Wednesday, January 27, 2010

Air Asam Menyengat..ngatttt!!

Semalam kami sekeluarga telah disengat oleh menu yg menyengat nih..  nak tau menyengat ke idak kena la cuba sendiri yea.. sesuai makan ngan Ikan bakar @ ulam2..tapi kali nih as wat cicah ngan pucuk keledek. Ni kes jln2 cari pasal di Pasar Frankton weekend aritu, terjmpa plk Pucuk Keledek nih.. teringat dulu my maid from Indonesia pernah buat Air Asam & Pucuk Keledek ni, tapi x sempat nak menuntut. Dia mmng x makan seafood, ari2 belasah air asam & ulam2an pun jd, sib baik jumpa rcp kat rmh hana dari cikmanis from myr. Kes terliuq la ni, ngalahkan ibu2 mengandung..


 

cikmanis
Bahan-bahan ( 6 orang )

* asam jawa (anggaran sekepal) + air
* *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
* 1 biji bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 1 biji tomato
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* 3 biji cili padi
* *BAHAN UNTUK DITUMBUK
* 1 biji cili merah
* 2 biji cili padi
* 1/2 inci belacan bakar
* garam
* gula
* *BAHAN UNTUK DIPERAH
* 1 biji limau nipis
* 1/4 biji lemon

Cara-cara

1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

Biar putih tulang jgn putih mata, ha..kan dah putih matanya tu???.. lagi menyengat Air asam menyengat ateh tu gu ngan Kari Ikan Snapper nih.. ngam2 bebeno.. jemput makan smua..



Tuesday, January 26, 2010

Kuih Tepung Gomak


Salam di pagi Selasa yg cerah..2,3 hari ni x dapat nak update blog dek kerana line yg tersengut2.. Kuih Tepung Gomak ni, x tau la.. ramai org suke ke tak, tapi sbb dah lama beno x makan rasa teringin la pulak. Patut ler bila pakai bedak comot sket org ckp muka mcm repung gomak, rupanya, kuih ni ala2 mcm pakai bedak comot ler ropenya.. Kalau nak makan standby air ya, sbbnya.... sendiri mau ingat ..silap haribulan maunya tercekik..pastu dia berhabuk. walau mcm2 gosip psl dia ni..rasanya tetap sodap! lembut jer..Kalau duk Msia dulu, keja membelinya je..nama nak ambik tau cara2 membuatnya idok sekali..tapi bila dah ingin nak makan kat sini, kena la ambik tahu juga cara2 membuatnya.. alahaiii..sonang jo, ruponyo.. pueh ati plk tu bila buat sendiri..lum sempat dibedakkan pun dah laju jer bdk2 ni makan..



Kuih Tepung Gomak
sumber dari tulip77 myresipi

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut( as tambah sedikit tepung gandum)
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.


Tuesday, January 19, 2010

Butter Cake , Puding Roti Bakar

Assalamualaikum w.b.k,

Butter Cake ni mmng pebret anak2.. saje bagi kaler2.. biar cepat di terkam, x sampai ari esok dah pinish.. bahan2 pun simple jer.. rcp from MYR dari lemon minta izin ya lemon C&P rcp disini.. lembut dan sgt moist..


Butter Cake 
Bahan-bahan ( 10 org. )
  • 250 gm buttercup
  • 250 gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar

Cara-cara

  1. pukul butter bersama gyula sehingga kembang.
  2. kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
  3. apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  4. akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati.
  5. masukkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar suhu 180 selama 40 minit.
Puding Roti Bakar



Puding Roti Bakar @ Bingka Roti
Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih atau wholemeal
4 cawan fresh milk
3sdb butter @ magerin
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit cinnamon Powder
Sedikit Kismis

Cara2
Blend fresh milk,gula & telur , siat2 kasar roti dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan bahan2 yg dikisar td dan ramas2  dgn roti. Masukkan buter, kismis dan cinnamon powder.
Lenserkan loyang dgn butter dan tuangkan adunan td. Bakar pada suhu 180'c selama 40mint
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.. Selamat Mencuba


Pucuk Meranti & Sambal Paru

Salam di pagi selasa yg ceria, hati masih gundah gulana sket ngan line tenet yg slow..susah tul nak hupdate.. Aiks lauk Pucuk Meranti pun nak masuk blog?? hehe...ni ler pestime kami dpt makan lauk nih kat NZ ni.. itu pun nasib baik la kawan as yg bagi, kemain banyak tumbuh kat tepi umah dia..kalau idok aje teringat2 jer la lauk2 kampung mcm nih..gu ngan sambal paru, Ikan masin, sambal belacan.. yok ..makan yok!! 

Pucuk Meranti Masak Lemak



Sambal Paru Cili Api

 

Saturday, January 16, 2010

Donut

Salam di pagi Sabtu, bersiaran lagi sambil ditemani berukband akekekek, selow banget.. hampeh tul.. tapi alhamdulillah walau slow mcm siput try gak la bersiaran gak di pagi Sabtu yg hening ni... saje control padahal tgh hangin ngan si berukband nih..
Donut ni pebret anak2, nak2 yg ada letak cekelat ateh tu, ada belen wat topping coklate cake aritu..as duk calit sket ateh donut tu pastu, tabur ngan gula+ cinnamon .. rcp donut yg gebas gebus ni rcp dari skyblue from myresipi..




 

yg ni plk walau x cun tapi paling laju abis sbb ada rasa cinnamon tuh.. 
 
rcp donut spt dibwh topping ikut suke atih la ya nak buh ape..
DONUT

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Friday, January 15, 2010

Ayam ala2 BbQ

Salam di pagi jumaat, update menu lunch smlm..hehe dah kena mamam baru nak update maklum lah, broadband dah jadi beratband akekekek... berukband tul..slow giler dari smlm susah tul nak berpoya2. Sekali sebut menu ni bunyinya mcm yo..yo oooo je ekk.. sebenornya anak2 yg pepandai kata ala2 bbq nih.. kata derang "mcm makan bbq chicken la ibu "simple jer sebenornya.. Goreng ayam dan sirakan ajer .. amat digemari oleh budak2 dan mak & bapak budak.. sebab kami ni tekak jawa kami suke yg pedes2..kalau x suka adjust la ikut cita rasa memasing, makcik x kisah pong!



1kg Chicken Wings (nak potong 2 atau tidak ikut suke)
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
kisar bahan *
1 sdb cili kering @ cili powder (kalau x suke pedas blh skip)
4 sdb sos bbq (kalau x de, guna kicap + sos tomato)
1 sdb lada hitam
2 sdb sos tiram
2sdb sos cili
2 sdb madu (x de madu nak letak gula pun ok)
garam secukup rasa

Cara2
Ayam digoreng dan ketepikan
Panaskan kuali,tumis hingga garing bahan2 yg dikisar, masukkan cili kering..gaul rata, masukkan sos2, madu, serbuk lada hitam..letak sedikit air jika suka berkuah..gaul rata. Perasakan dgn garam. Setelah agak garing, masukkan ayam dan gaul rata.. Selamat Mencuba..


Wednesday, January 13, 2010

Posto! Posto! Dari Adik Ika Zul & Sahabat ku Zaleha Bukit Indah JB

Assalamualaikum  w.b.k,

Nak ucap terima kasih bebanyak buat Adik akak di Bangkok nun.. sape lagi kalau bukan Ika bini  Zul atau paling dikenali dgn nama Ijayuji atau nama yg paling indah buat Ika, Siti Khadijah. yg pandai masak macam2 tu,cakap jer masak ape, kite yg dipanggil kakak ni naik malu plk..sbbnya pandai beno dia memasak..gambor masakan pun buat org terliur jer.. Kak As sekeluarga disinin nak ucapkan terima kasih atas ingatan ikhlas menghantar ole2 dari sanun.. semoga murah rezeki kalian disana. Semoga Ukuwah ini berkekalan selamanya ya dik Ika cayang..Akak betul2 terharu la atas budi baik Ika... Alhamdulillah..Suke! suke! suke!...eh over plk..Parcel ni sampai masa kami sedang bercuti di Rotorua aritu, so, pak posto hanya tinggalkan pesan srh ambil di PostShop, meh kite tgh ape dlmnyer yer.. je ge jengggg!!!..  maaf ya ika lambat post en3.. tgh asah mood yg mengade2 nih..ngehhh..ngehhh..



Ermm.. ada muffin cup.., ni kalau x ghajen wat muffin x tau nak kata ape ada, cekelet, ada bumbu2 tomyam, bubu kari.. ni kena lagi ghajen masak nih.. resipi2 akak akan refer di blog Ika ya..cayang diaaa...muahhhh!!


Ini plk dari sahabat di Tmn Bukit Indah nun.. Zaleha..leha pe kabo ko leha..rindu bebeno aku kat ko & anak2.. X dapat kirim kat Wan aritu sanggup ko poskan kat aku yer.. mekasih bnyk2.. x dpt nak selongkar brg2 dlm ni sbb dak Nurin save kat mana gaknya, aku dah try masak guna rempah2 yg ko bagi tu..mmng sedap..tudung2 pun aku suke le sgt2.. lebiuuuu ..pnj umur insyaAllah kita jumpa yer..hanya SMS ko pengubat rinduku... maaf ler terfeeling sket.. namun aku x kan terpaling dari ingat kat ko leha.. fenin tul kwn ko srg ni ek leha..


** nota kaki ku kaku, kaki ku malu :P... nak bgtau lah ya.. x ada sebarang niat as utk bermegah2 atau menunjuk2 , sekadar menghargai pemberian org yg disebutkan diatas..

Tuesday, January 12, 2010

Sup Ayam dgn Lengkuas & Ikan 3 rasa


Assalamualaikum w.b.k,

Tertunailah hasrat dihati.. mcm pernah dengar tapi dimana ya?? kwang2 jgn marah ya Kak Ina KL, saje2 amik ayat power akak tuh..bukan ape saje amik mood, lama x mengupdate blog ..ish..manyaknya sawang.. terima kasih kpd yg sudi jengah2 dan meninggalkan pesan.. Ni menu lunch smlm, Sup Ayam dgn Lengkuas ni, ruginyer sape x cube.. rasa kelainan dlm masakan sup, kalau letak daun limau dan serai blh jadi rasa mcm Tom Yam pun ader.. sedap dihirup2..sebab nampak anak2 kemain lahu hirup2..hehe rcp best ni idea dari Cik Puan Yani, Tuan Tanah MyResipi..tq ya Yani..mmg sedap ler..



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.(as guna chicken nibbles)
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sup Ayam diatas gu plk ngan Ikan 3 rasa dibawah ni..





Ikan 3 rasa
Bahan2
1 ekor ikan siakap atau apa2 (as guna Snapper)
1 labuu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di kisar
2 btg serai diracik halus
10 biji cili -dipotong bulat2(kepedasan ikut suka)
2sdb cili kering (kepedasan ikut suka)
2 sdb sos tomato (nak letak sos cili pun ok)
2 sdb sos tiram
garam secukup rasa
Lemon - perah dan ambil airnya
Daun ketumbar untuk lebih aroma
Cara2
-ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
-Tumis bawang2,cili kering..setelah naik minyak masukkan serai,cili padi,sos2, perasakan dengan garam, jika terlalu garing tambahkan sedikit air jika suka berkuah..
-Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.. taburkan daun ketumbar.