Wednesday, August 19, 2009

Kad dari CtZura

Assalamualaikum w.bk,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “
Semoga kita sama2 dapat menghayati pengertian disebalik bulan Ramadhan yg mulia..

Kad yg indah ini adalah dari adik yg nun jauh di Miri Sarawak.. ctzura..sangat manis bila tersenyum dan geng masak2 gak nih!.. suke ngan kad2 yg cantik ni..terima kasih ya zura dan maaf ya zura kiranya akak kurang menjengah umah zura..maklumlah masa untuk berinternet terlalu terbatas. Bila anak2 dah pulang dari sekolah, akak seharusnya berikan peluang utk mereka membuat homework maklumlah, semua research menggunakan Internet dan Laptop dirmh ni hanya ada 1 je..



Fadhilat Ramadhan
Bulan Ramadhan atau dalam bahasa percakapan biasa disebut "Bulan Puasa"..menjelang lagi. Bulan ini bukanlah asing bagi umat Islam dan mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini sememangnya menunggu-nunggu akan ketibaannya.Di dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa, sejajar dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran Surah Al-Baqarah, ayat 183-184 seperti berikut:


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."
"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."
"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."
"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."
Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.

Subhanakallah wabihamdhi (3x) Semoga apa yang kita baca dapat disampaikan kepada semua..

1 comment:

ain said...

semoga ramadhan nanti dipenuhi dengan amalan2 yg dituntut.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK utk as sekeluarga!!!