Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Mee Bandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mee Bandung buatan NZ, guna bahan apa yg ada.. Semalam besday En.Suami..ingat nak sgt la masak sepcial2..terguda lak ngan menu2 idea kwn2..nasi kerabu la..nasi arab la,nasi kandar la..pening2 hari2 nak masak apa.. tup2 time smoko En.Suami call, ingat nak bgtau rindu ke ape..ekekekk.. rupanya....

En.Suami : Assalamualaikum as..
As : Waalaikumsalam w.b.k.. Abg..
En.Suami : As, tgk buat ape, ngadap Lappy ler tu( hu2.. tau2 je bini dia selalu lepak kat computer) As, bukak lappy cepat tgk result Worldcup.. cepat2..saya smoko x lama ni..
As: (hampeh tul..ingat call sbb rindu ke ape...)O..jap la bang, as baru abis mandikan Mimie..(kucin)
En.Suami : Duk rumah melayan Mimie je ya..Cepat.. Brazil lwn CIV brp?
As : Jap ler..berukband la Abg..slow.. aha..kluar dah 3-1
En.Suami : Yes!! Brazilll!! ok, tq..nak sambung keja ni..
As : Jap2..Abg... Happy Besday! slmt Hari Tua...
En.Suami : Padan la muka awak dpt laki tua..
As : Tua 5 thn je bang!. o..ya..ingin nak makan apa? as cuba masak, kalau pandai..
En.Suami : X yah la susah2.. goreng fries je la.. buat apa nak susah2kan diri..saya makan kan x cerewet..
As : La..apa barang makan fries.. kena la masak, esok abg kan nak bawak bekal keja..
En.Suami : Haa..Kalau rajin buatkan Abg Mee bandung k.. kalau lum buat mee kuning guna je spagheti..senang rebus  je..
As: baik lah..insyaAllah..
En.Suami : ok, take care, masak sedap2 ya..assalamualaikum
As : Waalaikumsalam w.b.k

 Maka terhasil jua Mee Bandung, dan Mee Kuning Home made..

 

Mee Bandung
 Bahan-bahan ( 1 fmly 5-6org )
  • 1kg mee kuning
  • 200gm udang basah(ikut suka)
  • 1/2 cwn udang kering ( blend )
  • 1 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering(as guna 2 sdb cili pwdr kashmiri)
  • 1 biji keledek (size besar) - direbus dan diblend
  • 1 cawan kacang tanah goreng(ditumbuk) 
  • 4 biji telur @ ikut suka nak letak brp
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Mee Kuning dicelur terlebih dahulu dan ditoskan
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi. Tutup api. Curahkan di atas Mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, cili jeruk dan limau kasturi. Siap utk dimakan. 
Ini plk, En.Suami minta tapaukan utk kawan2 nak makan disurau.. siap bos!!

Friday, April 23, 2010

Mee Kuning Sihat Homemade

Assalamualaikum w.b.k,

Mee Kuning sihat lagi ditanggung halal.InsyaAllah...Harini masing2 x nak makan nasi. Nak mee goreng mamak lak..Kebiasaannya utk buat mee goreng kat NZ ni, as lbh suka guna spagheti je, sbb ringkas. Tapi sbb En.suami as lbh suka pd mee kuning sbb anak tekak berasal dari Msia.akekekekk
Kebetulan hari ni as x berapa sibuk, jd merajinkan diri buat Mee Kuning sihat home made ni.. kenapa disebut sihat? sbb tidak menggunakan air kapur atau air abu ya puan2..ekekekekkk.. kalau rasa2 nak cuba boleh refer rcp spt dibawah ya.. rcp dari ikhlasniaga dan as ceduk dari Myresipi




Mee Kuning Sihat

Bahan-bahan ( sekilo atau lebih)

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur + air = 200ml
  • *Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(as guna pewarna kuning)
  • Sedikit minyak masak
  • *Tips 1: Untuk hasilkan mee "hijau" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan air perahan(blender) daun bayam dan abaikan pewarna kuning
  • *Tips 2 : Untuk hasilkan mee "merah" dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan perahan carrot dan abaikan pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam pasta maker (as uli dlm bread maker)
  2. Bancuh air dengan telur dan masukkan pewarna. Pukul sedikit dengan garfu.
  3. On kan pasta maker untuk mod menguli (mix). Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
  4. Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh). Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
  5. Hentikan pasta maker ini sekejap. Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee. Tunggu hingga selesai...atau kalau nak pi buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
  6. Rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak (supaya mee tidak melekat sesama sendiri) dan masukkan mee tadi. Masak hingga agak empuk...jgn terlalu lembik sebab nanti kita nak buat hidangan lain lagi, ia akan jadi lebih empuk.
  7. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja. Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang SIHAT dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik atau air abu atau air kapur yang dimasukkan. Tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  8. Nota : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee. Dengan bantuan mesin pasta ini, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min. Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc. Jumpa di lain resepi ya! Selamat mencuba :-) 
Tempat kejadian .. (as guna pasta maker yg biasa jer)
Mee goreng udang..semua org pandai buat kan..kan..kan.. x yah ler rcp yer..

