Friday, March 12, 2010

Kuah Kacang Berlauk

Kuah Kacang berlauk ni, penyediaannya ringkas. Sesuai dimakan dgn nasi impit, lontong & the gang. Sebelum ni as guna ayam, tapi sedap juga jika diganti dengan daging. Satu kelainan dalam rcp kuah kacang. Rcp dari Honey liena dari MYR dan as ada ubah suai ikut citarasa sendiri.. Sekiranya tidak menggunakan daging boleh juga gunakan Ayam yg dipotong kecil. Masukkan asam keping terlebih dahulu supaya ayam tidak hancur.


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • bungkus Nasi Impit Nona/Adabi (as buat nasi impit je)
  • 1 Paket kacang Tanah 
  • 1/2 mangkuk daging yang telah dipotong dadu(boleh juga guna ayam jika suka)
  • 5 ulas Bawang Merah*
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 2 S/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
  • 1 keping Gula kabung / Gula Nisan
  • 1 inci Belacan*
  • 1 btg Serai- dititik(as guna 2 btg 1 dititik dan 1 dikisar)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
  • Garam (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air Asam jawa(as guna asam keping)
  • 2 s/b udang kering- direndam *
  • (Bahan2 yang bertanda * hendaklah di kisar sekali untuk dijadikan pes)
  • as tambah 1 cawan fresh milk

Cara-cara

  1. Rebus nasi impit sehingga beras menjadi masak dan empuk & pejal, kemudian tapis dan masukkan dalam penapis.
  2. Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan terbit minyak...kemudian masukkan hirisan daging tadi,masukkan air sedikit dan masak daging sehingga empuk. Kemudian masukkan serai yg telah dititik tadi, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati.. tumis bahan2 tadi sehingga betul2 sebati dan terbit minyak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...
  4. CADANGAN HIDANGAN: Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya...

Nasi Dagang Trengganu

Assalamualaikum, selamat pagi jumaat buat semua. Dah ler idup berdagang makan nasi dagang..memang kena bebeno ler. Hehe.. setakat ni blm jumpa ikan tongkol kat NZ ni, so nak ringkas kali ni as guna ikan makeral dlm tin je.. rcp asal dari Minami from MYR.. Thanks minami atas rcpnya.. akan ada siaran ulangan selepas ini..



Nasi Dagang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* **NASI**
*  4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
*  air
* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar , 3 ulas bawang putih ,2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
*  2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (as guna rempah kari ikan)
*  6 keping asam keping
*  garam dan secubit ajinomoto
*  gula
*  5-6 biji cili padi
*  1 ekor ikan tongkol (as guna makeral dlm tin)
*  1 cm belacan
* **ACAR**
*  2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
*  1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara

1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
2.
Kuah
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Wednesday, March 10, 2010

Vietnamese Roll

Assalamualaikum, sekali lagi bersiaran .. bukan kemaruk ya, hehe  Menu ni sgt2 sesuai bg yg nak diet tu, yg x nak diet pun boleh juga..hehe.. dah bnyk kali gak buat. Tapi x pernah ikut rcp sebenar, main hantam saja letak apa yg as suka.. Kali ni as letak telur dadar gantikan udang. Sbb udang dan pinish.. layan gak la.. simple dan sedap..resipi asal dari Skyblue from  tapi mcm biasa la, as ada ubah sket2 ikut kesesuaian dah bahan yg ada.. yg x ada x yah penin2 nak cari..


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 12 helai daun salad
  • 1 lobak merak, diparut
  • 1 timun, dipotong memanjang
  • 8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit(as guna te;ur dadar)
  • Sedikit Taugeh
  • Daun sup atau daun mint ikut selera masing2
  • 12 helai Rice Paper
  • Sos: Saya makan dgn sos untuk Thai Mango Salad. (as guna sweet chili thai sauce)

Cara-cara

  1. goreng dahulu telur dadar ( 4 biji telur dikocok + sedikit garam dan lada sulah @ lada hitam) setelah digoreng biarkan sejuk. Gulung dah hiris halus.
  2. Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
  3. Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
  4. Potong dua jika suka, dihidangkan segera atau simpan dlm bekas. 

Kembali bersiaran.. Cop Jempol..

Assalamualaikum semua, kembali bersiaran.. mcm sekut cip mor lak kejap ade kejap x de.. mcm tu la ngan mood as skrg ni, kejap ada kejap x de.. ape2 pun sgt la rindu kat smua.. maaf la lama x jln2 cari makanan kat blog kwn2, dan lama sudah x jalan2 bertanya kabar ya.. ni mood dah ok sket, sbb "beruk"band dah x tenggek kat tenet ni.. cik abe dah up2 sket GB kat si berukband tu.. hehe.. manyak cerita plk yer.. yg bertanya2 kabar tu, alhamdulillah kami sekeluarga sihat..terima kasih bnyk2 sudi ziarah kat teratak yg x sepertinya ini..
 
nak habaq mai la kan, as dah ada cop jempol sendiri tau.. hehe.. ni hasil sentuhan dari adik Jiya aka 14sept aka pengembala kamben yg berjaya tu.. rasanya smua org dah tau.. dah ramai yg pueh ati yg amat ngan hasil kerja nya tu..jd mulai hari ni, as akan gunakan la cop jempol ni.. Jika berminat jgn la segan2 nak click2


Cak!! santek x? berani ckp x santek karang kena sekeh & lastik ngan dik Jiya.. oohooo.. takoott..dia lastik kat montot tau.. tapi Jiya idok le, garang sgt dan taik idong dia x la masin sgt mcm pernah rase plk taik idong Jiya.... harga x cekik darah ya.. ape2 pon akak nak ucap tima kasih bebanyak ya Jiya..pueh ati dan mintak maaf bebnyk ya sbb saje je..lambat wat en3..