Friday, November 27, 2009

Salam Aidi Adha buat semua

Assalamualaikum w.b.k

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin muslimat. Moga Sejarah Pengorbanan Para Nabi dan para Rasul menjadi Iktibar kepada kita semua.
 





Sunday, November 22, 2009

Muffins

Assalamualaikum w.b.k



Salam dipetang ahad..  mcm2 muffin ada..cuma rupa paras kurang ensem la..maklumlah bukan pakar buat muffin.. sila tegur2 ya kalau muffin as kurang elok..x kicik ati pon tau..mana tau dari teguran2 yg membina, boleh as improve lagi skill buat muffin..org dah guna punya canggih manggih muffin cup, as guna ape yg ade je kat sini.. yg penting namanya muffin ..ekekeekkk nak cover sbb x cantik muffin cup tu..muahaha yg ini Coffee Muffin, rcp dari Kak Hanieliza best tapi ada ubah sket2 la.. ikut bahan yang ada dpn mata.. kak liza guna C.chip as guna Raisin jer, sbb bukak2 gobok hitu je yg ada.. sedap gak..layannn








MUFFIN KOPI COKLAT CIP

Bahan A

350 g tepung gandum
3 s/k baking powder
1/2 s/k garam
200 gm gula perang

Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady] - as guna 1sdb moccona coffee
1 s/k nescafe - as guna 1sdk moccona coffee

1 biji telur [dipukul sedikit]
1 s/k esen vanilla
coklat cip secukupnya
kertas muffin

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.


Kengkununya nak buat 2 versi la kan..yg ini versi bakar..tinggi membukit je tapi x pecah atehnya..  ok gak syedap la.. uiii.. pe keja makcik nih..sememey jer..






Ini versi kukus ..kemain tesenyum lebor.. moist sgt.. namanya pun apam kan kak liza.. memang la gebuss je..



 





APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT



Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak

Ini pulak hasil  Banana Choc Muffin rcp dari yani.. ada ubah2 sket ikut suke ati..janji anak2 suke.. thanks yani, akak C&P kat sini yer..




Muffin Coklate Pisang

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati


  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.


  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau


  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.


  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.


  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.


  8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.



Saturday, November 21, 2009

Rojak Tepung & Sambal Paru

Assalamualaikum w.b.k
Ni kes dah lama terliur kat Rojak Tepung Hana aka Bini Hamzah aka Minah Jepun, aka mama danial, danish & darwish tu.. smlm ghase malas sgt nak masak nape tah.. pastu tgk ada kuah kacang wat sate smlmnya tu.. as adjust2 jd kuah utk rojak nih.. (menu ari jumaat daa) sedap banget ina.. anak2 makan dgn kenyangnya.. tambah plk ada paru tu..buat sambal paru.. mmng ngam lah.. mintak ijin ya ina, akak copy rcp dari dapur ina di sini ya.. sebenornya mcm2 org panggil rojak nih..pasembor la, rojak asma la, rojak mamak la.. as suke tepung tuh..sedap dan ngam je bila gu ngan kuahnya tu..





Bahan-bahan

UTK KUAH
10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (optional)
taugeh celur (jika suka)
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara

* UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
* blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
* masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
* pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
* bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!

* UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
* dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
* perap adunan selama 1 jam.
* panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.

* CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Wednesday, November 18, 2009

Laksa Pahang

Assalamualaikum w.b.k,

Menu Lunch simple, x sampai 1/2 jam dah siap.. pueh penin2 x tau nak masak ape, sbb ape cepat siap..sebab.. x yah nak rebus2 ikan, x yah asing2kan tulang, bukak tin dan blend je ikan tuh..pastu lebur dlm piuk tambah hitu ini, siap...Rupa2nya ada persamaan dgn Laksam (Laksa Kelantan) cuma bezanya tang mee nya tuh.. Kuahnya sama je..  Maaf ya org Pahang & Kelantan, kalau as silap tapi menurut rcp begitulah.. marilah layan Laksa as yg serba kekurangan eksesorinya itu.. buat kak Jun..tq kak!! rcp sempoi yg mabeles!


 Laksa Pahang

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..(as guna 1 tin makeral)
  • 6 biji bawang merah-kisar (as guna 1 labu bawang besar)
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat(as guna 1 tin sanatan)
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos 

Cara-cara

  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.