Sunday, November 1, 2009

Maggie Goreng Pattaya aka Maggie Goreng Telur Bungkus

Assalamualaikum w.b.k

selamat berhari minggu, asik selalu makan nasi pattaya je, kali ni anak2 request maggie goreng pattaya aka maggie bungkus telur. X susah mana membuatnya, bf yg sungguh mengenyangkan. Saje dibungkus maggie tu biar anak lebih berselera nak makan. :D bio betul..maggie pun nak masuk blog ke? suke ati ler..blog kite!! ekekekkk... x susah mana, goreng maggie mcm biasa dan bungkus dgn telur.. menu dikala malas melanda..


As guna Mi Goreng IbuMie, yg disahkan halal (saje tunjuk kat azmiezas, sbb dia bertanya)..




Tuesday, June 9, 2009

Mee Rebus Tulang dan Keledek Goreng Rangup

Assalamualaikum w.b.k,

Selamat Pagi Selasa.Cuaca hari ni sejuk dan berangin dan kdg2 gerimis.suhu awal pagi ni -4'c .. sejuk banget.. Hrmm... last week Hby beli tulang 1 kotak, masih bnyk lagi.. so..kalini masak menu tulang lagikk... Layan Mee Rebus Tulang pulak lah ya..

Bahan-bahan
500gm mee kuning (as guna spaghetti)
taugeh
5 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah & lada hijau
limau kasturi - as guna lemon
*UTK KUAH*
*5 sb cili kering
*1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 mangkuk udang geragau- dikisar (boleh guna udang kering)
Kisar bahan *
2 btg serai - diketuk
2 sb campuran ketumbar jintan disangai dan dikisar
1kg tulang ( takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cwn santan pekat
1 1/2 sb gula merah
garam secukup rasa
2 asam keping
2 biji keledek sederhana besar direbus dan dikisar halus

Cara-cara
Rebus tulang hingga empuk.Setelah daging empuk ketepikan.
Dikuali lain, tumis lada yg dikisar hingga garing dan masukkan bahan2 yg ditumis hingga naik bau dan terbit minyak.
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi..
Masukkan gula merah, asam keping,garam dan perasa jika suka.Biar hingga kuah pekat dan masukkan santan, dan keledek rebus yg dikisar tadi.Renehkan kuah.
Hidangkan bersama telur rebus,taugeh yg dicelur,hirisan lada @ cili jeruk, dan tauhu.

Bahan-bahan
1 biji keledek sederhana besar
*1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan tepung beras
*sedikit air sejuk
*sedikit garam
*sedikit pewarna kuning
Minyak utk menggoreng
Campur semua bahan* celup keledek kedalam tepung yg dibancuh tadi dan goreng hingga kekuningan.. Siap..sedap di makan panas2..dan dicicah dengan sambal kicap..

Thursday, May 7, 2009

Ayam Percik, Spagethi Goreng & Pengat Jagung

Assalamualaikum w.b.k

Semalam masing2 x nak makan nasi, anak2 nak Ayam Percik & Mr.Hby lak nak Mee goreng. He..he.. layan.. Ayam Percik ni bakar di oven je.. warna x cantik sgt tapi ok la.. yg penting rasanya tu. Memasing nak lepas gian ayam percik pasar malam..cepat tu licin..

Bahan-bahan ( 1ekor ayam )
1labu bawang besar
1 inci halia - dikisar
Lengkuas - dikisar
3 ulas bawang putih - diblend
3 batang serai - diblender
1/2 cawan gula
1 kiub pati ayam
1 senduk cili kisar
1 senduk cili sos
1 cawan santan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
Tumis semua bahan yang dikisar..masukkan gula,garam,kiub pati ayam setelah itu masukkan santan. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti ..Bakar dan siap..

Mee goreng ni.. he..he.. kat sini mmng susah nak dpt mee kuning... Mr.Hby pun mmng suke as masak guna Spagheti ni..so goreng simple2 dan guna bahan yg simple2 jer..

Bahan2:
1 pkt spagethi-direbus
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
5 sdb cili kisar
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
1 ketul dada ayam dihiris nipis
1 mangkuk fish ball
Daun Kuchai
Taugeh
Carrot
Sedikit garam

Cara2:
-Panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn yg dikisar, tumis garing dan masukkan sos2, kicap, ayam dan fish ball..
-Jika terlalu garing masukkan sedikit air, gaul rata.
-Masukkan carrot kacau sehingga rata dan agak msk.Masukkan pula spagethi yang telah direbus tadi, gaul rata.
-Masukkan daun kucai dan taugeh.Kacau rata dan padamkan api.

