Friday, October 30, 2009

Chinese Style Lemon Chicken & Fish Fillet Lemon Chinese Style

Assalamualaikum w.b.k,
Salam jumaat buat semua. Hrrr apasai la tajuk tu bkn main berjela lagikk?? terbalik2..terlabik2, sajer jeww tu.. padahal bahan sama cuma curah kat lain2 badan.. 1 curah kat ayam, 1 lagi kat ikan.. Anak tekak ni kdg2 mengada2 jugak nak makan mcm2.. thanks buat mimisienas 4 the great recipies.. ceduk dari MYR..tapi as ada tambah sket ikut cita rasa.. 2 thumbs up..up..up..up la kat rcp ni.. sehingga menjilat chopstick lerr.. as buat chicken and fish fillet rcpnya sama je cuma guna ayam & ikan.. kebetulan soping2 pg tadi ada Tarakihi fillet tu murah skt.. sambar je ler. kalau ikutkan mmng x bli ler..biasa lah makcik,kalau x de lebel special, reduce to clear, for sale,mmng makcik jeling je..x sambar pun..ekekekekekkk... tuan punyer rcp suh marinade 30mint, tapi makcik duk layan kain diampaian dan pokok2 makcik kat luar, dah terlebih plk marinade..tapi jgn risau..makcik x tipu.. sedap sgt bila kicap cain & garam tu dah meresap teghase sgt kesedapannya.. ups x nak merapu..nanti ade yg loya sbb mokcik bnyk songeh.. makan dgn nasi goreng mentega.. best!

Chinese Style Lemon Chicken

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning (optional)
  • as tambah 1 sdb sos tiram

Cara-cara

  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  6. *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!



Thursday, October 29, 2009

Stuffed Tofu, Tofu Omellete & Nasi Goreng

Assalamualaikum w.b.k

Nasi Goreng dan kuncu2nya..Arini cam x selera sgt nak makan berat2.. rasa mcm nak makan menda yg goreng2 jer.. So, inilah menu lunch merangkap dinner nanti kot.. (kot tu maksudnya..kalau2 ada rasa nak makan menda lain..lain ler ceritanya yer) kalau idak makan ler ape yg ada nih.. lagipun Myhby x de ni, makan simple2 je..

Stuffed Tofu ni lama dah x buat, arini nape tah mcm teringin nak makan tahu2 ni.. cicah ngan sos cili pun sedap, ngan sambal kicap lagi la sedap..rcp lebih kurang sama ngan rcp dayang. Aritu ingat nak share rcp diMyR dayang dah post, x pe nanti, as menyelit antar report je.. Dayang mmng sangat berbakat dlm masakan,cubalah singgah ke teratak mini kayangan dayang jack pasti bnyk rcp2 menariknya yg buat u all terguda.. Lebihan dari x abis sumbat kat tauhu tu as jdkan omelette..


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)dan digoreng terlebih dahulu
  • 5 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - kalau nak ganti ngan surimi ke atau ape2 seafood pun ok -tak letak pun ok
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 tankai daun celery atau daun sup
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara

  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos cili atau sambak kicap.
Ada lebih sket x tau nak sumbat kat mana, as pecah telur dan as jadikan omellete, cuba lah, mmng sedap dan kalau nak jdkan inti sbg sandwich pun sangat la sesuai...


Nasi Goreng ni x yah lah cite lelebey.. main campak2 je..arini as guna bumbu segera je.. tapi sedap le sgt.. he..he..sedap?? sbb tgk anak2 makan mcm sedap sgtttt!! kena ngan citerasa derang kot??.




Wednesday, October 28, 2009

Kek Marble CMG

Assalamualaikum w.bk,

Aduhai..kebetulan la pulak ya, berderet2 pasal marble2 ni.. aritu Puding Marble, Roti Marble ni plk kek marble.. x kisah la, asalkan ada yg nak makan. Kek Marble ni request dari anak dara no 2 as, sapa lagi dak Nurin la.. asst paling setia kat dapur.Nak sangat bawa ke skool esok, nak makan ngan kawan2 katanya..Sebab dia dah teringin sgt nak makan dan ibu plk ada virus "M" , Sambil lipat kain sambil ajar Nurin. Jd ni lah hasil kerja anak dara umo nak masuk 11 tahun Nov ni.. Lama dah x buat kek Marble rcp dari CMG ni.. sedap dan gebu sekali. Semua Kebetulan Ovallete dah tinggal koret2..cukup la 1 sdb. Lps ni kena tunggu stok baru dari Msia sampai.. Siapa x kenal rcp2 CMG memang sedap2.. x pernah bersua muka dgn CMG tapi masakannya kalah kita2 pompuan ni.. Memang CMG ni idaman semalaya la.. kelasss gitu..Buat Cik Mat Gebu, minta halal rcp ya..as C&P disini ya Mat.. Memang sedap dan ramai sekali dah cuba..


Kek marble trio

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin (as x letak)
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


Roti Marble dan yg sewaktu dengannya

Assalamualaikum w.b.k

Yuhhuuu!! Im back! sowie lah yer..lama x update.. x bertanggung jawab tul org punya blog nih.. x gethi2 nak update.. hii..hiii.. k la.. walaubagaimana pun, walau blog x berasap, namun dapur as tetap ari2 berasap..x berasap nak makan ape woOo?? masak2 gak..cuma mood nak mengupdate plk x de.. jiwa kacau.. siapa la yg kacau jiwa as tu yeaa!! (saje cover line) Ini roti hasil keras tangan jari kudutku.. nak nyanyi sket arr.. jari2 ku, kudut semua, kerna bekerja hari..hari.. ekeleh! hape keja je la.. nak kata uli..guna BM.. saje nak girang2kan hati yg gundah gulana ni.. sbb roti x jelita mana..
x kisah la..x santekk pun..yg penting mmng best.. wat minum2 ngan Kopi O, sangat lah syedap.. gebus je... Rcp dari adikku yg jauh nun di Tokyo Japan tu.. ros..akak & anak2 windu ler.. abg x dapek nak rasa ros, ntah2 dia tgh ngap Kepci kat Msia.. ntah hinggat akak ke idak.. huwaaa.. Tq skali lagi..minta ijin ya ros C&P kat sini.. minta halal dunia dan akhirat.. alang2 dah buat Roti Marble as buat sekali Cheese Bun & Raisin Bun tu.. dak Nurin yg request.. rcpnya di label Roti..

Roti Marble

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )

  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver(as x letak)
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.

Wednesday, October 7, 2009

Puding Roti Marble

Assalamualaikum w.b.k

Puding ni dah ramai yang mencuba..tapi sbb time winter aritu mcm x lalu je nak makan yg sojuk2.. jd as simpan le dalam tempayan kejap rcp best dari ina ni.. bila dah tetime spring cenggini baru lalu nak memuding2.. sebenonya ni desert bebuka posa ramadhan yg lalu..kira menu dah basi ler..tapi sedap wooo... rcp best dari ina jepun tu.. sekarang masih berpantang selepas melahirkan putera ke3 yg cumel iteww.. bnyk2 rehat ya ina.. lps ni post bnyk2 rcp best2..ish namanya berpantang si ina tuh..tapi laki bini tetap rajin ke dapo..mesti lah rajin kalau idak nak makan hape ya dak?? ok..x moh merapu bnyk2.. layan je puding roti ku yg x berapa nak menjadik marblenya nih.. as x de agar2 serbuk guna agar2 strip je.. minta halal C&P di sini ya.. ambik dari sini .. sangat amatur dalam marble2 ni.. x po la..janji sodapp!! (nak sedapkan ati sendiri) ;P


PUDING ROTI MARBLE
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Friday, October 2, 2009

Kek Kukus Velvet HawFlakes aka Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum w.b.k,
Kek ni..mmng as suke sgt2.. saje buat lambat sket x silap raya ke-6 baru as sempat nak melapis. Kalau ovallete bnyk dlm stok mungkin selalu buat..tapi cuma ada seciput je..kena jimat2.. sblm ni pernah buat.. boleh jengah kat sini .. InsyaAllah kalau Wan pulang ke Malaysia suh dia hangkut bebanyak sket Ovallete tu.. Sib baik lah dulu Kak Masyitah & Kak Azie dari New Plymouth bagi ..dapat lah as merasa. rindunya dengan kawan2 di New Plymouth.. Masih lagi dengan rcp kakak kesayangan di MyR..mana ntah dia lama x muncul.. Kak Fida!! winduuu!!!

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...


Thursday, October 1, 2009

Satay

Assalamualaikum w.b.k,
Menu berbuka puasa smlm.. puasa sunat enam tinggal belen 2 hari.. ni kes x puas makan satay kat rumah nur & ani masa open house aritu. he..he..alasan!! eleh.. sebenonya kiteorg ni mmng minat sgt makan satay. Tapi ni main bako kat oben je.. kalau as bako maunya berasap 1 pekan TeAroha, bomba pun datang..bukan nak sembur air..tapi join makan satay skali.. he..he.. x pe arr..oben..pun oben larr.. belasah ler..asal rasa satay!! selain satay as wat sambal kacang, nasik impit, dan mee goreng je.. rcp asal utk satay goreng tapi as buat 2..2..cucuk & goreng.. tenkiuuu skali lagi wat kak fida..


ini versi cucuk2..

Ni plk versi goreng

SATAY
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Kek Kukus Buah2an

Assalamualaikum w.b.k,

Kek kukus buah2an ni rasenya x ramai yg suke kot, tapi.. as mmng minat sgt2..teringat pulak tetiba, sebelum2 ni mmng x pernah buat sendiri, asyik order jer.Jd bila dah jauh dari sumber yg boleh ditunjuk2, terpaksa juga lah buat sendiri. Rcp kak fida ni alhamdulillah mmng menjadi. Hamikkk, sampai berpoloh2 sliding door umah ni, dok mengukus selama 4 jam..nghee!! ape taknya, steam pot beso mmng x ada, as guna kuali je.. mmng pueh ati! kalau beli mahal ooo.. kicik je dah RM50..dulu la..skrg x tau la.. brp regenya..Mekasih bebanyak buat kak fida.. as C&P kat sini ya akak!! tenkiuuu!! lebiuuu!!
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN
Bahan-bahan ( loyang 11x7x3 inc. )
450 g mentega
400 gula perang/gula halus
5 biji telur - grade A
600 g tepung gandum*
1 sk bicarbonate soda*
1 sk cream of tar-tar*
1 sk serbuk pala/serbuk kayu manis*(saya guna serbuk kayu manis)
450 g buah2an campuran(mix fruits)
150 g kekacang badam - cincang
1 sk esen buah2an / oren/vanilla
220 g gula pasir - utk gula hangus
Cara-cara
Ayak bahan bertanda * dan gaul bersama buah2an campur dan kekacang.Ketepikan.
Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang dgn mixer.Masukkan telur satu-persatu dan terus pukul.Masukkan juga esen pilihan.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 hingga habis.Pada masa yang sama,gula pasir di goreng hingga hangus atas api perlahan,matikan api dan tuang kedlm campuran yang sedang diputar tadi hingga sebati.
Matikan mixer dan kacau adunan dgn senduk supaya benar2 rata.
Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di alas dan digris keliling.
Tutup loyang dgn aluminium foil dan ikat dgn tali rafia sekelilingnye.Kukus kek selama 4 jam.
***saya kukus dgn api kuat pd 1 jam pertama dan tukar pd api sederhana utk 3 jam seterusnya.Buka alum.foil setelah masak dan sejukkan kek.Kalau saya tak menggunakan kekacang,saya tambah gantikan dgn buah2an campuran lagi menjadi = 600 g.