Tuesday, November 17, 2009

Nasi Jagung

Assalamualaikum w.b.k,
 

Menu lunch smlm, sajer nak ngetes2 beras basmathi yg beli di Auckland aritu. Memula nak masak nasi minyak je, bila nasi tgh mendidih, buka freezer terpandang plk jagung yg selalu buat Jagung rebus tuh.. ermm..apa lagi..kebetulan lama x buat nasi jagung..masuk je la..kira ni menu spontan la.. layan ngan ayam masak merah.. alhamdulillah.. anak2 suka sgt,walaupun sgt simple..


Nasi Jagung

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia* 
kisar bahan yg bertanda * 
Sukatan air bergantung pd jenis beras

  • 4 sudu besar minyak(boleh juga kalau nak guna 2 sdb mentega + 2 sdb minyak)ikut suka as guna minyak shj
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam 
  • secawan jagung whole kernal

Cara-cara

  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam sebentar kemudian toskan
  2. panaskan minyak dlm rice cooker, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. stelah mendidih, masukkan susu,  dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan biarkan masak . Jgn selalu kacau nasi nanti x cantik, biar masak sendiri dgn gebu.
  6.   Nasi jagung tu gu ngan Ayam Masak Merah Berempah ni..


Monday, November 16, 2009

Marble Cheese Brownies again !! *_* !!

Assalamualaikum w.b.k,

Sempena besday anaknda ke 2, Nurin Nazifa.. besday ke 11 pd 13 Nov yg lalu. Sambut secara sederhana sahaja, sbb Nurin suka sgt brownies nih, ibu buatkan lagi..dan lagi.. kira siaran ulang tayang la nih.. x leh lupa masa ibu bersalinkan Nurin di Klinik Bersalin Dr.Latifah dulu.. alhamdulillah, senang je Ibu lahirkan Nurin dulu..cuma kicit2 dulu Nurin kuat nangis arrr.. tapi x pe la, skrg Nurin semakin besar dah ghajeeen tulun2 Ibu kat dapo.. ghajeen je tulun2 ibu kemas rumah, layan adik2..Semoga anak ibu menjadi Puteri yg solehah, berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat, elok dan sempurna akhlak dan budi pekerti dan semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Aminn!!!






Sunday, November 15, 2009

Pandan Chiffon Cake

Assalamualaikum w.b.k
Pandan Chiffon Cake nih kes teringat2 masa makan open house umah fid ghaya aritu.. dok risik2 gak ngan fid camner buatnya.. as memang muka x malu ..sbb mmng x pernah buat sendirik..tau bli je kat Giant dulu.. dari hasil curi2 pandang (sib baik fid x perasan) fid ni mmng pandai memasak, aritu makan sup utara dia..mabeles!! simple but its soo delicious!! & speachless lah!! x kedukut ilmu.. lps sesi risik2 tu... amik kat dapurfid  & copy paste kat sini ..he..he... blog sendirik wat koleksi rcp sendiri la pulok :P.. Fid kata rcp dari bro rozzan..thanks ya fid..alhamdulillah menjadik! kalau akak dekat dah bg seloyang tu kat fid..:D  thanks juga buat bro rozzan coz, share rcp best nih.. sbb x ada digital scale tu, as main agak2 je sukatan yang oz2 tuh..





Pandan Chiffon Cake
 Bahan-bahannya

8 biji telur
8 oz gula halus (I used caster sugar-kalau rajin nak blend gula baisa pun boleh) (227gm)
8 oz tepung Softasilk/Top flour ) -I used tepung high protein, tu saja yg ada kat umah (227gm)
3 oz pati santan (I used santan dalam tin) (85gm)
2 oz air pandan (or pandan paste mix with water to make up to 2oz) (57gm)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung -I used canola oil saja (85gm)
½ sudu teh vanilla
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh baking powder


Cara-Cara:


Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.



Dapat 2 loyang kicit.. sbb x de loyang beso.. elok je, lembut dan sungguh gebu..ngalahkan span macam lah pernah makan span.. loyang pun masuk blog..ekekekkkkk






Saturday, November 14, 2009

Cinnamon Roll

Assalamualaikum w.b.k

Ber en3 lagi ditengah malam sambil cuci baju. Lupa ntah bila buat ni ekk.. pebret anak2 juga cinnamon roll nih ..mak & bapak budak pun tumpang sekaki. Suka ngan bau cinnamon tuh..wangi je 1 dapo.. Rcp dari Puan Sri Yani aka Tuan Tanah MyR.. sedap baget!x sempat nak buat icingnya.. x de icing pun sodap!!.. thanks buat yani..minta ijin kopipes rcp kat sini ya..