Bubur @ Pengat Jagung ni memang pebret kami sekeluarga.. anak2 suka sgt bila as letak sagu dan pasta tu..


Pasta - direbus
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
Secubit garam
2 cawan santan
5 cawan air
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warna lebih perang
5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
Cara-cara
Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
Masak gula, gula merah. Tapis (takut ada habuk2 dari gula merah tadi) didihkan lagi dengan daun pandan stelah itu masukkan sagu dan pasta yg direbus tadi. Setelah mendidih..masukkan santan dan secubit garam..

Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, March 17, 2009

Bakso

Salam Petang Selasa, menu lunch hari ni..cuaca 2,3 hari ni panas sgt..so Bakso ni sesuai sangat2 la.. 1st time mencuba alhamdulillah menjadik. Anak2 suke sangat. Rcp ni as ambil dari Myr. Rcp Che' Iza.. Sedap & mudah sangat2 membuatnya x sampai 1/2 jam. Togeh x ada..x pe la belasah je guna kobis & carrot. Terima kasih ya Che'Iza, kerana sudi kongsikan rcp yang best ini.

Bahan2Nya..
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....(alhamdulillah kat NZ ni senang lak nak dapat Kicap ABC tu)

Monday, February 16, 2009

Mee Rebus & Pulut Serunding

Assalamualaikum w.b.k
Lamanya x update blog.. as betul2 dilanda kebizian.. ni menu hari minggu sebenonya tapi nak jugak muatkan dalam entri arini.. Teringin lak nak makan Mee Rebus.. so teringat lak resipi RosMilah (kwn setamanku di JB) lebih kurang gak ngan resipi dak
Hana dari Jepang ni.. dak Hana ni kalau masak ape pun mmng wat org menjejeh air liur.. selain tu seronok lak ngomong2 Jowo (bahasa ibundaku) padahal x penah bersua muka..tapi cam dah kenal lama..ternyata dia memang peramah & x lokek ilmu.. Mee Kuning mmng kompom x leh nak dapat.. nak wat sendiri.. pasta maker lak x ada.. so.. as buat ape pun guna Spaghetti je.. tapi rasanya tetap x mengecewakan.. kuah mee rebus ni memang best..

:: Mee Rebus ::

Bahan2Nya:

400g mee kuning - celur n toskan
tauhu goreng - goreng n hiris
sawi celur dan taugeh
lada merah - hiris
daun sup/daun bawang - hiris
telur rebus
limau nipis@ limau kasturi
jeruk lada@ cili
UTK KUAH
5 btg atau lebih cili kering
segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
gula melaka
garam n perasa (jika suka)
air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat
Cara-cara :
- bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
- blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
- panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
- masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
- hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!

:: Pulut Serunding ::

As plan nak buat Pulut Panggang, tapi Daun Pisang Frozen tu lak x elok.. dah pecah2... hu..hu... jadi le pulut serunding lebih wat cucur badak..

Bahan2Nya:

Pulut yg ditanak/ dikukus & digaul ngan serunding

:: Rojak Buah ::

Rojak ni main belasah je.. guna bahan ape yg ada dpn mata..

Bahan2nya:Timun,Epal Hijau,Epal Merah,Taugeh,Cili Padi,Petis,Kacang yg digoreng & ditumbuk..

Tuesday, December 2, 2008

Mari cuba buat Kuey Teow sendiri!!

Assalamualaikum w.b.k
Lama x update blog sampai Lin pun dah tanya nape x update..he..he..ok lah..kali ni nak citer lah & nak kongsi ngan u all..camner nak wat Kuey Teow..kami di NZ ni susah sikit nak dapat..tapi dah teringin sgt nak makan..resipi ni As dpt dari member MyResipi (umie)..semoga allah murahkan rezeki umi kerana sudi berkongsi resipi ni..


Kuey Teow seblm & selepas make over
Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

cara2:

::Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh
::jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak
::Disebabkan As x ada pasta maker tu..As gelek2 jer guna tangan


::Tabur tepung ubi atas doh yg siap d gelek tadi..potong guna pisau..

::Rebus Kuey Teow hingga timbul dan tapis

::Letak sedikit minyak supaya tidak melekat &sejukkan..
(lebih mudah membuatnya kalau ada pasta maker tu..hu..hu..)


Makan plk kat dpn beach..mkn ngan fries,karipap & fruits..ngan angin sepoi2 gitu..ni kurang sorang..kalau ada ainaa lagi besh!! pirana no1..he..he..we miss u kakak!! ingat x ni la tmpt biasa kita lepak2 time weekend..