Wednesday, April 1, 2009

Syukur alhamdulillah, meningkat lagi usiaku..

Assalamualaikum w.b.k,

Di petang rabu yg cerah, syukur alhamdulillah segala puji bagi allah S.W.T.. yg mencipta sekian alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W ...hari ini 1 April 2009, genaplah umur as meningkat lagi setingkat..tuo dah den nih.. 34tahun dah.. alhamdulillah dapat mengecapi nikmat hidup yg sukar nak digambarkan... subhanallah!!... Sejak 3 minggu lepas kami melalui saat2 getir,pelbagai dugaan kami tempuh, alhamdulillah.. dugaanmu ya Allah, kami lalui dengan penuh ketabahan..apa2 pun semuanya telah selamat..syukur buatmu ya Rabbal Izzati.. kini baru terasa lega walau pun cubaan akak datang masih samar2 buat kami.. Biasalah sebagai manusia biasa tidak terlepas dengan pelbagai dugaan..

Buat rakan2 maaf as tidak muncul dengan entri2 terbaru. Terima kasih kerana sudi bertandang ke Teratak Nurkasih, buat yang meninggalkan pesan, doa2 & ucapan hari lahir buat as.. terima kasih banyak2.. Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah sembuh dari demam, hanya menunggu tanda2 ruam chicken pox tu pulih. Kami juga sudah selamat berpindah ke daerah Hamilton ini.. Kek ni adalah resipi dari Kak Nor.. as guna bahan yg ada kat dapur tu je utk wat toppingnya.. buat Kak Nor, terima kasih atas ucapan & terima kasih kerana berkongsi resipi yg sedap ni..anak2 suke sgt..
Moist Choc. Cake

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter
Cara-cara
-Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
-Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
-Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
-Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
-Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.
Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
-Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
-Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
-Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
-Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Resipi
as..telah di kongsikan di MyR...

3 comments:

dir&fara said...

happy besday kak!!!

semoge~
-dipanjangkan usia
-dimurahkan rezeki
-dipermudahkan rezeki
-cepat2 la balik sini.. hehe

happy besday sekali lagi!!!!

CT Delima said...

selamat ulang tahun As..x ler tua tu..muda lagi hehehe moga dengan meningkat nya usia As ni..diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan dibumi Allah ni,dimurahkan rezeki dan panjang umur bahagia disamping org tersayang aminnnn

Suzi said...

happy b'day moga bahagia selalu disamping keluarga tercinta...
as pindah Hamilton ke? ada sorang yg duk sana...nama panggilannya Fid...