Sunday, March 22, 2009

Nasi Goreng Kg NZ & Puding karamel tanpa telur

Salam petang minggu.Kenapa la arini kemalasan tahap maksima?? dah awal2 masak nasi. Tapi malas lak nak masak lauk. So terhasil lah nasi goreng kampung NZ ni.Ekekekekk. Mungkin penat sgt mengemas rumah arini.. so .. masak simple2 je.

Nasi Goreng Kg NZ

Bahan2nya:

1 mangkuk Nasi putih (kalau guna beras wangi lagi sedap)
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih
sedikit belacan
5 biji cili padi atau lebihgaram secukup rasa
segenggam bilis digoreng- ditumbuk kasar
daging atau ayam(potong kecil2)
sayur apa2la...ikut suka (as guna kacang pnj & carrot)

Cara-cara
mula2....tumiskan bahan yang telah ditumbuk seperti bawang merah,putih,belacan & cili padi
Pas tu tumiskan bahan tadi dengan minyak yang mencukupi
Masukkan ayam atau daging yang dah siap direbus dan siat2kan.....
Masukkan sayur kalau suka & garam..
Bila dah sebati masukkan nasi putih tadi secukupnya.... Gaul rata sehingga masak. Taburkan daun bawang & daun sup..

Puding karamel tanpa telur

Resipi di MyR dari firasyira
Bahan-bahan
A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
Cara-cara
hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
contoh susu cair n agar2 paket..

Saturday, March 21, 2009

Kerisik Perantau & Rendang Perantau

Salam di pagi Sabtu.. pepagi ni teringin lak nak buat rendang, kerisik lak dah abis..sib baik stok kelapa keringku masih ada kalau x parah gak dah ler laling x ada, sape nak dapatkan kelapa keringku itewww... kelebihan buat kerisik guna kelapa kering ni bukan ape.. cepat ketika disangar & tetap mengeluarkan minyak dan yang best tu tahan lama. Lepas ni buat sesapa yg merantau ke yg tak merantau ke jgn risau2 bab x ada kerisik.. bukan satu alasan ya utk tidak memasak menu yg mengandungi kerisik.. contohnya rendang,laksa,kurma dan mcm2 lagi.
Rendang


Kerisik

Resipi kerisik ini ada juga as kongsikan di Myr.. atau as kongsikan disini sahaja..

Bahan-bahan ( 1 Mangkuk kecil )
500 gm Kelapa kering @ kelapa parut
Kalau nak banyak doublekan resipi..ikut suka
Cara-cara
Sangai kelapa kering hingga keperangan..gunakan api yg kecil kerana kelapa kering mudah hangit..
Setelah kelapa perang kecoklatan, kisar hingga keluar minyak - guna pengisar kering..
Sedia digunakan sebagai bahan masakan seperti rendang,kurma,kari dsbnya..
Boleh disimpan di peti sejuk & tahan lama.. Selamat mencuba! ^_^


Ini lah ropenya kelapa kering yg biasa as guna kan utk membuat kerisik, inti pau,inti ketayap,serunding, puteri ayu dll..ekekekkk permisi ya.. tumpang posing jap..

Friday, March 20, 2009

Kuih Puteri Ayu & Apam Mentega

Salam Jumaat yg tenang sekali, keinginan nak makan Kuih Putri Ayu tahap maksima.. ekekekek.. smlm rasa boring sesangat duk umah sensorang, so...jln2 la kat pekan Hawera tu, terjumpa lak Jelly Mould tu (he..he.. tu pun nak tunjuk ekk) bkn ape, bila dak dok merantau ni segala mcm benda serba kekurangat tapi keinginan kdg melampau. Alhamdulillah dapat juga as buatkan anak2 Kuih Puteri Ayu ni.. Kemain suke sgt derang.. walaupun kuih tu x ayu asal sedap kat tekak dah syukur alhamdulillah..Resipi dari Mama Kastam Tioman terima kasih buat mama kerana sudi berkongsi rcpnya itewww..

Kuih Puteri Ayu

He.he.. saje je toys baru as tu nak tumpang posing kat sini ek..Hasinya cam rope bahulu cermai..ekekekekkkk...


Bahan-bahan
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. (as guna kelapa kering)
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Yg gebas gebus kat bawah ni lak Apam Mentega. Ni pun satu hal juga. Mould kecik2 masa tu x ada as belasah je guna remekin.. amik ko.. kenyang anak2 makan sorang sebijik.. selebihnya as guna loyang memang sedap. Kalau dapat mould yg kecik2 tu lagi la best..Hu..hu..semua mould tertinggal di JB.Dul nak bawak juga tapi Hby siap sound rumah x nak bawak ke??? ekekekekk.. sabo je la.. x pe lepas ni as guna je jelly mould tu.. Resipi dari Kak Fiza.. mekasih ya kak Fiza sudi kongsi rcp yg sedap..memang ramai yg da mencubnya..
Apam Mentega

Bahan-bahan
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Tuesday, March 17, 2009

Bakso

Salam Petang Selasa, menu lunch hari ni..cuaca 2,3 hari ni panas sgt..so Bakso ni sesuai sangat2 la.. 1st time mencuba alhamdulillah menjadik. Anak2 suke sangat. Rcp ni as ambil dari Myr. Rcp Che' Iza.. Sedap & mudah sangat2 membuatnya x sampai 1/2 jam. Togeh x ada..x pe la belasah je guna kobis & carrot. Terima kasih ya Che'Iza, kerana sudi kongsikan rcp yang best ini.

Bahan2Nya..
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....(alhamdulillah kat NZ ni senang lak nak dapat Kicap ABC tu)

Monday, March 16, 2009

Layan Foto Kawen

Assalamualaikum w.b.k


Memori yang x pernah dapat kami lupakan sepanjang hidup kami..Kira kenangan mengusik jiwa la..Foto ini la therapy utama yang paling berkesan utk mengubat kerinduan pabila kami berjauhan. Foto perkahwinan 13 tahun lepas.. he..he.. comeii je kan suami as masa tu..sekarang Alhamdulillah sehat walafiat.. ada x rope Salman Khan pakai tanjak?? nak cerita malu la plk..tapi cerita la juga.. Kami telah melayari bahtera perkahwinan selama 13 tahun.. 1 jun ini genap lah 13 tahun usia perkahwinan kami..Kami dikurniakan 4 orang puteri setakat ini.. Nur Ainna Nabihah 12thn, Nurin Nazifa 10+thn, Nurul Khairunnisa 7+ dan Nur Aisya Najwa 4+

Wan ni memang tak gemo beno le tangkap2 gambo ni. Memula dia request ngan arwah abah utk tidak adakan acara majlis persandingan buat kami.Tapi disebabkan as anak bongsu perempuan arwah abah ingin juga lihat kami bersanding dan akhirnya Wan setuju juga. He..he.. kluar segala peluh jantannya itu.. dek kepanasan layan baju baldu biru iteww.. Gambar2 yg lain tidak dapat dikongsikan disini..kerana tertinggal di Malaysia..

Terasa dihargai sgt2 bila Abg call dari jauh dan mengucapkan terima kasih kerana menjadi pendorong & semangat buatnya disaat suka,duka serta susah dan senang. Alahai sebak lak tetiba..memang dah jadi tanggung jawab sebagai seorang isteri.. Buat semua doakan lah kebahagiaan buat kami sekeluarga ya..

Award dari Kak Intan

Salam pagi Isnin yg ceria & indah sekali, suhu pagi ini di Hawera sejuk sekali, 11'c.. balik antar anak2 dari Skool.. terus cam biasa berjoging. Sambil2 mesin basuh tu jlnkan tugasnya, as pun nyempatkan lah wat entri utk kali ni.. tentang Award dari Kak Intan.. as nak ucapkan terima kasih buat Kak Intan atas Award ini..Semoga Ukhwah yg terbina berkekalan. Buat Kak Intan, hanya doa dari jauh yg mampu dikirimkan semoga Kak Intan & keluarga sihat & berbahagia sentiasa... as suke sgt ngan award dari Kak Intan ni..tekiuuu so much Kak Intan..

Ini lah keluarga bahagia Kak Intan. Kak Intan bersama Suami tercinta dan anak2 tersayang.. 3 hero yg tampan2 belaka.

Doa2kan lah kami disini tabah menempuh hari2 mendatang ya Kak Intan. Maklumlah merantau..

Friday, March 13, 2009

Lapis Roti Berdaging & Roti Sosej

Salam Jumaat yg penuh keberkatan..Menu breakfast. Resipi asal dari Kak E..tapi as pepandai je ubah.. Sori Kak E.. atas permintaan anak2. Memang sedap & mengenyangkan..Sesapa bekenan boleh lah cuba Rcp Kak E yg best ni..

:: Roti Lapis Berdaging ::


Posing jap sblm kena ngap...

Resipinya seperti dibawah...

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser


Cara-cara
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (as x ramas2 as letak sekeping2)
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) -anak2 suka cheese tabur didalam..so as x tabur diatas roti..
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


:: Roti Sosej ::



Hu..hu.. alahai ape dah jadi ngan Roti Sosejku ini.. walau x ada rupa tapi rasanya memang sedap! anak2 memang suka. Terima kasih buat sifu Yani.. x ada breadmaker uli guna tangan je.. he..he

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
******************
12 btg sosej
sos tomato/cili
mayonis
telur untuk sapu


Cara-cara
-Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
- Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
- Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
- Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
- Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
- Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
- Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
- Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
- Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.


:: sElAMaT MeNcUbA ::
Perfecto

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.k
Mengembalikan ingatan kita sebagai umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Dia Kekasih Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Tuesday, March 3, 2009

Maja Blanca

Assalamualaikum w.b.k

Maja Balanca? ape tu? Unik kan??? Rasanya pun seunik namanya.. x caya try le..mmng sedap dah bnyk kali buat.. Resipi ni dari Ina from Japan.. kami ni kalau ada kacang2 cam kureng gitu.. memula buat cam nak letak..ke ..tak?? ..letak ke.. tak??? letak je la..nak tau juga camner rasanya.. memang sedap rupenya..hu..hu..sib baik letak kacang tu. Resipi seperti di bawah..

Maja Blanca

ni kalau dak Ina tengok mmng malu ler..x cantik cam Ina puny..tapi memang sedap la Ina!! Mekacih Ina.. Mintak halal ya..akak kongsikan di sini..


Bahan2nya:


1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara-cara
Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
Tuang ke dalam loyang.
Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
Potong2 dan hidangkan!

Beef Steak

Assalamualaikum w.b.k..

Anak2 request nak makan ala2 western lak..ape x nya lama dah x makan kat luar..Kalau kat Malaysia,dah teringin tu boleh la makan2 luar.. kat sini susah sikit coz susah nak jumpa restoran halal. So.. Si Ibu pun cube lah.. Alhamdulillah memenuhi citarasa anak2 & Mr.Hubby.. as mcm biasa la..masak2 je..makan memang x selera...

Black Peper Beef Steak

Bahan2
1 keping daging kambing
2 ulas bawang putih - ditumbuk
serbuk lada hitam
3 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
sedikit kicap
1 biji kentang sederhana besar
1 s/k mentega/marjerin
5 s/b susu segar
Cara-cara
peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.
ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
[untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
[untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)
tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

Resipi from MyR dari hanis terima kasih ya hanis kerana kongsi resipi yg best ni..


Beef steak Sempoi

Resipi ni lak dari newbie123.. terima kasih buat newbie kerana kongsikan resipi yg mudah & sedap!!
Bahan2nya:
4 keping daging steak
*2-3 sudu makan sos tiram
*garam, serbuk lada hitam, sedikit minyak zaitun
(as perap dulu daging dgn bahan2 bertanda *)
Cara-cara
Panaskan oven 180 darjah. Gunakan api atas dan bawah.
Lapikkan tray untuk membakar dengan aluminum foil supaya mudah untuk mencuci lepas siap masak. Sapukan minyak zaitun keatas aluminum foil. Taburkan garam dan lada hitam secukupnya
Aturkan steak keatas aluminum foil tadi. Taburkan sedikit lagi garam, serbuk lada hitam atas steak. Sapukan sos tiram dan sedikit minyal zaitun atas steak. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit untuk steak yang nipis.
Siap untuk dihidang dengan salad kegemaran anda..


Barbeque



Award dari Kak Mimi

Assalamualaikum w.b.k

Award yg cute ni datangnya dari Kak Mimi. Alahai.. comeiii je..cute sgt2. Terima kasih ya Kak Mimi diatas ingatan akak dan sudi kongsikan award tu ngan as. Menurut Kak Mimi award ni asalnya dari Fiza Nordin..Terima kasih juga buat Fiza Nordin juga..

Thank You

Monday, March 2, 2009

Aduhai anakku..

Assalamualaikum w.b.k... arini as nak kongsi panduan mendidik anak.Email ini datangnya dari seorang teman (Lin). Untuk dikongsi bersama.. mungkin sebagai Ibu Bapa kadangkala bnyk perkara kita terlepas pandang..

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 7. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


13.Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


14.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


19.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.