Assalamualaikum w.b.k..
Anak2 request nak makan ala2 western lak..ape x nya lama dah x makan kat luar..Kalau kat Malaysia,dah teringin tu boleh la makan2 luar.. kat sini susah sikit coz susah nak jumpa restoran halal. So.. Si Ibu pun cube lah.. Alhamdulillah memenuhi citarasa anak2 & Mr.Hubby.. as mcm biasa la..masak2 je..makan memang x selera...
Black Peper Beef Steak
Bahan2
1 keping daging kambing
2 ulas bawang putih - ditumbuk
serbuk lada hitam
3 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
sedikit kicap
1 biji kentang sederhana besar
1 s/k mentega/marjerin
5 s/b susu segar
Cara-cara
peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.
ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
[untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
[untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)
tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.
Resipi from MyR dari hanis terima kasih ya hanis kerana kongsi resipi yg best ni..
Beef steak Sempoi
*2-3 sudu makan sos tiram
*garam, serbuk lada hitam, sedikit minyak zaitun
Cara-cara
Panaskan oven 180 darjah. Gunakan api atas dan bawah.
Lapikkan tray untuk membakar dengan aluminum foil supaya mudah untuk mencuci lepas siap masak. Sapukan minyak zaitun keatas aluminum foil. Taburkan garam dan lada hitam secukupnya
Aturkan steak keatas aluminum foil tadi. Taburkan sedikit lagi garam, serbuk lada hitam atas steak. Sapukan sos tiram dan sedikit minyal zaitun atas steak. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit untuk steak yang nipis.
Siap untuk dihidang dengan salad kegemaran anda..
No comments:
Post a Comment