Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Stuffed Tofu, Tofu Omellete & Nasi Goreng

Assalamualaikum w.b.k

Nasi Goreng dan kuncu2nya..Arini cam x selera sgt nak makan berat2.. rasa mcm nak makan menda yg goreng2 jer.. So, inilah menu lunch merangkap dinner nanti kot.. (kot tu maksudnya..kalau2 ada rasa nak makan menda lain..lain ler ceritanya yer) kalau idak makan ler ape yg ada nih.. lagipun Myhby x de ni, makan simple2 je..

Stuffed Tofu ni lama dah x buat, arini nape tah mcm teringin nak makan tahu2 ni.. cicah ngan sos cili pun sedap, ngan sambal kicap lagi la sedap..rcp lebih kurang sama ngan rcp dayang. Aritu ingat nak share rcp diMyR dayang dah post, x pe nanti, as menyelit antar report je.. Dayang mmng sangat berbakat dlm masakan,cubalah singgah ke teratak mini kayangan dayang jack pasti bnyk rcp2 menariknya yg buat u all terguda.. Lebihan dari x abis sumbat kat tauhu tu as jdkan omelette..


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)dan digoreng terlebih dahulu
  • 5 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - kalau nak ganti ngan surimi ke atau ape2 seafood pun ok -tak letak pun ok
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 tankai daun celery atau daun sup
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara

  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos cili atau sambak kicap.
Ada lebih sket x tau nak sumbat kat mana, as pecah telur dan as jadikan omellete, cuba lah, mmng sedap dan kalau nak jdkan inti sbg sandwich pun sangat la sesuai...


Nasi Goreng ni x yah lah cite lelebey.. main campak2 je..arini as guna bumbu segera je.. tapi sedap le sgt.. he..he..sedap?? sbb tgk anak2 makan mcm sedap sgtttt!! kena ngan citerasa derang kot??.




Thursday, May 14, 2009

Daging Merah & Telur bungkus

Assalamualaikum w.b.k

Hu..hu... bzy2..jengah blog jap.., smlm dah layan tag2 ari...kali ni add rcp plk. Daging merah ni pabret kami sekeluarga. Sedap bebeno layan ngan sambal belacan,tomyam dan yang sewaktu dengannya... rcp Daging merah juga dah dikongsi di sini .


Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah) kalau guna daging batang pinang x perlu rebus..
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana
Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

2 biji telur
100gm udang - buang kulit
100gm isi ayam - di cincang
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
50gm sayur campur (peas,jagung,lobak)
Garam dan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
daun sup - hiris halus
Cara-cara
panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih.
kemudian masukkan isi ayam. gaul hingga air ayam tu kuar. pas tu masuk udang. - gaul rata. masuk lak mix veggie, sos tiram lada sulah dan garam
gaul2 kejap pas tu masuk daun sup. angkat.
Pukul hingga kembang. - panaskan kuali. tuang sedikit minyak. masuk telur dan golek2 cam buat kuih dadar.
pas tu biarkan kejap hingga bhg bwh telur nampak hangus sedikit. tutup api. - masuk bahan yang di tumis tadi. kemudian boleh la melipat atau membungkus..

as masukkan telur dlm mangkuk dan masukkan inti dan telangkupkan kat pinggan..cam wat nasi pattaya tu..

Saturday, May 9, 2009

Masak Lemak Cili Api, Kangkung & Telur Asin

Assalamualaikum w.b.k

Hik..hikk dah 2 ari x makan nasik memasing merengek nak nasik lak.. mcm2 hal derang ni.. Teringat Pak Cik Azmi dtg aritu bawa utk kami ikan. Lum dimasak2 lagi.. so, teringat lak pebret My.Hby Ikan Masak Lemak Cili Api. Memula ingat nak masak 3 rase tapi last week baru masak so, change menu lak la. Sayo lak layan Kangkung goreng belacan dan telur asin.

Bahan2:
1 ekor ikan- dibersihkan dan digoreng
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang merah-dikisar
1inci halia
2 btg serai- diketuk
1helai daun kunyit (kalau ada bestnyerrr)
6 biji cili padi (pedas ikut suke)
1/2 sdt serbuk kunyit (kalau ada kunyit idup pun bestnyee)
santan secukupnya
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Ikan dibersihkan, letak sket kunyit dan garam - digoreng garing
Masukkan semua bahan +air dan didihkan, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa dan gaul rata, setelah mendidih masukkan ikan.

Kangkung Goreng Belacan
Bahan2:
1 ikat kangkung
1/2 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
Cili Padi @ cili kering- dikisar
sedikit belacan-dikisar
garam secukup rasa
Cara2:
Kangkung dipotong dan dibersihkan asing kan batang dan daunnya..
Tumis bahan2 yg dikisar, setelah naik bau masukkan garam dan sedikit air
Masukkan batang kangkung dan gaul rata, setelah agak layu masukkan daunnya pula, jgn terlalu layu kereng sedap plak.. Siap!!
Resipi asal seperti dibawah tapi as dah durhaka sket.. guna telur ayam & hanya rendam ngan air garam sahaja.. kira durhaka bnyk ler tu ekk..tapi hasinya sedap. Elok je masinnya tu..cuma warna kureng cantik la..lps ni tukar telo itik lak..idup2 ingat ni telo itik rope2 nya telo ayam kampung NZ..ekekek...tipah tertipu!!

Telur Asin

10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara
Bersihkan telur & jemur seharian
Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
Selepas 2 ke 3 minggu, boleh la direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.