Wednesday, June 23, 2010

Mee Bandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mee Bandung buatan NZ, guna bahan apa yg ada.. Semalam besday En.Suami..ingat nak sgt la masak sepcial2..terguda lak ngan menu2 idea kwn2..nasi kerabu la..nasi arab la,nasi kandar la..pening2 hari2 nak masak apa.. tup2 time smoko En.Suami call, ingat nak bgtau rindu ke ape..ekekekk.. rupanya....

En.Suami : Assalamualaikum as..
As : Waalaikumsalam w.b.k.. Abg..
En.Suami : As, tgk buat ape, ngadap Lappy ler tu( hu2.. tau2 je bini dia selalu lepak kat computer) As, bukak lappy cepat tgk result Worldcup.. cepat2..saya smoko x lama ni..
As: (hampeh tul..ingat call sbb rindu ke ape...)O..jap la bang, as baru abis mandikan Mimie..(kucin)
En.Suami : Duk rumah melayan Mimie je ya..Cepat.. Brazil lwn CIV brp?
As : Jap ler..berukband la Abg..slow.. aha..kluar dah 3-1
En.Suami : Yes!! Brazilll!! ok, tq..nak sambung keja ni..
As : Jap2..Abg... Happy Besday! slmt Hari Tua...
En.Suami : Padan la muka awak dpt laki tua..
As : Tua 5 thn je bang!. o..ya..ingin nak makan apa? as cuba masak, kalau pandai..
En.Suami : X yah la susah2.. goreng fries je la.. buat apa nak susah2kan diri..saya makan kan x cerewet..
As : La..apa barang makan fries.. kena la masak, esok abg kan nak bawak bekal keja..
En.Suami : Haa..Kalau rajin buatkan Abg Mee bandung k.. kalau lum buat mee kuning guna je spagheti..senang rebus  je..
As: baik lah..insyaAllah..
En.Suami : ok, take care, masak sedap2 ya..assalamualaikum
As : Waalaikumsalam w.b.k

 Maka terhasil jua Mee Bandung, dan Mee Kuning Home made..

 

Mee Bandung
 Bahan-bahan ( 1 fmly 5-6org )
  • 1kg mee kuning
  • 200gm udang basah(ikut suka)
  • 1/2 cwn udang kering ( blend )
  • 1 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering(as guna 2 sdb cili pwdr kashmiri)
  • 1 biji keledek (size besar) - direbus dan diblend
  • 1 cawan kacang tanah goreng(ditumbuk) 
  • 4 biji telur @ ikut suka nak letak brp
  • sawi
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

  1. Mee Kuning dicelur terlebih dahulu dan ditoskan
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi. Tutup api. Curahkan di atas Mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, cili jeruk dan limau kasturi. Siap utk dimakan. 
Ini plk, En.Suami minta tapaukan utk kawan2 nak makan disurau.. siap bos!!

6 comments:

ummi_D said...

Ya Allah..rajinnya. terliur tgok mee bandung esp mee nya buat sendiri. mesti sedap kan..

ina said...

alamak, kak...terliur betul la tgk mee bandung akak ni. :-) kena save dulu la resepi akak ni..hehe

Yatie said...

Salam As,
Siap dialog lagi....bertambah2 sedap mee bandung tu....

~*as*~ said...

@ummie-D
Salam Umie-D
Alhamdulillah, sedap.. :)

~*as*~ said...

@ Ina
K Ina, masyuk list..nanti akak dtg auckland blh merasa mee bandung Ina lak yer :P

~*as*~ said...

@ Yatie..
Waduh..tu la.. sejak2 World cip ni..bzy bonar.. nak sedapkan cerita ke nak sedapkan mee bandungnya ya..hihi