Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Sambal Getuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ya ampunn, lesung batu masuk blog..kena la sangat ngan tekak jowoku dan tekak2 yg tak berapa nak jowo kat umah ni.. layan sambal getuk ni selalu pun tidak mengapa, sedap makan ngan nasi panas, bubur dan yg sewaktu dengannya... cili ijo yilek.. guna cili merah ajer, awas!!! jika nak lagi sedap ikut la kesesuaian tahap kepedasan seisi keluarga ya, kalau pedas sgt alamatnya kena la abiskan sorg2 atau jd rencah nasi goreng ajer..huhu..best kan?? rcp ni sama ngan adik geng jowo as yg kat Kanazawa tu ..sape lagikk.. Hana bini Hamzah mama kepada, Danial,Danish dan Darwish iteww..

Bahan-bahan
  • ikan bilis
  • cili padi ~ belah dua
  • belacan ~ nak sedap bakar dulu
  • sedikit gula ~ jika suka
Cara-cara
  • Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
  • Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
    Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
    Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
  • Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!
Layan dgn bubur..



Nak bagi ngam ngan sambal getuk ateh tu..sedap gak gu ngan Ikan Masak Lemak Cili api buh Nanas yg pedas2 manja nih & nasi panas2..


Tuesday, January 12, 2010

Sup Ayam dgn Lengkuas & Ikan 3 rasa


Assalamualaikum w.b.k,

Tertunailah hasrat dihati.. mcm pernah dengar tapi dimana ya?? kwang2 jgn marah ya Kak Ina KL, saje2 amik ayat power akak tuh..bukan ape saje amik mood, lama x mengupdate blog ..ish..manyaknya sawang.. terima kasih kpd yg sudi jengah2 dan meninggalkan pesan.. Ni menu lunch smlm, Sup Ayam dgn Lengkuas ni, ruginyer sape x cube.. rasa kelainan dlm masakan sup, kalau letak daun limau dan serai blh jadi rasa mcm Tom Yam pun ader.. sedap dihirup2..sebab nampak anak2 kemain lahu hirup2..hehe rcp best ni idea dari Cik Puan Yani, Tuan Tanah MyResipi..tq ya Yani..mmg sedap ler..



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.(as guna chicken nibbles)
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sup Ayam diatas gu plk ngan Ikan 3 rasa dibawah ni..





Ikan 3 rasa
Bahan2
1 ekor ikan siakap atau apa2 (as guna Snapper)
1 labuu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di kisar
2 btg serai diracik halus
10 biji cili -dipotong bulat2(kepedasan ikut suka)
2sdb cili kering (kepedasan ikut suka)
2 sdb sos tomato (nak letak sos cili pun ok)
2 sdb sos tiram
garam secukup rasa
Lemon - perah dan ambil airnya
Daun ketumbar untuk lebih aroma
Cara2
-ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
-Tumis bawang2,cili kering..setelah naik minyak masukkan serai,cili padi,sos2, perasakan dengan garam, jika terlalu garing tambahkan sedikit air jika suka berkuah..
-Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.. taburkan daun ketumbar.




Thursday, November 12, 2009

Kerabu Tomato & Lemak Cili Api Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.k,
Ber en3 diptg Khamis yg indah, anak2 tgh rileks2 sambil minum ptg, ibu sempat berpoya2 di depan PC.. hee..he Lauk sempoi lunch td, memula x tau nak masak ape, tinjau2 dlm peti besi jumpa plk Ikan Masin Mullet. Beli dgn Kak Hanim ramadhan lalu, bila lama2 perap dlm freezer terasa sket masinnya.. Buat separuh je, sbb ikannya besau.. Pandai Kak Nim buat Ikan Masin tu....mcm sedap je kalau buat Lemak Cili Api letak nenas.. layan plk ngan Kerabu Tomato dik Ina ni.. anak2 makan x noleh2.. kemain sedap lagi.. kerabu tomato ni mmng best ler... mcm ina kata senang, sedap,cepat.. Minta Ijin ya Ina Copy Kat MyR paste kat sini yerrr..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...
Lemak Cili Api Ikan Masin ni sajer je x letak kunyin sbb nak biokan putih je.. memang kena betul layan ngan kerabu tomato tu..mabeles..



Lemak Cili Api Ikan Masin

Beberapa Potong Ikan masin dibersihkan dan digoreng
Cili Padi (kepedasan ikut suka)-ditumbuk
1/2 labu bwg besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halis -dikisar
sedikit belacan
1 asam keping
1 btg serai
beberapa hirisan nenas (as guna nenas dlm tin)
Santan

Cara2
Goreng Ikan Masin dan ketepikan,

Masukkan semua bahan didihkan dgn santan sebentar, masukkan ikan masin dan nenas.. letak garam jika perlu..as x letak sbb ikan dah cukup masin.

Wednesday, November 4, 2009

Ikan Macam2 Rasa

Assalamualaikum w.b.k,

Menu lunch dlm minggu ni juga, x hingat bila. Kebetulan Ikan Tarakihi yg lebih kurang rasa mcm Ikan Siakap tu, telah meng'special'kan dirinya... Jadi x tunggu apa, rembat je lah..he..he.. Bukan ape, terngat kat anak2, kalau makan lauk yg cenggini..kemain suka lagi derang tu.. Rcp main campak2 bahan yg sedia ada..



Ikan macam2 rasa

Bahan2nya

½ labu bawang besar dipotong dadu

1sdb cili kering

1 sdk crush garlic

2 btg serai di racik halus (bulat2)

2sdb sos tomato

1sdb sos tiram

Nenas dihiris halus (ikut suka)

Tomato di potong dadu (ikut suka)

Cili padi dihiris halus (bulat2)- ikut suka nak peda s mana

2 tangkai daun ketumbar utk aroma (ikut suka)

Garam secukup rasa


Cara2nya

Ikan terlebih dahulu dibersihkan , setelah itu digoreng garing.Ketepikan..

Utk penyediaan sos nya

Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, serai,sos tiram,sos tomato, letak sedikit air utk lebih berkuah. Masukkan cili padi dan biarkan mendidih.Perasakan dengan garam. Sebelum tutup api masukkan nenas & tomato tadi. Gaul rata. Curahkan sos keatas ikan dan taburkan daun ketumbar.


Friday, October 30, 2009

Chinese Style Lemon Chicken & Fish Fillet Lemon Chinese Style

Assalamualaikum w.b.k,
Salam jumaat buat semua. Hrrr apasai la tajuk tu bkn main berjela lagikk?? terbalik2..terlabik2, sajer jeww tu.. padahal bahan sama cuma curah kat lain2 badan.. 1 curah kat ayam, 1 lagi kat ikan.. Anak tekak ni kdg2 mengada2 jugak nak makan mcm2.. thanks buat mimisienas 4 the great recipies.. ceduk dari MYR..tapi as ada tambah sket ikut cita rasa.. 2 thumbs up..up..up..up la kat rcp ni.. sehingga menjilat chopstick lerr.. as buat chicken and fish fillet rcpnya sama je cuma guna ayam & ikan.. kebetulan soping2 pg tadi ada Tarakihi fillet tu murah skt.. sambar je ler. kalau ikutkan mmng x bli ler..biasa lah makcik,kalau x de lebel special, reduce to clear, for sale,mmng makcik jeling je..x sambar pun..ekekekekekkk... tuan punyer rcp suh marinade 30mint, tapi makcik duk layan kain diampaian dan pokok2 makcik kat luar, dah terlebih plk marinade..tapi jgn risau..makcik x tipu.. sedap sgt bila kicap cain & garam tu dah meresap teghase sgt kesedapannya.. ups x nak merapu..nanti ade yg loya sbb mokcik bnyk songeh.. makan dgn nasi goreng mentega.. best!

Chinese Style Lemon Chicken

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning (optional)
  • as tambah 1 sdb sos tiram

Cara-cara

  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  6. *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!



Sunday, August 16, 2009

Ikan Bakar & Tom Yam Ayam

Assalamualaikum w.b.k,
Lamanya x makan Ikan Bakar, paling best dan masih teringat2 sampai skrg makan Ikan Bakar kat Serkam Pantai,Umbai di Melaka suatu ketika dulu.. Kebetulan td jumpa lak Ikan Fresh ala2 cam ikan pari ntah ape namanya ya.. Balik je terus masak utk dinner.. menu simple mimple utk mlm ni. Alhamdulillah lepas rindu nak makan ikan bakar.. Main campak2 je Tom Yam ayam tu dan lebur Ikan dalam oven.. Ikan Bakar ni rcp asal dari kak jun, tapi as oter2 sket.. bab oter mengoter ni memang la pebret.. mekasih ya kak jun dan maaf sesangat x oter bnyk pun kak, as tambah belacan sket je.. maklum lah tekak jowo!! nghee!!!!! alhamdulillah..smua suke! hingga menjilat jari! TQ kak jun.. minta halal C&P rcp disini.. jemput makan semua!!

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
1 ekor ikan (bawal/merah)
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil
bahan2 kisar:-
@5 cili merah
@5 cili kering
@5 cili api
@5 biji bawang merah - as guna 1 labu bawang besar
@3 ulas bawang putih
@3 batang serai
@garam
as tambah sedikit belacan
Cara-cara
panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.


