Tuesday, January 19, 2010
Pucuk Meranti & Sambal Paru
Thursday, November 12, 2009
Kerabu Tomato & Lemak Cili Api Ikan Masin
Ber en3 diptg Khamis yg indah, anak2 tgh rileks2 sambil minum ptg, ibu sempat berpoya2 di depan PC.. hee..he Lauk sempoi lunch td, memula x tau nak masak ape, tinjau2 dlm peti besi jumpa plk Ikan Masin Mullet. Beli dgn Kak Hanim ramadhan lalu, bila lama2 perap dlm freezer terasa sket masinnya.. Buat separuh je, sbb ikannya besau.. Pandai Kak Nim buat Ikan Masin tu....mcm sedap je kalau buat Lemak Cili Api letak nenas.. layan plk ngan Kerabu Tomato dik Ina ni.. anak2 makan x noleh2.. kemain sedap lagi.. kerabu tomato ni mmng best ler... mcm ina kata senang, sedap,cepat.. Minta Ijin ya Ina Copy Kat MyR paste kat sini yerrr..

Bahan-bahan ( 3-4 org )
- 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
- segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
- 1/2 biji bwg besar - dihiris
- 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
- 1 btg serai - dihiris
- garam
- gula
- jus lemon - optional
- pak aji - klu suka
Cara-cara
- Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
- Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...
Lemak Cili Api Ikan Masin
Beberapa Potong Ikan masin dibersihkan dan digoreng
Cili Padi (kepedasan ikut suka)-ditumbuk
1/2 labu bwg besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halis -dikisar
sedikit belacan
1 asam keping
1 btg serai
beberapa hirisan nenas (as guna nenas dlm tin)
Santan
Cara2
Goreng Ikan Masin dan ketepikan,
Masukkan semua bahan didihkan dgn santan sebentar, masukkan ikan masin dan nenas.. letak garam jika perlu..as x letak sbb ikan dah cukup masin.
Wednesday, September 2, 2009
Menu Iftar ..Lontong & Murtabak segera
Menu smlm..selamat dah masuk ke peyut.. buat simple2 je..berlaukkan sambal paru,telur rebus,sambal ikan bilis dan kuah lodeh.. Teringat masa memula dtg sini.. x pandai wat nasi impit..call kakak kat Air Tawo, Kota Tinggi..
as : Assalamualaikum akak
kak Noly : Waalaikumsalam as..as,wan & anak2 sihat?
as: alhamdulillah kak, sihat..harap2 akak sekeluarga sihat jugak.. akak!..(nada mintak kesian) camner dulu arwah mak wat nasik impit elok je?? camner ni? ingin la nak makan..(padan muke aku!!dulu x nak belajo..ya lah umo 13 tahun tau ape..terkinje2 lebey!!) dulu kat msia rebus ketupat segera @ guna daun..gitu la kan.. x pon beli je yg dah siap kat mcm2 mart tu..bestmart,kip mart,pasar2..
kak Noly : ala as..senang je.. as tanak kat rice cooker je... gini..bla...bla.. sambil siap bagi sukatan dan cara2nya..
as : ok kak..as cuba.. mekasih lah ya.. harap2 menjadi la ekk...
pastu, try ler.. iskk!! x jadikk!! lembik..menyeman.. as plk buat bnyk masa tu..utk 15 fmly..utk raya tahun lps..tapi, sib baik la pulak abis..sbb derang x pernah makan nasi impit.. majoriti org Fijian (hindustani)kuii!kuiii! bukan derang taupun nasi tu x menjadikk!!ekekekkk!! tapi malu la jugak kat fmly2 melayu tu..
terharu btl, makcik ani , pakcik mason & anak2.. sudi dtg beraya ngan kami.. tanya plk kat mak
cik ani..
as: Makcik...(nada manja2 sket + malu) nape nasi impit as lembik sket ni..potong pun x seksi.. lembik la.. cam x bakai botox.. he..he..
mak cik ani : eh! as..ko ni ada2 je.. (sambil gelakkan as yg sengal nih!)ko guna beras ape?
as : beras jasmin Makcik..
makcik ani : o.. makcik kalau buat guna beras basmati..atau beras biasa je as..
as : hmmm! dah sah ler makcik..as salah beras!..
makcik ani : eh! x pe..cuba lain kali tuko beras tu..
*kesimpulannya belajar dari kesilapan..kalau masak ni.. dah cuba,.. x jd jgn putus asa..cuba dan cuba lagi..jgn salahkan rcp ..kaji mana yg x kena..oOo!! rupenya as guna beras jasmin patot la x jadik... kena guna beras biasa je.. kat sini..yg murah2 je..cam beras long grain tu..mmng jadik..elok je.. kebetulan rcp pun sama ngan ctma kat MyR.. cuma as tekan2 je kat loyang cam kak noly ajo tu..letak minyak sket..as mmng camtu...selagi buat x menjadik..suke tanya sana sini..sampai menjadikk.. sblm2 ni mmng dah buat dan menjadik.. saje je nak imbas kenangan lalu..nghee!!!(sengih!)
3 cawan beras (bukan beras jepun) as guna long grain
8 cawan air
sehelas daun pandan - optional
sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm - as guna loyang
as letak sket garam dan sedikit minyak masak
Cara-cara
basuh beras seperti biasa,
tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. guna rice cooker je,apabila mendidih masukkan garam dan sedikit minyak masak.. setelah nasi masak dan sementara panas, .. Lenyek2 guna bontot (hu..hu..kasonya bahasa..belakang..gelas plastik)
Alas loyang dgn cling wrap.. Masukkan nasi yg dah dilenyek tadi..tekan dan ratakan guna cling wrap.. Setelah sejuk boleh lah di potong..x pun masukkan dlm zip lock.. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
Smlm x buat kuih manis2.. manyak kelija, pagi jd helper jap kat kindi..balik cuci kereta,cuci itu ini..x sempat nak kukus kuih muih..nampak 8 keping kulit popia...yg termenung kat peti ais tu.. ada plk lebihan inti karipap smlm.. buat murtabak je lah.. cicah ngan kuah dhal segera juga.. mak cik malas nak menumis2.. rcp lebih kurang ngan rcp sendiri tapi maleh nak type..c&p minami 133 punya..thanks ya minami!
Murtabak Segera
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
(as guna lebihan inti karipap kentang & daging cincang)
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto (as x letak lagi)
kulit popia
2 biji telur
as tambah bawang besar dipotong dadu & hirisan daun sup..extra!!
Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
Saturday, August 1, 2009
Pajeri Terung
Selamat Pagi Sabtu.. x ke mana2 ke?? Kami x kemana la arini kot..sbb MyHby kena koje plk.. Maklumlah time2 ni permintaan daging tengah banyak kan.. so tengah kerja keras sket buat masa ni.. ni pebret MyHby ngan Nurin..kalau masak Pajeri terung ni..kemain lagi..makan x noleh2 dan makin betambah2 nasik.. Kebetulan jumpa plk kat Park N Save Hamilton aritu..ikutkan susah nak jumpa terung fresh.. kebetulan plk ada.. sambo je la.. 3 btg je dah NZD5... jd la..lama x makan kan?? Teringat kat kampung plk bila buat Nasi Ambang Pajeri Terung ni turut menjadi pelengkap.. ades!! Nasi Ambang?? Sedapnya!..
Pajeri terung
3 biji terung panjang sederhana besar - disisir kulitnya berselang seli dan digoreng dulu
1btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1sdb cili kering kisar
1/2 labu bwg besar -dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
3 sdb udang kering- di rendam dan dikisar
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's
1/2 cawan santan pekat + 1 cawan air
2 sudu besar kerisik
1 asam keping
3 sudu besar gula(ikut citarasa)
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis & bunga lawang
2. Setelah itu masukkan bahan yg dikisar, cili kering yg telah dikisar,kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Tambah sedikit air dan kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping,kerisik. Perasakan dengan garam dan gula..kacau rata.. akhir sekali masukkan terung yang telah di goreng tadi. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
Saturday, May 9, 2009
Masak Lemak Cili Api, Kangkung & Telur Asin
Hik..hikk dah 2 ari x makan nasik memasing merengek nak nasik lak.. mcm2 hal derang ni.. Teringat Pak Cik Azmi dtg aritu bawa utk kami ikan. Lum dimasak2 lagi.. so, teringat lak pebret My.Hby Ikan Masak Lemak Cili Api. Memula ingat nak masak 3 rase tapi last week baru masak so, change menu lak la. Sayo lak layan Kangkung goreng belacan dan telur asin.
Cara:
10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara
Bersihkan telur & jemur seharian
Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
Selepas 2 ke 3 minggu, boleh la direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.











