Thursday, January 15, 2009

Laksam


(Resipi dari yani MyResipi)

Bahan-bahan nye:
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

::bahan kuah::
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

(as guna makeral in oil dlm tin tu..)
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

:: Bahan ulam ::
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotAlign Leftong halus)
::cili::
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara nye:
Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis..
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
:: Selamat Mencuba::

Chef

6 comments:

Anonymous said...

wa..laksam..teringat masa keje dulu..ada sorang pak cik ni selalu belikan laksam setiap hari selasa..sedap..he3

~*as*~ said...

Salam Ujie.. ni pasal teringat Laksam Mek Kelate kat Pasar Malam setiap Sabtu ptg.. nak lepas gian Ujie.. cuba2 buat sendiri.. he..he..

~*as*~ said...

Salam Ujie.. ni pasal teringat Laksam Mek Kelate kat Pasar Malam setiap Sabtu ptg.. nak lepas gian Ujie.. cuba2 buat sendiri.. he..he..

AiE bAhRi said...

Kak,
Simpankan untuk aie ye..pas mgrib br boleh makan ni..huhuhu

~*as*~ said...

salam aie.. puasa ya.. selamat berbuka ya aie..akak selalu simpankan utk aie..pas tu akak yg makan..hu..hu..

yani_worldpeace said...

erm..nampak sedap laksam nih...rajinnya...nanti kita jupe watkan laksam tuk kite yer...hehehe