cikmanis
Bahan-bahan ( 6 orang )
* asam jawa (anggaran sekepal) + air
* *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
* 1 biji bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 1 biji tomato
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* 3 biji cili padi
* *BAHAN UNTUK DITUMBUK
* 1 biji cili merah
* 2 biji cili padi
* 1/2 inci belacan bakar
* garam
* gula
* *BAHAN UNTUK DIPERAH
* 1 biji limau nipis
* 1/4 biji lemon
Cara-cara
1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.
Biar putih tulang jgn putih mata, ha..kan dah putih matanya tu???.. lagi menyengat Air asam menyengat ateh tu gu ngan Kari Ikan Snapper nih.. ngam2 bebeno.. jemput makan smua..
4 comments:
assalamualaikum as. apa khabar? pagi2 ni kakchik singgah jap nak telan air liur tengok air asam tu. kalau dimakan bersama ikan bakar pun sedap kan. fuh, terangkat... kakchik salin resepi ni, nak buat juga nanti.
pehhh...memang terliuq la as!!!
huh memang menyengat betul air asam nie, nak plak klu pekena dengan ikan bakar n nasi panas2..wowweee!!! Ops lupa lak nak bg salam.. as, trymasak tumpang lalu ye :D.. Nant jemput la cuba resepi2 dari dapur kami jugak, macam2 ado.. boleh letak link blog nur kasih nie kat dapur trymasak tue jugak tau.. kat ruangan Member's Blog.. jemput datang ye.. :D www.trymasak.my
Salam Kak As,
Tengok air asam pagi2 pon dah terliur... ada kari ikan pulak tue... geramnye tengok. Rempah kari ikan kite baru je habis stok.heheh.. kena pegi cari ni :D
Post a Comment