Thursday, July 30, 2009

Curry Ndas Iwak

Assalamualaikum w.b.k,

Kia Ora..(ni bahasa Maori) Kabare? Ngawe opo kuie?? Wes mangan?? - ha ni bahasa ibundaku..jowo... asal lak merapu kat bahasa2 segala ni? dah buang tebiat ke? idok le teman nak buang tebiat teman ni..tapi ntah nape teman terase nak guna mcm2 bahase.. ini menu lunch teman & fmly smlm.. Curry Ndas Iwak (penah dengo x menu pelik ni???) x mana peliknya .. Curry tu Kari le..Ndas Iwak tu..Kepala Ikan .. bukan Kerowak tau.. nanti jd Ndasmu Kerowak plk..ekekekekkkk... teman masak kari ikan smlm.. Kepala ikan teman ngan Hby teman yg makan..yg lain teman bagi le ke anak2 teman tu makan.. aje x patut la kan..bg anak2 makan kepala.. kate nya x elok.. wallahualam.. Sesape kariii punya line..meh layan..rcp akak dipost kendian ya..ada bzy sket ini hari...( hu..hu baru makan kari bahasa dah terbalik..telabikkk)


Friday, July 10, 2009

Keropok Lekor

Assalamualaikum w.b.k,
Cuti2 sekolah ni, ngan cuaca sejuk cenggini keja lapo je bebudak dlm umah ni.. alhamdulillah mmng best rcp Jiya ni..tapi as adjust2 suke2 ati.. ikut bahan ape yg ada..yg x ada x yah nak pening2 carik.. Mekasih wat 14sept aka Jiya, as C&P dari MyR. Maaf ya Jiya, akak susah nak dapat Ikan yg Jiya guna tu, akak guna Makeral In Oil dlm tin tu je..alhamdulillah mmng best la.. menjadikkk .. syukur dpt gak makan kopok lekor kat NZ nih.. yg bestnya, x liat & x keras.. elok je,akak wat 1/2 dari rcp asal.. memasing suke ..kena wat lagi nih.. anak2 komplen, x puas makan dek kerana mok & pok dia yg lelebih.. sape la mok & pok derang tu ekk! tak agok2.. ekekekkk... kebetulan ada tamu dtg tadi..siap tanya fmly post dari msia ke?? mana ade.. dak jiya post rcp dari Msia ade la..pekena plk ngan kopi O panas..pergh!! Jemput makan semua!!




Bahan2
1kg ikan selayang/ kembung (as guna 1 tin Makeral In Oil 425gm)
5-10 ulas bawang putih (as guna 1 sdk crush garlic)
1kg tepung ubi/kanji (as guna lebih kurang 400gm tepung ubi)
2 cawan tepung gandum ( as guna 1 cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air
Cara-cara
Asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. (as kisar makeral in oil tu..kisar kasar)
Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.



Saturday, May 9, 2009

Masak Lemak Cili Api, Kangkung & Telur Asin

Assalamualaikum w.b.k

Hik..hikk dah 2 ari x makan nasik memasing merengek nak nasik lak.. mcm2 hal derang ni.. Teringat Pak Cik Azmi dtg aritu bawa utk kami ikan. Lum dimasak2 lagi.. so, teringat lak pebret My.Hby Ikan Masak Lemak Cili Api. Memula ingat nak masak 3 rase tapi last week baru masak so, change menu lak la. Sayo lak layan Kangkung goreng belacan dan telur asin.

Bahan2:
1 ekor ikan- dibersihkan dan digoreng
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang merah-dikisar
1inci halia
2 btg serai- diketuk
1helai daun kunyit (kalau ada bestnyerrr)
6 biji cili padi (pedas ikut suke)
1/2 sdt serbuk kunyit (kalau ada kunyit idup pun bestnyee)
santan secukupnya
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Ikan dibersihkan, letak sket kunyit dan garam - digoreng garing
Masukkan semua bahan +air dan didihkan, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa dan gaul rata, setelah mendidih masukkan ikan.

Kangkung Goreng Belacan
Bahan2:
1 ikat kangkung
1/2 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
Cili Padi @ cili kering- dikisar
sedikit belacan-dikisar
garam secukup rasa
Cara2:
Kangkung dipotong dan dibersihkan asing kan batang dan daunnya..
Tumis bahan2 yg dikisar, setelah naik bau masukkan garam dan sedikit air
Masukkan batang kangkung dan gaul rata, setelah agak layu masukkan daunnya pula, jgn terlalu layu kereng sedap plak.. Siap!!
Resipi asal seperti dibawah tapi as dah durhaka sket.. guna telur ayam & hanya rendam ngan air garam sahaja.. kira durhaka bnyk ler tu ekk..tapi hasinya sedap. Elok je masinnya tu..cuma warna kureng cantik la..lps ni tukar telo itik lak..idup2 ingat ni telo itik rope2 nya telo ayam kampung NZ..ekekek...tipah tertipu!!

Telur Asin

10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara
Bersihkan telur & jemur seharian
Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
Selepas 2 ke 3 minggu, boleh la direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.