ni.. dan rcpnya cilok kat sini alhamdulillah semua suke..terima kasih wat Che'Iza kerana sudi kongsikan rcpnya ini..

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut (as guna kelapa kering)
130 ml air
secubit garam
* 3/4 cwn gula
* 1/2 cwn air
* sehelai daun panadan
Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.
He..he..ape yg tersenyum lebo beno kat bawah tu.. tu ler apam beras rcp Cha.. sedap makan dengan kelapa atau dingap begitu sahaja.. Kalau bekenan dan nak cuba boleh refer kat bawah atau kat Myr..

Bahan2.. untuk Apam Beras
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
blend nasi dan air sehingga hancur.
setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
perap selama 3 jam.
masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Thursday, May 21, 2009

Laksa Johor Perantau & Agar-agar Cokletie

Assalamualaikum w.b.k

He..he..memang layak digelar perantau sebab guna bahan ape yang ada.. Maklum lah baru berpindah kesini, daun kesum pun baru nak idup.. puas cari2 basil leave pun x de..maklum lah dah nak masuk winter ni kurang sket ka pasaran.. sib baik rakyat jelata makan x cerewet.. walaupun serba kekurangan, alhamdulillah semua suke..


Bahan-bahan ( 10 orang @ satu family)
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
2 tin Makeral in Oil -dikisar
udang basah 100gm direbus dan dikisar
**Bahan B (dikisar)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1/2 cwn kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan
garam secukup rasa

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji (as guna lemon)
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
lobak masin dihiris halus
bawang besar dihiris halus
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus (as x guna sebab x ada..hu..hu)
** Sambal Belacan
-lada kering 10 tangkai - digoreng
-Belacan secukupnya-dibakar
-Bawang Merah 1 biji kecil
(Kisar semua bahan)
Cara-cara
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan dan udang yg telah dikisar. Setelah betul2 garing dan naik minyaknya masukkan 3 mangkuk air dan santan pekat.
masukkan asam keping
tambah garam secukup rasa dan masukkan kerisik.
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan dan sedap..Biar mendidih hingga minyaknya naik dan kuah nampak cantik dan sedap!..


Ni lak pebret anak2.. rcp dari kak yatieZaini, ntah ler dah berapa kali ulang2 buat..anak2 suke betul..mekasih wat kakyatie sudi kongsikan rcpnya ini.. disini

Bahan-bahan ( 4 orang )
a. 100gm coklat masakn
1 sm mentega
b. 4 keping roti dipotong kecil
200ml susu cair
100ml air
2 biji telor (dipukul)
sedikit esen vanilla
c. 6gm agar2 serbok
300ml air
5sm gula
Cara-cara
Bahan (a) dicairkan secara double boil..
Bahan (b) .. masukkan kedlm blender n diblend sekejap..
Masakkn bhn (c) .. hingga semuanya hancur n megelegak ..
Masukan bahan (a ) yg tlh cair n (b) yg siap diblend kedlm no.3 .. kacau hingga mengelegak ..
Boleh ler dimasukkn kedlm acuan kegemaran masing2 ..
Simpan dlm peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan ..

Tuesday, May 19, 2009

Nasi Minyak, Daging Kandar & Bun Kentang

Assalamualaikum w.b.k,

Menu ni dah selamat masyuk perut pun tapi nak gak selitkan dalam entri kali ni.. Menu weekend aritu, Nasi Minyak ni layan ngan Ayam masak merah,daging kandar dan paceri nenas.. kat NZ ni kalau x masak nasi minyak nak tunggu sape lak kawin.. alamat x merasa la kan?? he..he..

Rcp asal Nasi Minyak ni rcp dari tulip77,as ambil di MyR.. tapi as ada adjust2 sket.. anyway 2 thumbs up! Semua kata sodap..Terima kasih wat tulip sudi kongsikan rcpnya..

Bahan-bahan ( 6 org )
1/4 cawan minyak sapi (as guna 1sdb minyak sapi dan 2 sdb minyak masak, sbb x berapa suke bau minyak sapi tu)
2 biji bwg putih,dicincang
2 biji bwg besar,dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih,ditumbuk
2 cawan beras (as guna beras Jasmin je)
2 cawan air
1 cawan susu cair/fresh milk
2-3 titik pewarna kuning
1/2 cawan kismis
3 helai daun pandan
untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
Cara-cara
Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Rcp Daging Kandar ni dari kekanda ku yg jauh nun di Rembau N.9 tuh.. kancan jowo gak.Asal dari Johor gak Kak Asma ni.. kak, tenkiu sudi share rcp.. as copy paste di sini ya..
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
Cara-cara
daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Ni lak Bun Kentang, Rcp dari Ros nun jauh di Tokyo tu.. Bun Kentang ni memang pebret Abg Wan tau Ros.. sib baik ros post rcp ni..kena lak time Kak As nak wat lunch box utk derang ni.. So, inilah hasilnya.. lulus ke x ni Cikgu.. rope memang out, tapi rasanya alhamdulillah, lemak2 dan gebus sungguh ler! brp la kali ni markahnya yekk!!..

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
(untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
Cara-cara
-Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
-kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
-klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, -keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...

Friday, May 15, 2009

Sup Tulang,Popia & Puding Soya Bean

Assalamualaikum w.b.k
Semalam memasing cam kena sakit tekak je.. tepikir2 ape nak bagi derang ni selera makan.. buat ler Sup Tulang masam2,pedas ni.. he..he..sib baik licin.. layan ngan lauk2 (x yah le post kat sini) Utk minum petang lak as wat popia goreng & yg bersira tu dan juga Puding Soya Bean (x tau dah berapa kali buat ntah.. anak2 request)

Sup Tulang Masam2 pedas..

Bahan-bahan ( 6 orang )
1kg tulang lembu
4 ulas bawang putih- dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 inci halia
1 sup bunjut adabi
2 btg serai- dipotong 2 dan diketuk
1 kiub ayam
Air secukupnya
Garam Secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
7biji cili padi (pedas ikut suke)- diketuk
3 biji limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 biji ubi kentang -dipotong 4
1batang lobak merah
Cara-cara
-Cuci tulang hingga bersih dan rebus hingga daging agak lembut..
-Tumis bahan2 yg dikisar hingga kekuningan..masukkan sup bunjut dan sedikit air..tumis hingga agak garing dan masukkan kedalam kuah tadi..masukkan garam ,kuib ayam dan serai. Rebus hingga betul2 empuk..kalau suka letak kentang,carrot dan batang celery..masuk sekali cili padi..
-Setelah siap taburkan bawang goreng,daun sup dan perah limau (masam-ikut suke)

Rcp sodap ni dari adik ku yg jauh nun di Kanazawa Jepang tu..sapo laiee.. hana ler..kancan ngaomong jowo.. as buat 2..sebab kat umah ni ada minah cerewet makan, sapo laiee..dak Nurul la.. x po la..bukan susah sgt pun 1 sira , 1 lagi x sira..Ibu x kisah pong, asalkan Nurul nak makan..


Bahan2:
kulit popia secukupnya
UNTUK INTI
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang
1 mangkuk kubis yang dihiris halus
taugeh - jika suka (as ganti ngan telur dadar dihiris halus)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula
UNTUK SAMBAL SIRA
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai
Cara-cara
UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Puding Soya Bean
Resipi asal dari kekandaku nun di S'pore tu.. cayang kat dia..rcpnya best2!

bahan2:
1 ltr air kacang soya (1 kotak)
2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
Bahan tambahan :-
Buah2an dlm tin ikut selera
ATAU secukup air gula/melaka
Cara-cara
Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah...

Thursday, May 14, 2009

Daging Merah & Telur bungkus

Assalamualaikum w.b.k

Hu..hu... bzy2..jengah blog jap.., smlm dah layan tag2 ari...kali ni add rcp plk. Daging merah ni pabret kami sekeluarga. Sedap bebeno layan ngan sambal belacan,tomyam dan yang sewaktu dengannya... rcp Daging merah juga dah dikongsi di sini .


Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah) kalau guna daging batang pinang x perlu rebus..
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana
Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

2 biji telur
100gm udang - buang kulit
100gm isi ayam - di cincang
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
50gm sayur campur (peas,jagung,lobak)
Garam dan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
daun sup - hiris halus
Cara-cara
panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih.
kemudian masukkan isi ayam. gaul hingga air ayam tu kuar. pas tu masuk udang. - gaul rata. masuk lak mix veggie, sos tiram lada sulah dan garam
gaul2 kejap pas tu masuk daun sup. angkat.
Pukul hingga kembang. - panaskan kuali. tuang sedikit minyak. masuk telur dan golek2 cam buat kuih dadar.
pas tu biarkan kejap hingga bhg bwh telur nampak hangus sedikit. tutup api. - masuk bahan yang di tumis tadi. kemudian boleh la melipat atau membungkus..

as masukkan telur dlm mangkuk dan masukkan inti dan telangkupkan kat pinggan..cam wat nasi pattaya tu..

Tuesday, May 12, 2009

Jawab Tag dari Hana

Assalamualaikum w.b.k..
Arini lak nak jawab tag dari dak hana sebelum berkulat dalam tempayan tu.. baik jawab..takut dah tumbuh akar lagi susah nak cabut pun payah..ekekekekkk.. sori ler ina! akak try gak jawab yea.. ni pasal Kak As & Abg Wan ke?? hu..hu..


1. When was your engagement?
Alhamdulillah ingat lagi tau.. kami bertunang pada 28 April 1995.. masa tu umo as 20thn..Abg Wan convert sebelum kenal as lagi.. Alhamdulillah dia memang benar2 cinta Islam.. kami bertunang 1 thn je..

2. When is your marriage anniversary?
1 Jun ni..a..dah x lama lagi..lagi beberapa minggu je lagi..doakan semoga Perkahwinan kami ni kekal dan bahagia hingga ke akhir usia... Alahmdulillah nak masuk 13 tahun dah kami melayari bahtera perkahwinan..


3. How long have you known your spouse?
X lama sgt kenal Abg Wan ni.. tapi dah jodoh kami.. kejap ke lama buka ukuran...



4. How long did you date before you got engaged?
Date?? koje 1 company ... x date2 sgt.. main jeling2 je..as kat opis, Abg kat Machine.. kat bawah Machine pun dia boleh curi2 pandang tau..he..hee...ampon bang!!! ... pecah rahsia.. x caya?? tanya dia..mesti dia x ngaku.. :P

5. Where did you meet your spouse?
Kat tempat koje lama.. tapi masa tu kenal gitu2 jer..selalu terjumpa bila time nak solat..


6. Do you have any children?
alhamdulillah ada 4 puteri.. Nur Ainaa Nabihah 12thn, Nurin Nazifa 10+, Nurul Khairunnisa 7+ dan Nur Aisya Najwa 4+... kat dinding umah tu ada gambar buah ati kami.. anak dara 4 org tu..muke semua ikut muke ayahnya..

7. Do you have any pets?
x do la pulak....tapi anak2 suke kucing..


8. Do you own or rent?
Kat NZ ni rent la kan.. kat Msia ada la ..tapi masih lum abis bayo.. InsyaAllah x lama lagi settle la tu.. sesape free2..boleh la tolong sapu2 abok kat umah tu yea.. muhahaha..

9. Do you live in the country, city/town?
Aii.. nak tau gak ea. bandar gak la..tapi bandar kecik je.. yg penting ada asian shop tu.. tapi bandar ni di kaki gunung santteekkk..

10. What is your favorite activity you do together?
Kitaorg suke jenjalan... picnic.. foot spa di hot pool & watching movie .. tapi skrg x brp nak enjoy sgt coz.. buah hati yg sorang tu jauh..kalau kemana2 tetap ingat kat diaa....:(... akak ibu rindu kat akak!!! hu..hu...


11. Do you have a favorite vacation spot?
ermmmm... suke main badminton ..tapi skrg windy.. bnyk duk dlm umah je..


12. How many siblings do you have including in-laws?
Fmly as 11 orang 7L 4 P so campur ipar duai ada 21 org.. anak sedara ada 43 org..dan kami dah ada seorang cucu..sekali kumpul amik ko..gamat!!.. blah hb 6 org! 5L 1P ...tapi anak kami semua pompuan rezeki kami la tu kan???hehehehe


13. What mosque do you attend?
kat sini tkde Masjid.. kalau di Hamilton ada.. kat sini surau ada la.. as solat diumah ngan anak2..Abg Wan solat di surau..


14. Is this the mosque you got marrried in?
Kami bernikah kat umah je.. Cukup smua.. Seorang kadi, Pak Imam, Saksi jgn cakap la..dlm ngan luar umah.. yg jengah2 kat tingkap pun ada..he..he..


15..What town is your current address?
TeAroha City, Hamilton New Zealand... nape?? nak datang.. meh datang visit kami reramai...jgn lupe bwk durian,rambutan, daun ubi, nangka muda..he..he bnyk songeh lak..

16. Do you work or stay home?
sekarang x koje dah.. 6 tahun lepas koje.. Skrg jadi MD,Maid,Driver,Waiter,tailor...mcm2 lagi jawatan as pegang... best tul..


17. Where did you go for your honeymoon?
Masa tu plan nak gi bali..tapi adik ipar lak kawin..so, cuti pun tinggal seciput je.. settle smua just honeymoon dlm Msia je..x pe la..yg penting heppppiiii...alhamdulillah skrg honeymoon kat NZ...honeymoon sampai x balik2 Msia..hu.hu...


Leave a piece of marriage advice
Terimalah pasangan kita seaadanya, jujur dan saling mempercayai.. sentiasalah bertolak ansur..sentiasa tabah menempuh pelbagai dugaan..teringat arwah abah selalu pesan.."pakat2 yea..& banyak bersabar " maksudnya sentiasa bersepakat la.. org tue2 ni dia pesan ringkas je..mcm pesanan sms tu..tapi maksudnya cukup mendalam..


19. Nak tag sapa yer.. saje2 nak tau gak ape pulak pengalaman mereka kan??? tag ini sekadar suke2 je.. x buat pun x pe..tapi kalu rajin buat la yea..
- Ros aka Onigiri
- Kak Asma
- Maria Zaina
- My Favorite SiFu.. (SiFU M!RZa)
- UjiE

Monday, May 11, 2009

Tag award dari Kak Asma



Inilah dia Kak Asma yg manis & rajin ziarah blog as..

Assalamualaikum w.b.k

Arini nk jwb tag dari Kak Asma dari rembau Negori 9..(betul ke??) yang dah beberapa hari tersimpan kat tong pos..1st nak ucap terima kasih kat Kak Asma coz sudi share award dan bagi tag kat as.. nyambil2 kukus serimuka tu as jawab ya..baru arini sempat nak jawab... tag nya berbunyi begini..nyatakan 10 perkara @ 10 fact about as..

Awards


1. As anak ke 9 dari 10 orang adik beradik.. 6L 4P..as anak bungsu perempuan
2. Berasal dari Johor Bahru, la ni ikut suami di NZ
3. Seorang Isteri kepada seorang suami bernama Mohd.Ridhwan Bin Abdullah
4. Seorang Ibu kepada 4 orang puteri yang bernama 1.Nur Ainaa Nabihah, 2.Nurin Nazifa, 3.Nurul Khairunnisa, 4.Nur Aisyah Najwa
5. Gemar mencuba pelbagai resipi walau x pandai masak.. he..he
6. Boleh jahit langsir tapi x pandai jahit baju..hu..hu
7. Suka keadaan yg tenang..
8. Suka masak tapi tak suka makan (camner tu???) patut la kudut...
9. Suka makan masakan org.. tapi orang suka makan masakan as???
10. Rindu...nak balik Msia.. huwaaaa!!!

Donut, Pizza, Nasi goreng Tomyam dan Roti Jala Berinti Kari Kentang & Daging

Assalamualaikum w.b.k

Sebenornya ni menu smlm.. b'fast as wat Pizza & Donut, Lunch Nasi Goreng Tomyam dan Roti Jala Berinti kentang & daging sebagai minum petang..
Pizza ni as guna doh donut tu.. rakyat jelata suke sgt sebab lembut jer.. utk tarik minat anak2 as wat la donut tu.. as skodeng rcp HaSue di MyR..terima kasih wat HaSue kerana berkongsi rcp yg best ni..best sgt2..

Bahan2:
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening -as guna vege shortening
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee[edited]
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Nasi goreng Tom Yam ni pun best le sesangat.. ni pun cilok rcp kat MyR tapi ejas2 sket rcp adik akak dari Kanazawa tu.. dik Hana..mekacih ya Hana, mangan kambek ndok & krupuk waie.. nek eneng KFC kan walah enak yo!! he..he kuie pun kabeh sukak banget lo..;)
Bahan2:
2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam
Cara-cara
Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
SeLaMaT MenCuBe!
Roti Jala ni, kes nak cepat. Selalu buat camni je.. Pebret MyHby. Roti Jala Berinti Kari Kentang dan Daging..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

cara
Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Bahan Inti:- Seperti membuat inti karipap(sediakan inti terlebih dahulu)

500gm kentang - potong dadu
1/2 inci halia-dikisar
1 labu bawang besar- dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
Minyak utk menumis
Cara2 :Panaskan minyak, tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau dan masukkan daging kisar dan serbuk kari, gaul rata. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa dan kentang yang dipotong dadu tadi..masukkan sedikit air,masak sehingga kentang empuk dan taburkan daun sup. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.k,

Terima kasih atas ucapan " Selamat Hari Ibu" kad di atas adalah datangnya dari Kak Ina KL.. terima kasih ya Kak Ina..atas ingatan Kak Ina sempena hari Ibu.. Sebak rasa bila kenangkan segala jasa dan pengorbanan ibu kita. As sudah kehilangan ibu tersayang sejak berusia 13 tahun lagi.. Rasa kehilangan "sesuatu".. tapi alhamdulillah Allah mengurniakan seorang Ibu Mertua yang sangat penyayang seperti ibu sendiri..walau kami berlainan agama tapi alhamdulillah kami serasi..terima kasih buat mama kerana menerima diri ini seadanya..

Selamat Hari Ibu buat Mertuaku Madam Pappa.. Baru jap call mama di Melaka, kemain gembira lagi dia. Hu..hu rindu ngan masakan mak.. x sangka lak mak pun rindu ngan masakan As.. alahaiii.. Buat semua yang bergelar ibu,Mama,Mak,Umi.. Selamat Hari Ibu dari As.. semoga kita terus menjadi ibu yang mithali buat anak2 kita..

Greatest Mom Mother's Day Cake Mother's Day Flowers

Saturday, May 9, 2009

Masak Lemak Cili Api, Kangkung & Telur Asin

Assalamualaikum w.b.k

Hik..hikk dah 2 ari x makan nasik memasing merengek nak nasik lak.. mcm2 hal derang ni.. Teringat Pak Cik Azmi dtg aritu bawa utk kami ikan. Lum dimasak2 lagi.. so, teringat lak pebret My.Hby Ikan Masak Lemak Cili Api. Memula ingat nak masak 3 rase tapi last week baru masak so, change menu lak la. Sayo lak layan Kangkung goreng belacan dan telur asin.

Bahan2:
1 ekor ikan- dibersihkan dan digoreng
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang merah-dikisar
1inci halia
2 btg serai- diketuk
1helai daun kunyit (kalau ada bestnyerrr)
6 biji cili padi (pedas ikut suke)
1/2 sdt serbuk kunyit (kalau ada kunyit idup pun bestnyee)
santan secukupnya
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Ikan dibersihkan, letak sket kunyit dan garam - digoreng garing
Masukkan semua bahan +air dan didihkan, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa dan gaul rata, setelah mendidih masukkan ikan.

Kangkung Goreng Belacan
Bahan2:
1 ikat kangkung
1/2 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
Cili Padi @ cili kering- dikisar
sedikit belacan-dikisar
garam secukup rasa
Cara2:
Kangkung dipotong dan dibersihkan asing kan batang dan daunnya..
Tumis bahan2 yg dikisar, setelah naik bau masukkan garam dan sedikit air
Masukkan batang kangkung dan gaul rata, setelah agak layu masukkan daunnya pula, jgn terlalu layu kereng sedap plak.. Siap!!
Resipi asal seperti dibawah tapi as dah durhaka sket.. guna telur ayam & hanya rendam ngan air garam sahaja.. kira durhaka bnyk ler tu ekk..tapi hasinya sedap. Elok je masinnya tu..cuma warna kureng cantik la..lps ni tukar telo itik lak..idup2 ingat ni telo itik rope2 nya telo ayam kampung NZ..ekekek...tipah tertipu!!

Telur Asin

10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara
Bersihkan telur & jemur seharian
Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
Selepas 2 ke 3 minggu, boleh la direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.

Friday, May 8, 2009

Yaki Soba Pan & Cheesy Milky Bun

Ini la koje makcik kantin..tiap2 malam nak nyiapkan lunch box utk rakyat jelata.. Utk kekanda & anaknda.. kekadang naik penin nak wat ape..cian kat derang, x kan menu yg sama je, So, sblm masuk lunch box memasing, posing jap kot2 Cikgu Ros dtg nak check homework.. Nak kaypoo sket la ekk..memula aritu anaknda Nurin Nazifa ada bagitau, "Ibu, tyr Ibu make bun with pasta or noodle.. its really yumm ibu"... as kata kat dak Nurin Nazifa balik" ngko jgn nak mengarut..menu mendanya tu nak ooiii".. tetiba Cikgu Ros dari Tokyo add RCPnya Yaki Soba Pan ni.. tekebil2 jap as dibuatnya.. eceh!! nak cuba lak kot2 sodap..Kebetulan Mr.Hby as kena on call ptg ni..so standby utk dinner boxnya ler..Memang x mengecewakan sedap sungguh kata My Hby..maseyyy ya Cikgu Ros.. atas rcp dan markah yg diberi.. A++.. tapi yg makan bagi A*** tau Cikgu.. ahakzzz...dah masyukkk perut pong! eh..banyak cakap plk.. aaaaa Yaki Soba Pan Posing jap.. Nak bagitau gak kat cikgu Ros, Bun ni punya la lembut sampai berkodut kulinya masa potong..karang Kak As tepek SKII ek..bagi licin sket..miahahaha.. rcp kat sini

Yaki Soba Pan.. bersiap2 nak ikut pegi Koje..

Cheesy Milky Bun ni.. sedappp banget..budak& ngan mak bapak budak pun kata sodap.. kak as buh lelebey cheese & gula kat atas tu..masin,manis lemak2 gitu.. rcp refer sini eh..makcik kantin malas nak type..dah buat homework nak wat housework plk.. ;)






Mexican Restaurant