Friday, November 13, 2009

Custard Cream Puff

Assalamualaikum w.b.k

Salam Petang Jumaat.. sebelum kluar rumah melayan Mini Garden, berpoya2 kejap kat Dapur Cyber nihh.. sajer je tambah koleksi rcp yg as pernah cuba. Ni menu minum2 ptg arini. Anak2 suke sgt puff ni.. Thanks buat Puan Sri Yani aka Tuan Tanah MyR.. akak Copy Paste kat sini ya yani, Syedap sesgt.. rupa paras Puff as x sekacak mana sbb guna nozzel murahan je, blik kat kedai 2 dlr..tu pun dah banyak berjasa.. alhamdulillah..



Cream Puff
bahan2 (utk 10biji) - as buat 2 adunan, so doublekan rcp asal..
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Untuk Custar cream, as guna rcp dari honey



Custard Cream
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Ini Pula Rcp yg ke 2.. Pernah cuba 1 ketika dulu..Best juga.. rcp dari zaliana

Cream Puff Jagung

zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Thursday, November 12, 2009

Kerabu Tomato & Lemak Cili Api Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.k,
Ber en3 diptg Khamis yg indah, anak2 tgh rileks2 sambil minum ptg, ibu sempat berpoya2 di depan PC.. hee..he Lauk sempoi lunch td, memula x tau nak masak ape, tinjau2 dlm peti besi jumpa plk Ikan Masin Mullet. Beli dgn Kak Hanim ramadhan lalu, bila lama2 perap dlm freezer terasa sket masinnya.. Buat separuh je, sbb ikannya besau.. Pandai Kak Nim buat Ikan Masin tu....mcm sedap je kalau buat Lemak Cili Api letak nenas.. layan plk ngan Kerabu Tomato dik Ina ni.. anak2 makan x noleh2.. kemain sedap lagi.. kerabu tomato ni mmng best ler... mcm ina kata senang, sedap,cepat.. Minta Ijin ya Ina Copy Kat MyR paste kat sini yerrr..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...
Lemak Cili Api Ikan Masin ni sajer je x letak kunyin sbb nak biokan putih je.. memang kena betul layan ngan kerabu tomato tu..mabeles..



Lemak Cili Api Ikan Masin

Beberapa Potong Ikan masin dibersihkan dan digoreng
Cili Padi (kepedasan ikut suka)-ditumbuk
1/2 labu bwg besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halis -dikisar
sedikit belacan
1 asam keping
1 btg serai
beberapa hirisan nenas (as guna nenas dlm tin)
Santan

Cara2
Goreng Ikan Masin dan ketepikan,

Masukkan semua bahan didihkan dgn santan sebentar, masukkan ikan masin dan nenas.. letak garam jika perlu..as x letak sbb ikan dah cukup masin.

Tuesday, November 10, 2009

Fruit Mix Bun

Assalamualaikum w.b.k

Ptg2 ni rasa x de menda nak buat utk minum ptg, mood nak meroti dtg lagik.. dah lama dok perati je bun yg dijual kat luar tu, tapi pendam je hasrat kot2 boleh cuba buat sendiri. Kalau x suka guna mix fruit boleh je tukar ngan raisin. Ikut selera masing2. Rcp dari CMG, minta halal rcp ya Che Mat, Cpy Kat MyR Paste Kat sini.. sedap ler mat.. Nutmeg(buah pala) x de, as tukar dgn serbuk cinnamon.. buat 2 adunan terus. Roti ni sgt la lembut.. akan dicuba kagi..dan lagiii..

Sebelum dan selepas kebakaran


Fruit Mix Bun
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250 g tepung roti
  • 1 camca teh yis
  • 1 camca besar susu tepung
  • 40 g mentega
  • 1 biji telur Gred C
  • 1/2 camca teh garam
  • 50 g gula halus
  • 120 ml air
  • 70 g buah2an campuran (mix fruit)
  • Sedikit parutan biji pala (nutmeg)(as ganti dgn sedikit cinnamon pwdr)
  • 1/2 camca teh bread improver + 1/2 camca teh bread softener (as x letak)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread maker, pilih setting utk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang udara. Bahagi kepada 10 bahagian. Bulat2kan dan susun dalam loyang. Perap 45 minit.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan roti dan sapu mentega pada permukaan roti.

