Monday, December 15, 2008

Khasiat Halba

Assalamualaikum w.b.k,

Rasaya dah ramai yg maklum tentang khasiat halba..Tapi As sengaja buat entri ini untuk koleksi blog As & berkongsi dengan sesiapa yg ingin mengetahui mengenai khasiat halba..

Sejak As tau khasiat halba..setiap kali masak Nasi Dagang & Nasi lemak mcm dah jadi 1 kemestian plk utk letak halba dalam masakan As tu..kami sekeluarga pun dah amalkan minum air halba..sebagai permulaan kalau x biasa minum gitu je..letak lah sikit teh & madu..masa mula2 minum tu..lihat hasilnya..InsyaAllah..

Rasulullah saw bersabda :" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat"Memang Halba itu baik!!
Mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...

KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasidagang. MANA NAK DAPAT HALBA ..Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yangberpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

14 comments:

Papa-Itam said...

terima kasih info nie...walaupun umie orang johor..baru hari ini umie tahu....

yani_worldpeace said...

bagus la halba ni eh...xpenah tau lak...nanti nak carik laa...

~*as*~ said...

Salam Umie..Sama2 Kasih Umie..bolehlah di amalkan ya Umie.. o..Umie Orang Johor ya?? Samalah As pun asal Johor..

~*as*~ said...

Salam Yani..As dulu pun x tau gak..Sejak dapat email dari kawan tentang Khasiat Halba ni..kami sekeluarga pun mula amalkan..InsyaAllah..banyak Khasiatnya..

Keri AlHaj said...

wah.. hebatnya halba ya... mekasih sebab bagitau... selama ni guna halba masa mak buat nasik dagang je...

~*as*~ said...

Sama2 Chime..mesti sedap Nasik Dagang Mak Chime tu..Cuba lah Chime amalkan minum air halba tu..

Sifu Mirza said...

salam as...

patutlah saya semakin bersemangat setiap kali makan nasi dagang yang isteri atau mak mertua buatkan...

apapun..great info...

:-)

~*as*~ said...

Alhamdulillah ya Sifu... Nasi Dagang Isteri & Ibu mertua Sifu mesti kick! maklumlah original recipie dari sana kan??

SRISUFI said...

sri nak try minum air halba ni akak...buat penenang jiwa...hikksss...tima kaseh info ni...sri tak penah tau pun...

cyg akak

~*as*~ said...

Salam Sri..emm..cubalah ya.. Memang baik utk kesihatan.Mula2 rasa agak payau.Kalau x biasa + sikit madu.. Penyakit datang @ pergi dengan Izin Allah..

DrSam said...

Salam,

petua-petua yang semakin hilang begini amat berguna dan patut menjadi amalan.

terimakasih diatas perkongsian ilmu diatas.

~*as*~ said...

Salam Dr.Sam..sama2.. semoga dapat sama2 kita amalkan..terima kasih sudi ziarah blog as..

Cheguman said...

salam tuan rumah,
saya ambil artikal halba ini dan tampal dalam blog morhabshi saya.

Anonymous said...

Salam as,nak tanya org pregnant bole ke amalkan minum air halba ni?tq for info.