Cinnamon Roll

yani@myresipi.com
  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Friday, November 13, 2009

Custard Cream Puff

Assalamualaikum w.b.k

Salam Petang Jumaat.. sebelum kluar rumah melayan Mini Garden, berpoya2 kejap kat Dapur Cyber nihh.. sajer je tambah koleksi rcp yg as pernah cuba. Ni menu minum2 ptg arini. Anak2 suke sgt puff ni.. Thanks buat Puan Sri Yani aka Tuan Tanah MyR.. akak Copy Paste kat sini ya yani, Syedap sesgt.. rupa paras Puff as x sekacak mana sbb guna nozzel murahan je, blik kat kedai 2 dlr..tu pun dah banyak berjasa.. alhamdulillah..



Cream Puff
bahan2 (utk 10biji) - as buat 2 adunan, so doublekan rcp asal..
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Untuk Custar cream, as guna rcp dari honey



Custard Cream
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Ini Pula Rcp yg ke 2.. Pernah cuba 1 ketika dulu..Best juga.. rcp dari zaliana

Cream Puff Jagung

zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Thursday, November 12, 2009

Kerabu Tomato & Lemak Cili Api Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.k,
Ber en3 diptg Khamis yg indah, anak2 tgh rileks2 sambil minum ptg, ibu sempat berpoya2 di depan PC.. hee..he Lauk sempoi lunch td, memula x tau nak masak ape, tinjau2 dlm peti besi jumpa plk Ikan Masin Mullet. Beli dgn Kak Hanim ramadhan lalu, bila lama2 perap dlm freezer terasa sket masinnya.. Buat separuh je, sbb ikannya besau.. Pandai Kak Nim buat Ikan Masin tu....mcm sedap je kalau buat Lemak Cili Api letak nenas.. layan plk ngan Kerabu Tomato dik Ina ni.. anak2 makan x noleh2.. kemain sedap lagi.. kerabu tomato ni mmng best ler... mcm ina kata senang, sedap,cepat.. Minta Ijin ya Ina Copy Kat MyR paste kat sini yerrr..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...
Lemak Cili Api Ikan Masin ni sajer je x letak kunyin sbb nak biokan putih je.. memang kena betul layan ngan kerabu tomato tu..mabeles..



Lemak Cili Api Ikan Masin

Beberapa Potong Ikan masin dibersihkan dan digoreng
Cili Padi (kepedasan ikut suka)-ditumbuk
1/2 labu bwg besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halis -dikisar
sedikit belacan
1 asam keping
1 btg serai
beberapa hirisan nenas (as guna nenas dlm tin)
Santan

Cara2
Goreng Ikan Masin dan ketepikan,

Masukkan semua bahan didihkan dgn santan sebentar, masukkan ikan masin dan nenas.. letak garam jika perlu..as x letak sbb ikan dah cukup masin.

Tuesday, November 10, 2009

Fruit Mix Bun

Assalamualaikum w.b.k

Ptg2 ni rasa x de menda nak buat utk minum ptg, mood nak meroti dtg lagik.. dah lama dok perati je bun yg dijual kat luar tu, tapi pendam je hasrat kot2 boleh cuba buat sendiri. Kalau x suka guna mix fruit boleh je tukar ngan raisin. Ikut selera masing2. Rcp dari CMG, minta halal rcp ya Che Mat, Cpy Kat MyR Paste Kat sini.. sedap ler mat.. Nutmeg(buah pala) x de, as tukar dgn serbuk cinnamon.. buat 2 adunan terus. Roti ni sgt la lembut.. akan dicuba kagi..dan lagiii..

Sebelum dan selepas kebakaran


Fruit Mix Bun
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250 g tepung roti
  • 1 camca teh yis
  • 1 camca besar susu tepung
  • 40 g mentega
  • 1 biji telur Gred C
  • 1/2 camca teh garam
  • 50 g gula halus
  • 120 ml air
  • 70 g buah2an campuran (mix fruit)
  • Sedikit parutan biji pala (nutmeg)(as ganti dgn sedikit cinnamon pwdr)
  • 1/2 camca teh bread improver + 1/2 camca teh bread softener (as x letak)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread maker, pilih setting utk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang udara. Bahagi kepada 10 bahagian. Bulat2kan dan susun dalam loyang. Perap 45 minit.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan roti dan sapu mentega pada permukaan roti.

Monday, November 9, 2009

Aneka Bun

Assalamualaikum w.b.k,

Bun2 ni buat diptg minggu, tengok bun kak yati zaini, elok je.. gebas gebus.. as buat 2 adunan. Saje wat lebih utk picnic & utk anak2 ke sekolah. Jadi ni la Bun yg x berapa hensem rupa parasnya.. sgt lembut wat x guna bread improver. Tapi utk cuaca sejuk mcm di NZ ni kena lah panaskan di microwave dulu sblm ngap kalau dah sejuk.. rcp asal dari tulip77 di MYR juga.. rcp asal utk bun ikan bilis, tapi as buat inti sardine, inti kelapa & inti sambal ikan bilis.. sedap bun ni lemak2 manis gitu..


wat gi picnic sket.. inti sardin dan inti kelapa..

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey )(as guna 250gm high grade flour)
  • 45g gula kastor
  • 2sb susu tepung
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st bread improver(as x letak)
  • 1/2 st bread softener(as x letak)
  • 2 sk yis
  • 1 biji telur
  • 100g air
  • 2sb butter
  • inti - sambal ikan bilis, sardine & kelapa

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.
  2. Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit.(as masuk semua dlm BM)
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin.
  4. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis.
  5. Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun.
  6. *** Dah buat ptg semalam & pagi nih bun masih lembut & gebu :)


Soto Tulang & Lontong goreng again!!

Assalamualaikum w.b.k

Ni menu last week yg baru nak enterprem tengah malam ni.. ha..ha udah pinishh.. ni resipi dak as75 .. dak mana ntah..x kenai..org panggil kak as,kak as.. he..he.. amik kat pebret mypebret website MYR.. sbb malas x type2.. Soto Tulang (gear box) ..gearboxnya dah kena kerja kan anak2..tinggal lah soto yg kekurangan eksesori nih..x pe la..layann...

Soto Tulang

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

  • 1kg tulang lembu/kambing (boleh letak daging)- direbus
  • 1 senduk rempah soto Syarifah @ apa2 juga rempah soto pun boleh
  • Kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 4 ulas bawang putih- di kisar
  • Halia sebesar ibu jari- di kisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 2 btg serai- di ketuk
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air- ikut suka
  • lontong @ mee hoon
  • Bahan sampingan utk hiasan: taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah & soon goreng..

Cara-cara

  1. Rebus tulang..
  2. Tumis kayu manis,bunga lawang & buah pelaga..masukkan bahan2 yg dikisar, serai & rempah soto Syarifah..(apa2 rempah sup pun ok)
  3. Setelah naik minyak masukkan sos tiram, tomato,kuib pati ayam,garam, tomato dan masukkan tulang yg di rebus bersama air rebusannya sekali..
  4. Setelah mendidih.. masukkan santan dan didihkan lagi..
  5. 13122008520
    Hidangkan bersama sambal kicap & begedil.. Selamat mencuba ^ _^

Ini plk, lontong lebihan wat soto, dari dia duk termenung je..as goreng wat lontontong goreng..


Saturday, November 7, 2009

Marble Cheese Brownies & Kuih Bakar

Assalamualaikum w.b.k,
Menu minum ptg smlm bersama tetamu dari Hamilton. Selain as hidangkan soto tulang (x posing kat sini la..lain kali ya..makcik bzy) ni dessert yg paling cepat dpt as siapkan. Semua main lebur dlm oben jew.. mungkin agak kelam kabut. Kebetulan as temankan aisya di kindi hingga jam 12.30.. just trying the new rcp.. and this is my 1st attempt..keja agak sememeh dan x de skill langsung nak melorek.. x pe la, learn from mistake.. Brownies ni rasa seakan kek coklat, anak2 as suke sgt.. aritu tgk ramai dah cuba, dek terliur kat fizanordin,ika & hana punyer le ni..punya la simpan lama kat tempayan tu..baru sampai seru nak buat..buat pun dah last mint..
Rcp amik diblog CMG , Minta halal ya Cik Mat, copy & paste kat sini..masyeeeh ya Mat..

Ni yg dah potong, sememeh je keja as nih.. :"(

Kena belajar lagi lorek2 ni.. keras betul tangan nih..

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
as tambah 1sdb lemon jus & 2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

Ni plk dek dok terlena melayan Marble kat ateh tu..jd le cengini kuih bako kali ni..awatnya cetek & leper jeww.. x po la..yg penting sodap..laen kali kena pakai loyang lain.. sbb loyang kuih bako dah dipakai dek brownies kat ateh tu..layannn...

Kerak yg menjadi pojaaan hatiku... berebut anak2 nak kerak yg ireng2 tuh! resipi dari Kak Joayee ambil dari MyR..

Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan ( 6 org )
sumber dari : Joayee MyR
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing