Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

Laksa Pahang

Assalamualaikum w.b.k,

Menu Lunch simple, x sampai 1/2 jam dah siap.. pueh penin2 x tau nak masak ape, sbb ape cepat siap..sebab.. x yah nak rebus2 ikan, x yah asing2kan tulang, bukak tin dan blend je ikan tuh..pastu lebur dlm piuk tambah hitu ini, siap...Rupa2nya ada persamaan dgn Laksam (Laksa Kelantan) cuma bezanya tang mee nya tuh.. Kuahnya sama je..  Maaf ya org Pahang & Kelantan, kalau as silap tapi menurut rcp begitulah.. marilah layan Laksa as yg serba kekurangan eksesorinya itu.. buat kak Jun..tq kak!! rcp sempoi yg mabeles!


 Laksa Pahang

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..(as guna 1 tin makeral)
  • 6 biji bawang merah-kisar (as guna 1 labu bawang besar)
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat(as guna 1 tin sanatan)
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos 

Cara-cara

  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.

Thursday, August 27, 2009

Menu Ramadhan 2

Assalamualaikum w.b.k,

Ni menu Ramadhan lagi, teringatkan bazar2 ramadhan kat msia yg meriah tuh! adeh!! ermm..kali ni anak2 nak Laksam plk.. rcp dari yani sifu aka tuantanah MYR.. best sgt2! tq yani..sedap dan lemak berkrim kuahnya tuh! anak2 mmng suke..

Utk nak jimatkan masa, as buat karipap ni dan frozenkan..time nak berbuka je, baru goreng..

Ni plk atas permintaan anak2..nak letak kismis plk.. situ la nak oiii! derang pandai2 sendiri ni..as tlg bancuhkan dah godak2 je..yg lain2 anak daro be3 yg menggayakan..

Thursday, May 28, 2009

Bun Pandan & Laksa Penang Perantau

Assalamualaikum w.b.k,

Ni ler bun pandan hasil campur tangan chef2 cilik kat dapo malam tadi.. he..he.. bio ler.. Nurin tukang sukat semua bahan, aisya duk buh pandan paste dan nurul dok tabur kelapa atas tu..walaupun comot, alhamdulillah sedap & gebuss sungguh bun ni.. Buat cikgu ros.. terima kasih sudi share rcp bun pandan ni ya..aritu dah buat tapi x sempat nak posing. Kak As buat inti kelapa & kaya. X boleh nak tunjukkan inti tu sebab nak buat bekal anak2 & hby esok..walau aisya buh pandan paste telebey, sib baik x menjejaskan rasa bun tu..terlebey sedap ada ler..

Bahan-bahan ( menghasilkan 16-18 biji bun )
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
Cara-cara
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.



Laksa Penang Perantau.. kalau dah ada nama perantau tu..he..he..paham2 je la ekk.. guna bahan2 ape yg ada je la.. Menu semalam.. MyLaling tengah x sedap badan..buat le laksa ni..bio ada selera sket.. Laksa ni pebret no 1..anak as yg sulung..

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
1paket laksa beras (400gm)
*Bahan kuah laksa*
1 tin makeral in oil dikisar
3-4 asam keping
1 labu bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
2 btg serai dipotong 2 dan diketuk
1 senduk cili kering yg dikisar
3 cm belacan -dikisar
segenggam daun kesum
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji nanas madu- dihiris (as guna nenas dlm tin)
1 batang timun - dihiris memanjang
1 biji lemon di potong 4
4-5 helai daun salad - dihiris

Cara-cara
*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus hingga lembut & ditoskan
*Kuah laksa* Rebus semua bahan yg dikisar bersama air..ikut suka bnyk mana, masukkan makeral yg dikisar, asam keping,serai ..didihkan.. perasakan dengan garam dan masukkan daun kesum.Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya
.

Thursday, May 21, 2009

Laksa Johor Perantau & Agar-agar Cokletie

Assalamualaikum w.b.k

He..he..memang layak digelar perantau sebab guna bahan ape yang ada.. Maklum lah baru berpindah kesini, daun kesum pun baru nak idup.. puas cari2 basil leave pun x de..maklum lah dah nak masuk winter ni kurang sket ka pasaran.. sib baik rakyat jelata makan x cerewet.. walaupun serba kekurangan, alhamdulillah semua suke..


Bahan-bahan ( 10 orang @ satu family)
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
2 tin Makeral in Oil -dikisar
udang basah 100gm direbus dan dikisar
**Bahan B (dikisar)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1/2 cwn kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan
garam secukup rasa

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji (as guna lemon)
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
lobak masin dihiris halus
bawang besar dihiris halus
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus (as x guna sebab x ada..hu..hu)
** Sambal Belacan
-lada kering 10 tangkai - digoreng
-Belacan secukupnya-dibakar
-Bawang Merah 1 biji kecil
(Kisar semua bahan)
Cara-cara
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan dan udang yg telah dikisar. Setelah betul2 garing dan naik minyaknya masukkan 3 mangkuk air dan santan pekat.
masukkan asam keping
tambah garam secukup rasa dan masukkan kerisik.
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan dan sedap..Biar mendidih hingga minyaknya naik dan kuah nampak cantik dan sedap!..


Ni lak pebret anak2.. rcp dari kak yatieZaini, ntah ler dah berapa kali ulang2 buat..anak2 suke betul..mekasih wat kakyatie sudi kongsikan rcpnya ini.. disini

Bahan-bahan ( 4 orang )
a. 100gm coklat masakn
1 sm mentega
b. 4 keping roti dipotong kecil
200ml susu cair
100ml air
2 biji telor (dipukul)
sedikit esen vanilla
c. 6gm agar2 serbok
300ml air
5sm gula
Cara-cara
Bahan (a) dicairkan secara double boil..
Bahan (b) .. masukkan kedlm blender n diblend sekejap..
Masakkn bhn (c) .. hingga semuanya hancur n megelegak ..
Masukan bahan (a ) yg tlh cair n (b) yg siap diblend kedlm no.3 .. kacau hingga mengelegak ..
Boleh ler dimasukkn kedlm acuan kegemaran masing2 ..
Simpan dlm peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan ..

Thursday, January 15, 2009

Laksam


(Resipi dari yani MyResipi)

Bahan-bahan nye:
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

::bahan kuah::
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

(as guna makeral in oil dlm tin tu..)
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

:: Bahan ulam ::
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotAlign Leftong halus)
::cili::
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara nye:
Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis..
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
:: Selamat Mencuba::

Chef