Wednesday, January 27, 2010

Air Asam Menyengat..ngatttt!!

Semalam kami sekeluarga telah disengat oleh menu yg menyengat nih..  nak tau menyengat ke idak kena la cuba sendiri yea.. sesuai makan ngan Ikan bakar @ ulam2..tapi kali nih as wat cicah ngan pucuk keledek. Ni kes jln2 cari pasal di Pasar Frankton weekend aritu, terjmpa plk Pucuk Keledek nih.. teringat dulu my maid from Indonesia pernah buat Air Asam & Pucuk Keledek ni, tapi x sempat nak menuntut. Dia mmng x makan seafood, ari2 belasah air asam & ulam2an pun jd, sib baik jumpa rcp kat rmh hana dari cikmanis from myr. Kes terliuq la ni, ngalahkan ibu2 mengandung..


 

cikmanis
Bahan-bahan ( 6 orang )

* asam jawa (anggaran sekepal) + air
* *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
* 1 biji bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 1 biji tomato
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* 3 biji cili padi
* *BAHAN UNTUK DITUMBUK
* 1 biji cili merah
* 2 biji cili padi
* 1/2 inci belacan bakar
* garam
* gula
* *BAHAN UNTUK DIPERAH
* 1 biji limau nipis
* 1/4 biji lemon

Cara-cara

1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

Biar putih tulang jgn putih mata, ha..kan dah putih matanya tu???.. lagi menyengat Air asam menyengat ateh tu gu ngan Kari Ikan Snapper nih.. ngam2 bebeno.. jemput makan smua..



4 comments:

kakchik said...

assalamualaikum as. apa khabar? pagi2 ni kakchik singgah jap nak telan air liur tengok air asam tu. kalau dimakan bersama ikan bakar pun sedap kan. fuh, terangkat... kakchik salin resepi ni, nak buat juga nanti.

ain said...

pehhh...memang terliuq la as!!!

Try Masak said...

huh memang menyengat betul air asam nie, nak plak klu pekena dengan ikan bakar n nasi panas2..wowweee!!! Ops lupa lak nak bg salam.. as, trymasak tumpang lalu ye :D.. Nant jemput la cuba resepi2 dari dapur kami jugak, macam2 ado.. boleh letak link blog nur kasih nie kat dapur trymasak tue jugak tau.. kat ruangan Member's Blog.. jemput datang ye.. :D www.trymasak.my

Ijan said...

Salam Kak As,
Tengok air asam pagi2 pon dah terliur... ada kari ikan pulak tue... geramnye tengok. Rempah kari ikan kite baru je habis stok.heheh.. kena pegi cari ni :D