Saturday, June 5, 2010

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, lamanya x buat Kuih Lapis, sampai Cik Abg dah request kat Cik Adik.. yg sebenornya, kesian kat pisang yg ala2 nak monopos tegolek2 2 bijik tu.. sebelum kejadian yg tidak diingini berlaku..baik la as buat sesuatu kat Cik Pisang tu.. terbang2 pagi tadi singgah ke rmuah Madihah, ternampak lak Kuih Lapis Pisangnya.. rcp asal dari Kak Hanilieza, minta izin c&p rcp ya.. sgt sedap dan pueh ati lah, Cik Abg tunjuk cop jempol!..Alhamdulillah..



KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci) as guna mangkuk 4 segi jer :D
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Madihah)

Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (As mulakan dgn lapisan pertama warna hijau dan lapisan kedua pisang dan akhiri dgn warna hijau
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah selamat dah pisang dua bijik tu jadi kek lapis yg cantik ya...

~*as*~ said...

Sari tu la kan, kalau kena virus M, memang jadi mangsa Chik Tong Sam lah nampaknya.. he3..