sempena cuti2 sekolah ni.. anak2 cam biasa la duk umah sibuk ngan xtvt masing2... painting, drawing dan mcm2 lagi.. ptg ni berangan nak wat playgroup dgn kwn2 derang, so pepagi ni as buat la Bergedil Breadcrumb ni.. tengahari sket nanti baru uli tepung utk wat Pizza dan Donut. Maklumlah bebudak Kiwi ni x makan pedas2.. sebelum ni dah pernah buat dan share rcp di MYR.. baru nak paste di blog ni.. adik kita kat Japung tu lagi la rajin siap buat betuk lep2 lagik.. siapa lagi kalau x hana aka Ina aka Mak Yung tuh.. boleh buat bnyak2 dan frozenkan..
Bergedil Breadcrumb
Bahan-bahan ( 25 biji )
1kg ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kasar
300gm daging cincang direbus dan ditoskan (Ikut suka, nak guna isi ayam, sosej direbus dan dicincang @ isi ikan) guna daging burger pun boleh.. (kalau guna daging burger x perlu direbus)
2 biji telur
*Segengam bawang goreng
*Segengam hirisan daun sup & daun bawang
*1 sdb serbuk lada hitam @ lada sulah
*Sedikit garam
Serbuk Roti (Bread Crumb)
Minyak masak utk menggoreng
Sos Cili, Sos Tomato @ Mayonaise utk pencicah
Cara-cara
Panaskan minyak, goreng kentang yang dipotong kasar. Setelah masak toskan dan ditumbuk lumat.
Masukkan daging cincang yg di rebus tadi, gaul rata.. masukkan juga semua bahan *
Gaul rata, kepal2kan biar padat dan bentukkan ikut suka..
Pukul telur dan celupkan bergedil tadi.. kemudian salut dengan bread crumb..kalau x salut bread crumb jadi la bergedil biasa dan boleh makan ngan soto..
Goreng dengan minyak yg panas. Jangan selalu diterbalikkan. Setelah keperangan bolehlah diangkat..
Hidangkan bersama, kentang goreng,sos dan salad kesukaan..
:: SeLaMaT MeNcUbA ::
4 comments:
Nur ingatkan ubi utk buat bergedil kena rebus dulu baru campur dgn bhn2 lain. Tak tahu pulak kena goreng.
Nur,
Boleh juga direbus Ubi kentang tu, kalau digoreng ni ada rasanya yg tersendiri.. mesti seronok playgroup siang tadi kan?? Akak nak sket kukis yg u all buat boleh x??
tak pernah pulak letak breadcrums nak cubalah lain kali. Biasenya letak daging cincang, daun sup, lada hitam n bawag je.
awahh a new twist to the old pegedil, mestui ader rasa lemak2 sebab kentang digoreng dulu tuh..nak kena cuba jugak nih alma
Post a Comment