Salam di pagi jumaat, update menu lunch smlm..hehe dah kena mamam baru nak update maklum lah, broadband dah jadi beratband akekekek... berukband tul..slow giler dari smlm susah tul nak berpoya2. Sekali sebut menu ni bunyinya mcm yo..yo oooo je ekk.. sebenornya anak2 yg pepandai kata ala2 bbq nih.. kata derang "mcm makan bbq chicken la ibu "simple jer sebenornya.. Goreng ayam dan sirakan ajer .. amat digemari oleh budak2 dan mak & bapak budak.. sebab kami ni tekak jawa kami suke yg pedes2..kalau x suka adjust la ikut cita rasa memasing, makcik x kisah pong!
1kg Chicken Wings (nak potong 2 atau tidak ikut suke)
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
kisar bahan *
1 sdb cili kering @ cili powder (kalau x suke pedas blh skip)
4 sdb sos bbq (kalau x de, guna kicap + sos tomato)
1 sdb lada hitam
2 sdb sos tiram
2sdb sos cili
2 sdb madu (x de madu nak letak gula pun ok)
garam secukup rasa
Cara2
Ayam digoreng dan ketepikan
Panaskan kuali,tumis hingga garing bahan2 yg dikisar, masukkan cili kering..gaul rata, masukkan sos2, madu, serbuk lada hitam..letak sedikit air jika suka berkuah..gaul rata. Perasakan dgn garam. Setelah agak garing, masukkan ayam dan gaul rata.. Selamat Mencuba..
4 comments:
Salam sis...lama tak singgah sini...harap sis sehat and happy always
Salam Kak As
Wahhhh...BBQ versi goreng@sira lah ni....Resipi alternative dikala kebzian melanda..
Salam kak As,
apa khabar?
Tengok chicken wing dan bahan madu, teringat plak kepak ayam bermadu. hu, mesti sedap tuh!
as to hazeleyed lady
Wsalam hazel, hope you happy always too.. thanks sudi singgah ziarah akak ya ;)
Post a Comment