KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci) as guna mangkuk 4 segi jer :D
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Madihah)
Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (As mulakan dgn lapisan pertama warna hijau dan lapisan kedua pisang dan akhiri dgn warna hijau
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
2 comments:
dah selamat dah pisang dua bijik tu jadi kek lapis yg cantik ya...
Sari tu la kan, kalau kena virus M, memang jadi mangsa Chik Tong Sam lah nampaknya.. he3..
Post a Comment