Assalamualaikum w.b.k
Arini..buat lagi menu labu..biarlah as terjun layan ngan menu labu2nya ini..he..he..Kuih Koci ni memang sedap, lain dari yg lain.. x perlu dikukus..sebab dah direbus dohnya dan makan dgn dadihnya.. Alhamdulillah..memang sodap!! buat untuk minum petang, tetamu yg datang pun suka makan Kuih Koci ni...terima kasih buat Kak OgY(tuntung 15)
terima kasih kerana sudi kongsikan resipi yg sedap ni..as amik rcp ni dari MYR.
Buat arera yg jauh di Melbourne tu..he..he.. maaf ya Kak as x ada resipi Kuih Koci sendiri.. ni pun cilok dari MYR...ekekekekekkk... jgn lupe ya arera..cuba jgn x cuba.. Resipi seperti dibawah ni kira Kuih Koci NZ la yer...nghee!! lepas ni ada lagi menu labu..tunggu!! selagi x abis labu beso seberat 25kg tu..ekekekekekkkk!!
Bahan-bahan ( 20 biji )
Untuk Pastri
150gm tepung pulut
150gm labu
Untuk Dadih
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Untuk inti
1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
Daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau.
Doh yang sama juga boleh dibuat Kuih Buah Melaka.. Cuma intinya sahaja berbeza..
1 comment:
Salam akak
sedapnya kuih koci labu ni. 1st time dengar. mesti sedap ni.
akak, sri ada coretkan nama akak di blog.
maaf ye.
Post a Comment