Thursday, May 21, 2009

Laksa Johor Perantau & Agar-agar Cokletie

Assalamualaikum w.b.k

He..he..memang layak digelar perantau sebab guna bahan ape yang ada.. Maklum lah baru berpindah kesini, daun kesum pun baru nak idup.. puas cari2 basil leave pun x de..maklum lah dah nak masuk winter ni kurang sket ka pasaran.. sib baik rakyat jelata makan x cerewet.. walaupun serba kekurangan, alhamdulillah semua suke..


Bahan-bahan ( 10 orang @ satu family)
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
2 tin Makeral in Oil -dikisar
udang basah 100gm direbus dan dikisar
**Bahan B (dikisar)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1/2 cwn kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan
garam secukup rasa

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji (as guna lemon)
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
lobak masin dihiris halus
bawang besar dihiris halus
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus (as x guna sebab x ada..hu..hu)
** Sambal Belacan
-lada kering 10 tangkai - digoreng
-Belacan secukupnya-dibakar
-Bawang Merah 1 biji kecil
(Kisar semua bahan)
Cara-cara
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan dan udang yg telah dikisar. Setelah betul2 garing dan naik minyaknya masukkan 3 mangkuk air dan santan pekat.
masukkan asam keping
tambah garam secukup rasa dan masukkan kerisik.
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan dan sedap..Biar mendidih hingga minyaknya naik dan kuah nampak cantik dan sedap!..


Ni lak pebret anak2.. rcp dari kak yatieZaini, ntah ler dah berapa kali ulang2 buat..anak2 suke betul..mekasih wat kakyatie sudi kongsikan rcpnya ini.. disini

Bahan-bahan ( 4 orang )
a. 100gm coklat masakn
1 sm mentega
b. 4 keping roti dipotong kecil
200ml susu cair
100ml air
2 biji telor (dipukul)
sedikit esen vanilla
c. 6gm agar2 serbok
300ml air
5sm gula
Cara-cara
Bahan (a) dicairkan secara double boil..
Bahan (b) .. masukkan kedlm blender n diblend sekejap..
Masakkn bhn (c) .. hingga semuanya hancur n megelegak ..
Masukan bahan (a ) yg tlh cair n (b) yg siap diblend kedlm no.3 .. kacau hingga mengelegak ..
Boleh ler dimasukkn kedlm acuan kegemaran masing2 ..
Simpan dlm peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan ..

2 comments:

AiE bAhRi said...

salam kak..
nyum2 sdapnya menu.
meh la antar kat johor skit.

~NurKasih~ said...

Salam AiE,
InsyaAllah, sabar ya Aie, tunggu akak balik.. camner Study? tgh bercuti ke skrg?