Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihiku setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihan doaku berpanjangan
Aku bersyukur dan tabah menghadapi
Segala takdir ku terima dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Segala ujian diberi aku tetap selalu bersyukur
Syukur alhamdulillah...
Ya Allah..
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan..
Ku tak berdaya
Tempuh segala Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu ..Ampuni dosa-dosaku..
1 comment:
salam aidiladha Kak As
apapun yang berlaku semalam ataupun hari ini..yakinlah bahawa ESOK masih suci untuk diwarnai...
moga akak tabah dgn ujian itu...
Post a Comment