Monday, August 16, 2010

Beef Bread Crumb Roll

Assalamualaikum w.b.k, Beef Bread Crum Roll antara menu berbuka ramadhan ke2 aritu. Sangat sedap dan lain dari yang lain.Pestime membuatnya dan x sangka lak anak2 suka. Thanks buat Kak Ummi Kuantan yang ghajen memasak itu..


Beef Bread Crumb Roll
Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 1/2 sudu rempah kari ayam ( as tambah)
  •  1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus) - ita tak letak
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)- tak letak
Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya
Cara Memasak Inti:-
  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

No comments: