Showing posts with label Kad. Show all posts
Showing posts with label Kad. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum w.b.k, Selamat meniti hari2 terakhir Ramadhan moga amalan2 kita diterima oleh Allah s.w.t, dikesempatan ini As selaku tuan tanah Teratak NurKasih ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua yg mengenali, terutama buat ahli keluarga, sanak saudara,penggunjung Teratak NurKasih, teman2 blogger, teman2 FB. Mohon maaf kiranya ada salah dan silap samaada sedar mahupun tidak. Nampaknya pd tahun ini kami beraya diperantauan lagi. Namun kami mengharap doa2 dari semua buat kami disini. 


Adat jauh berkirim kata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
maaf dipinta seikhlas hati....
SELAMAT HATI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Buat yang ingin pulang ke kampung halaman, As doakan moga selamat sampai ketempat yang dituju dan selamat semuanya..Moga aidilfitri ini memberikan seribu makna buat semua.


Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri-Kad dari as buat semua

Assalamualaikum w.b.k,
Sekian lama x update blog.. dah bersawang.. terima kasih buat yg sudi ziarah, maaf jika as x sempat buat kunjungan balas.Sibuk dengan aktiviti ramadhan, persiapan kami menyambut Aildilfitri kali ini hanya ala kadar sahaja. Setelah hampir sebulan menjalani Ibadah di bulan Ramadhan, dan Syawal yg bakal menjelma tidak beberapa hari lagi, terasa sedih jauh disudut hati, rasa rindu dengan kemunculan Ramadhan yang akan datang. Moga amal dan ibadah kita diberkati oleh Allah s.w.t , dikesempatan ini, as sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua, maaf andai ada tersilap kata bicara, perbuatan yg tidak disenangi samaada di alam siber atau alam nyata.. sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan yg tercela itu datang dari diri kami sendiri, mohon dimaafkan. Juga halalkan makan dan minum dan perkongsian ilmu..Terimalah e-card dari kami, semoga ceria menyambut syawal bersama keluarga dan ingat2 lah kami diperantauan. Sudi-sudikan lah ya..ambil kad yg x seberapa ini.



Terima kasih tidak terhingga juga di atas kiriman kad2 dari teman blogger, tidak lupa juga buat pengirim ucapan dan doa diruangan msjbox dan komen dan chatbox..semoga ukuwah yg terbina berkekalan.
Kad dari Kak Ct Delima & Che Mat


Kad dari Adik Hana & family,Kanazawa Japan





Kad dari Dr Inahar & Family


Kad dari Adik Ayu & Family,Kuwait


Kad dari Maz & Family,Bahrain



Kad dari Suzi & Family,Australia



Kad dari Adik Ika & Family, Bangkok

Kad dari,Adik Azura & Family

Kad dari, Adik Deeja & Family
Kad dari, Adik AnaWahid & Family Kad dari,Adik CtZura &Family

Kad dari, Adik FizaNordin & Family


Kad dari Kak Ain & Family,JB

Kad dari Kak Intan

Kad dari Kak Ina & Family-KL

Kad dari adik Jiya,14sept

Kad dari adik, Sue-HaSue & Family

Kad dari kak Mimi & Family

Kad dari Adik Ijan & Family, Finland

Kad dari,Kak Watie & Family-Penang


Kad dari,Maria Zaina & Family-Sabah

kad dari, Love & Family


Kad dari, nurindah & Family

Kad dari, Kak Nor & Family-Trengganu

Kad dari,SeriNadirah & Family



Friday, August 21, 2009

Kad Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.k,
Pagi Jumaat yg cukup tenang.. dlm keadaan yg tenang ni, baru sempat nak hangkut smua kad2 dari teman2 .. maaf ya lambat sket..terima kasih buat semua.. begitu cantik dan indahnya kad2 yg dikirim seindah bulan Ramadan yg mulia.. terima kasih juga kepada yg meninggalkan ucapan dan doa di ruang komen, Msjbox & Chat box..Salam Ramadahan dari as sekeluarga Selamat Berpuasa,Selamat Bertadarus Al-Quraan,Selamat Berbuka,Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih,Selamat Bersahur.. dan selamat semuanya.. Semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t..
LinkKad2 yg cantik dan indah datangnya dari:


Bold


Hanani-New Zealand


AnaWahid-BP Johor



Kak Nor-Trengganu



azimezas

Terima kasih buat semua..Sayang u all..

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak (Kad buat semua)

Assalamualaikum w.b.k,
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dari kami sekeluarga, e-card ini ditujukan buat semua teman2 blogger (semua follower, sahabat MyR, Sahabat msjbox dan semua pengunjung Teratak NurKasih)sila ambil ya dan sudi2 lah menerimanya..maaf as tak dapat nak berkunjung ke blog kalian satu persatu.. Selamat menjalani ibadah puasa semoga ibadah dan semua amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. maaf diatas segala salah silap, yang disedari mahu pun tidak.. semoga persahabatan dialam maya berkekalan hingga ke alam nyata..


Kad dari CtZura

Assalamualaikum w.bk,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “
Semoga kita sama2 dapat menghayati pengertian disebalik bulan Ramadhan yg mulia..

Kad yg indah ini adalah dari adik yg nun jauh di Miri Sarawak.. ctzura..sangat manis bila tersenyum dan geng masak2 gak nih!.. suke ngan kad2 yg cantik ni..terima kasih ya zura dan maaf ya zura kiranya akak kurang menjengah umah zura..maklumlah masa untuk berinternet terlalu terbatas. Bila anak2 dah pulang dari sekolah, akak seharusnya berikan peluang utk mereka membuat homework maklumlah, semua research menggunakan Internet dan Laptop dirmh ni hanya ada 1 je..



Fadhilat Ramadhan
Bulan Ramadhan atau dalam bahasa percakapan biasa disebut "Bulan Puasa"..menjelang lagi. Bulan ini bukanlah asing bagi umat Islam dan mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini sememangnya menunggu-nunggu akan ketibaannya.Di dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa, sejajar dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran Surah Al-Baqarah, ayat 183-184 seperti berikut:


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."
"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."
"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."
"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."
Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.

Subhanakallah wabihamdhi (3x) Semoga apa yang kita baca dapat disampaikan kepada semua..

Kad Dari Love

Assalamualaikum w.b.k,

Kad ini pula kiriman dari adik yg rajin masak2 juga.. suka ngan rcp2nya.. Kagum dengan Love, walau bukan muslim tapi sedia kongsikan kegembiraan bersama kami nak menyambut ramadhan. Boleh lah Kak as cuba rcp2 Love utk menu berbuka puasa nanti ya..Dengan rasa gembira dan terharu Kak as terima ya Love. Terima kasih atas ingatan! Cantik White Roses tu..semoga persahabatan kita sentiasa segar bak roses yg dikirimkan tu ya..

Coklat ni pun nampak sedap! Thanks Love!