Tuesday, March 17, 2009

Bakso

Salam Petang Selasa, menu lunch hari ni..cuaca 2,3 hari ni panas sgt..so Bakso ni sesuai sangat2 la.. 1st time mencuba alhamdulillah menjadik. Anak2 suke sangat. Rcp ni as ambil dari Myr. Rcp Che' Iza.. Sedap & mudah sangat2 membuatnya x sampai 1/2 jam. Togeh x ada..x pe la belasah je guna kobis & carrot. Terima kasih ya Che'Iza, kerana sudi kongsikan rcp yang best ini.

Bahan2Nya..
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....(alhamdulillah kat NZ ni senang lak nak dapat Kicap ABC tu)

5 comments:

HuSnA said...

wa..sedapnye kak...wat sndiri ker?kt tganu byk bakso.3 thn dok cni, tak penah skali pon cube.hehehehe

~*as*~ said...

Salam Zahra,dulu kat Msia akak selalu beli je Zahra, la ni dah teringin kena buat sendiri, maklumlah merantau kan?? kalau x masak sendiri nak beli kat mana..hu..hu.. kat M'sia tu macam2 ada.. senang je Zahra, x sampai 1/2jam dah siap.. kalau kat msia ada meet ball yg halal lagi senang.. cubalah ya..resipi pun akak dah kongsikan tu..resipi Che'Iza from Myr..:)

AiE bAhRi said...

sedapnya kak..faveret ni..nanti balik jb buatkan aie ye..huhuhu..dah terliur dah ni..kih3

~*as*~ said...

Salam aie..
InsyaAllah aie, tunggu kepulangan kami sekeluarga ya..Exited nak jumpa aie & fmly

~*as*~ said...
This comment has been removed by the author.