Wednesday, June 17, 2009

Burger Malaysia aka Pau Sambal

Assalamualaikum w.b.k,
Sebenarnya, ni menu minum2 petang weekend yg lalu. Ada lak lebih sambal tumis ikan bilis lebih pekena ngan Nasi lemak. Dalam pikir punya pikir ketandusan idea lak nak wat apa utk minum petang, so terlintas lak nak wat Pau sambal atau jaman2 sekolah dulu panggil Burger msia.. he..he, main sumbat je itu sambal, patutnya kalau nak lagi kick letak le timun ekk..tapi x pe la.. layan gak nampaknya tu..licin di kerjakan rakyat jelata..kat umah ni, alhamdulillah..anak2 dah dididik jgn terlalu memilih makanan. X nak makan tu, x nak makan ni.. cuma kena la pilih makanan tu halal ke x..part tu kena lah pilih.. Rcp ni as cilok kat sini..Rcp dari Cik Puan Yani..tuan tanah MyR..Minta halal ya Puan Yani. Kak as C&P kat sini...terima kasih kerana kongsikan rcp ni..

Sebelum2 ni mmng selalu buat, alhamdulillah memang sedap..


Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air (as guna susu(fresh milk)
*2 sudu besar butter/margerin (as guna magerin je)
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

No comments: