Wednesday, June 24, 2009

Nasi Goreng Mentega

Assalamualaikum w.b.k,

Semudah ABC, senang je nak wat nasi ni. Anak2 suke,mak bapak pun joint sama. Makan ngan ape2 pun sodap! Terima kasih buat Dayang Jack, sudi kongsikan rcp.. as C&P dari sini sedap sgt2..dah selalu buat baru sempat diposing2kan.. menu last week ni..ekekekekekkk... layan ngan ayam kepak madu pedas & daging goreng..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.

1 comment:

geraugebang said...

best nampaknya nasi goreng ni. Gerau nak cubalah untuk anak-anak gerau. Terima kasih kerana sudi singgah di laman gerau. jumpa selalu. insyaallah