Kuih abok2.. adoooaiii.. ni penangan dek terliur kuih abok2 Cik Puan CT Delima ler.. belek2 daun pisang dah tinggal selai dapat la buat utk 6 bijik.. yg selebihnya kukus dlm remekin tu je.. jadi le.. lepas gian nak makan kuih abok2.. as follow resipi Umi_e from MyR.. tq Kak E..
Kuih Abok-abok
Bahan2nya:
1/2 kilo sago biji
2 cawan desacated coconut/kelapa parut
gula melaka/brown sugar secukupnya
garam secukup rasa
Cara-cara
cuci sagu dan toskan
gaulkan sagu dengan kelapa dan garam
masukkan 2 sudu campuran sagu ke dlm mangkok kecil tahan panas
masukkan gula melaka/brown sugar ikut suka banyak
tutup dengan 2 sudu lagi campuran sagu sagu dan ulang sampai habis... (boleh letak dalam loyang kalau tak mau guna mangkok kecil
kukus sehingga masak atau nampak sagu sudah berkilat
***Kalau ada daun pisang, gulung daun pisang bentuk 'kon' dan masukkan bahan seperti yang di terangkan, lipat dgn rapi dan kukus

Karipap inti keledek
Karipap ni lak, resipi dak Hana .. memang sedap dan dah selalu buat..Mintak halal ya Ina!.. akak kongsikan disini..utk koleksi masakan akak.. tenkiuu..lebiuuu!!
Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air
INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air
Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
No comments:
Post a Comment