Friday, April 3, 2009

Nasi Kerabu Perantau

Assalamualaikum w.b.k

He..he kalau dahnya merantau tu.. menunya pun disebut perantau, coz guna bahan ape yg ade je.. Semalam lps uruskan hal sekolah anak2 jenjalan kat bandar Hamilton jap, sambil2 cari barang2 dapur, jumpa lak Budu.. he..he lama dah cari ni.. so menu yg terlintas difikiran utk arini ialah Nasi Kerabu Perantau dari Cik Puan Yani.. alhamdulillah memang sedap.. terimakasih buat Cik Puan Yani, kerana berkongsi resipi yg best ni.. telur asin tu pun hasil experiment as, walau belum cukup tempoh alhamdulillah berasa juga spt telur asin biasa.. just nice je masinnya tu.. guna telur ayam je.. lum jumpa lagi telur itik tu.. As rendam selama 3 minggu dlm air garam dan alhamdulillah belum cukup 3 minggu dah boleh dimakan tapi warnanya kureng cantik la..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
@@ Nasi @@
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning
2-3 helai daun limau purut(optional)
1 btg serai-diketuk(optional)
@@ Sambal Tumis @@
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka



Nak cite sket pasal sambal tumis resipi yani ni.. Memang sedap coz letak budu & santan.. sedikit kelainan tapi sedap!

@@ Sambal ikan @ serunding ikan @@
1 ekor ikan kembung- saiz besar (as guna makeral in oil dlm tin)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia


@@ Kerabu @@
kubis
timun
taugeh
daun kesum
@@ Bahan lain- optional @@
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara
## Sediakan sambal tumis ##
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
## Masak nasi ##
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar.(as guna makeral in oil dlm tin) Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

@@ Kerabu @@
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

Solok Lada


Resipi dari umifeeza dari MyR..

Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )
5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih
3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
**Cara-cara
-Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
-Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
-Perasakan dengan garam dan gula.
-Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
-Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
-Angkat dan bolehlah dihidangkan

No comments: