Tuesday, November 9, 2010

Kuih Tiram aka Lidah Buaya

Assalamualaikum w.b.k, dan salam sejahtera buat semua. Kudapan diptg hari, sesuai juga utk juadah dihari raya dan x raya..kih..kih.. macam2 org panggil kuih ni yer. Ada yg panggil Kuih Tiram, Kuih Lidah Buaya, Kuih Lidah Jin,Kuih Lidah Kucin.. apa2 yg dipanggil pun.. rasanya tetap sama je kan..

Kuih Tiram

Sumber : s shamen (MyResipi)

Bahan-bahan

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

 Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, November 8, 2010

Kerepek Pagoda

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera.. Kerepek pagoda ni patut nya leper ek.. tapi ini terbolat plk..kira ok laaa.. janji sedap dikunyah..krup krap..krup krap... nak join kami krup krap.. buat konyal konyel sambil nengok TV.. ngheeee...






Kerepek Pagoda
Sumber : Mamalya Myresipi

Bahan-bahan ( 1 family @ 2 tin biskut )

  • tepung gandum 1kg
  • udang kering dikisar 5-6 sb
  • cili serbuk@cili boh 1sb(kalau nak pedas leh tambah lg)
  • garam 1sk
  • setangkai daun kari dihiris halus
  • ketumbar kisar 1sb
  • jintan halus kisar 1sb
  • telur 1 biji
  • minyak 5sb (dipanaskan)
  • air sejuk dalam peti ais
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan , masukkan air sikit2 dan uli sebati hingga doh tidak melekat tangan. cam nak wat karipap.
  2. rehatkan doh 10-15min
  3. bulatkan doh kecik2 dan leperkan
  4. gelek doh kat mesin mi guna no 1. sampai nipis
  5. kemudian gelek pulak kat bhagian mi besar. buat sampai habis
  6. goreng guna api sederhana sampai keperangan. siap.
  7. lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak2 x sesuai la...)

Friday, November 5, 2010

Prune Cake

Assalamualaikum w.b.k.. bersiaran lagi.. Kek Prune ni pun projek Kek Raya aritu.. Kena simpan siap2 rcp ni sbb mmng sedap walau x ensem.. Sangat Moist.. gandingan rasa koko & prune tu sgt ngam. Tapi as kurangkan sket sukatan Prune ikut sedap anak tekak.

Kek Prune
Sumber : Myresipi 

Bahan-bahan ( loyang 9" )

250g butter (brand scs/golden churn) - as guna butter biasa je
3 biji telur grade A
1 telur kuning Grade A
2 cwn gula castor (kisar)
2 cwn tepung gandum
4 tbsp esen vanilla
2 tbsp serbuk koko


**utk prune**
3 1/2 cwn prune (brand sunsweet)
(as kurangkan guna 250gm prune brand ape2 aje he2)
2 cwn air
1 tbsp soda bikarbonat


Cara-cara

Pukul butter dan gula sampai gula hancur
masukkan telur,pukul sampai kembang
tambah vanilla, serbuk koko dan tepung
sambil tu, rebus prune bersama 2 cwn air sampai prune agak2 kembang dan lembut
tapiskan prune, asingkan airnye.(air tu akan di guna utk tambah dlm adunan nnt)
lenyekkan prune jd puree.kemudian,masukkan soda bikarbonat ke dalam prune yg dah di lenyek
masukkan puree prune tadi ke dalam adunan.
tambahkan 1 cwn air rebusan prune tadi ke dalam adunan.(kalau xcukup,bule tambah air biase)
bakar pd suhu 175-180 degree selama 45minit -1 jam atau bule di kukus selama 1 jam

Irish Cookies

Assalamualaikum, bersiaran lagi dgn koleksi Kuih Raya 2010 yg x berapa seksi.. gara2 terguda dgn Cookies Dik Ika dan kekanda Ummi yg asalnya dari CMG.. Sgt best ini cookies.. TQ to CMG utk Rcp ini  dan buat Dik Ika & Kanda Ummi tq sbb tayang dan buat kiter terguda..

Irish Cookies
Sumber : CMG
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum (*akak adjust jadi 220 gm)
  • 100 g tepung sagu ubi (*akak ada stok 80 gm jek, maleh nk beli dah)
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Almond London

Assalamualaikum & salam Jumaat.. lamanya tuan tanah menghilang, x nampak bayang.. tup2 kluar puler koleksi Kuih Raya.. haiyaaa sudah mau Raya Haji la..Habuk pun dah tak ada, yg ada foto dlm foldar saja.. Layan saja la.. yg penting rcpnya..


 Almond London
Sumber : Nizamadey (MyResipi)
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.