Carrot Cake
Bahan-bahan ( 10 in )
3 cawan lobak merah -di parut (lebih kurang 2 btg carrot sederhana beso tu)
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak sayur (as guna 1 cawan je)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan golden raisin (as gun mixed fruit) sedapppp!!
1 cawan walnut- roast & crush
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh soda bikarbonat- (as guna 1 1/2 sd je)
2 sudu teh baking powder (as guna 1 1/2 sd je)
1 sudu teh serbuk kayu manis ( i tak guna, sebab tak suka) -yg ni as x guna sbb x ada..he..he
Topping/Glazing
1 1/4 cawan gula icing
3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
1 comment:
sedapnya nampak carrot cake tu... di makan bersama air teh... yummy!! laparnya... ;)
Post a Comment