Monday, November 9, 2009

Aneka Bun

Assalamualaikum w.b.k,

Bun2 ni buat diptg minggu, tengok bun kak yati zaini, elok je.. gebas gebus.. as buat 2 adunan. Saje wat lebih utk picnic & utk anak2 ke sekolah. Jadi ni la Bun yg x berapa hensem rupa parasnya.. sgt lembut wat x guna bread improver. Tapi utk cuaca sejuk mcm di NZ ni kena lah panaskan di microwave dulu sblm ngap kalau dah sejuk.. rcp asal dari tulip77 di MYR juga.. rcp asal utk bun ikan bilis, tapi as buat inti sardine, inti kelapa & inti sambal ikan bilis.. sedap bun ni lemak2 manis gitu..


wat gi picnic sket.. inti sardin dan inti kelapa..

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey )(as guna 250gm high grade flour)
  • 45g gula kastor
  • 2sb susu tepung
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st bread improver(as x letak)
  • 1/2 st bread softener(as x letak)
  • 2 sk yis
  • 1 biji telur
  • 100g air
  • 2sb butter
  • inti - sambal ikan bilis, sardine & kelapa

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.
  2. Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit.(as masuk semua dlm BM)
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin.
  4. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis.
  5. Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun.
  6. *** Dah buat ptg semalam & pagi nih bun masih lembut & gebu :)


Soto Tulang & Lontong goreng again!!

Assalamualaikum w.b.k

Ni menu last week yg baru nak enterprem tengah malam ni.. ha..ha udah pinishh.. ni resipi dak as75 .. dak mana ntah..x kenai..org panggil kak as,kak as.. he..he.. amik kat pebret mypebret website MYR.. sbb malas x type2.. Soto Tulang (gear box) ..gearboxnya dah kena kerja kan anak2..tinggal lah soto yg kekurangan eksesori nih..x pe la..layann...

Soto Tulang

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

  • 1kg tulang lembu/kambing (boleh letak daging)- direbus
  • 1 senduk rempah soto Syarifah @ apa2 juga rempah soto pun boleh
  • Kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 4 ulas bawang putih- di kisar
  • Halia sebesar ibu jari- di kisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 2 btg serai- di ketuk
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air- ikut suka
  • lontong @ mee hoon
  • Bahan sampingan utk hiasan: taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah & soon goreng..

Cara-cara

  1. Rebus tulang..
  2. Tumis kayu manis,bunga lawang & buah pelaga..masukkan bahan2 yg dikisar, serai & rempah soto Syarifah..(apa2 rempah sup pun ok)
  3. Setelah naik minyak masukkan sos tiram, tomato,kuib pati ayam,garam, tomato dan masukkan tulang yg di rebus bersama air rebusannya sekali..
  4. Setelah mendidih.. masukkan santan dan didihkan lagi..
  5. 13122008520
    Hidangkan bersama sambal kicap & begedil.. Selamat mencuba ^ _^

Ini plk, lontong lebihan wat soto, dari dia duk termenung je..as goreng wat lontontong goreng..


Saturday, November 7, 2009

Marble Cheese Brownies & Kuih Bakar

Assalamualaikum w.b.k,
Menu minum ptg smlm bersama tetamu dari Hamilton. Selain as hidangkan soto tulang (x posing kat sini la..lain kali ya..makcik bzy) ni dessert yg paling cepat dpt as siapkan. Semua main lebur dlm oben jew.. mungkin agak kelam kabut. Kebetulan as temankan aisya di kindi hingga jam 12.30.. just trying the new rcp.. and this is my 1st attempt..keja agak sememeh dan x de skill langsung nak melorek.. x pe la, learn from mistake.. Brownies ni rasa seakan kek coklat, anak2 as suke sgt.. aritu tgk ramai dah cuba, dek terliur kat fizanordin,ika & hana punyer le ni..punya la simpan lama kat tempayan tu..baru sampai seru nak buat..buat pun dah last mint..
Rcp amik diblog CMG , Minta halal ya Cik Mat, copy & paste kat sini..masyeeeh ya Mat..

Ni yg dah potong, sememeh je keja as nih.. :"(

Kena belajar lagi lorek2 ni.. keras betul tangan nih..

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
as tambah 1sdb lemon jus & 2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

Ni plk dek dok terlena melayan Marble kat ateh tu..jd le cengini kuih bako kali ni..awatnya cetek & leper jeww.. x po la..yg penting sodap..laen kali kena pakai loyang lain.. sbb loyang kuih bako dah dipakai dek brownies kat ateh tu..layannn...

Kerak yg menjadi pojaaan hatiku... berebut anak2 nak kerak yg ireng2 tuh! resipi dari Kak Joayee ambil dari MyR..

Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan ( 6 org )
sumber dari : Joayee MyR
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


Wednesday, November 4, 2009

Kuih Ketayap & Pulut Serunding

Assalamualaikum w.b.k,
Menu minum ptg hari minggu yg sudah. Bawa kerumah kawan utk minum ptg.Ni je yg terlintas difikiran dikala ketandusan idea.. Senang dan mudah.


Kuih Ketayap
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1sdk pandan paste + beberapa titik pewarna hijau
  • 1 1/2 cawan fresh milk
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • utk inti
  • 200gm kelapa kering @ 1/2 biji kelapa parut
  • 1cwn gula merah + sedikit gula pasir (manis ikut suka)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa kering @ kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung, fresh milk,telur dan garam..Letak 1sdb minyak masak.lebih senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.
Ini 1 lagi kuih yg paling senang.

Pulut Serunding

Pulut
2cwn beras pulut
2cwn santan
1sdk garam
1sdb minyak masak (utk dptkan pulut yg gebu)
Cara2
Masukkan semua bahan kedalam rice cooker hingga masak.
Serunding kelapa
300gm kelapa parut
1senduk cili kering
1/2 labu bawang besar-dikisar
1sdb ketumbar -dikisar
1sdk jintan halus- dikisar
1btg serai-dikisar
sedikit belacan @ udang kering -dikisar
sedikit serbuk kunyit
1 asam keping (air asam jawa pun ok)
sedikit gula
garam secukup rasa
Cara2
Tumis cili & bahan2 yg dikisar,masukkan asam keping dan sedikit air.Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan kelapa kering (atau kelapa parut) gaul rata dan kering.


Ikan Macam2 Rasa

Assalamualaikum w.b.k,

Menu lunch dlm minggu ni juga, x hingat bila. Kebetulan Ikan Tarakihi yg lebih kurang rasa mcm Ikan Siakap tu, telah meng'special'kan dirinya... Jadi x tunggu apa, rembat je lah..he..he.. Bukan ape, terngat kat anak2, kalau makan lauk yg cenggini..kemain suka lagi derang tu.. Rcp main campak2 bahan yg sedia ada..



Ikan macam2 rasa

Bahan2nya

½ labu bawang besar dipotong dadu

1sdb cili kering

1 sdk crush garlic

2 btg serai di racik halus (bulat2)

2sdb sos tomato

1sdb sos tiram

Nenas dihiris halus (ikut suka)

Tomato di potong dadu (ikut suka)

Cili padi dihiris halus (bulat2)- ikut suka nak peda s mana

2 tangkai daun ketumbar utk aroma (ikut suka)

Garam secukup rasa


Cara2nya

Ikan terlebih dahulu dibersihkan , setelah itu digoreng garing.Ketepikan..

Utk penyediaan sos nya

Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, serai,sos tiram,sos tomato, letak sedikit air utk lebih berkuah. Masukkan cili padi dan biarkan mendidih.Perasakan dengan garam. Sebelum tutup api masukkan nenas & tomato tadi. Gaul rata. Curahkan sos keatas ikan dan taburkan daun ketumbar.


Sunday, November 1, 2009

Maggie Goreng Pattaya aka Maggie Goreng Telur Bungkus

Assalamualaikum w.b.k

selamat berhari minggu, asik selalu makan nasi pattaya je, kali ni anak2 request maggie goreng pattaya aka maggie bungkus telur. X susah mana membuatnya, bf yg sungguh mengenyangkan. Saje dibungkus maggie tu biar anak lebih berselera nak makan. :D bio betul..maggie pun nak masuk blog ke? suke ati ler..blog kite!! ekekekkk... x susah mana, goreng maggie mcm biasa dan bungkus dgn telur.. menu dikala malas melanda..


As guna Mi Goreng IbuMie, yg disahkan halal (saje tunjuk kat azmiezas, sbb dia bertanya)..