Monday, August 16, 2010

Apam Dot2 dan yg tidak dot2 pun ada..

Assalamualaikum w.b.k, apam ni  anak2 dares as buat weekend aritu, as jd remote ajer. Ada yg dot2, ada yg pusing2..mcm2 rupa ada. X apa la, belajar2. Sementara anak2 buat buat Apam tu dapatlah as tumpukan pada tadarus al-quraan. Alhamdulillah Nurin dah boleh harap, Apam dot2 ni utk jemaah di surau dan utk dirumah Nurin buat Piza dan Burger Malaysia.. dan as pula masak lauk2 sahaja.. Memang sedap dan sgt lembut apam ni, tapi as ada menderhaka pd rcp asal, blueberry as tukar kpd inti kelapa lebihan buat kuih gulung aka ketayap aritu..Rasanya seperti coconut blossom.Alhamdulillah sgt2 sedap :) tq ya Hana sudi kongsikan rcp..akak minta izin kongsikan disini pula.. ini lah keja budak2 umur 12, 9 dan 6 thn..he..he..

Apam Dot-dot...
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (as guna 200gm shj)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -as ganti dengan inti kelapa lebihan buat kuih gulung. Letak 1.2 sdk utk setiap cup.
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry secukupnya (ganti dgn inti kelapa)
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Ni pulak tips berguna dr Hana...
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur
Resipi Burger Malaysia aka Pau Sambal di sini



No comments: