Friday, November 13, 2009

Custard Cream Puff

Assalamualaikum w.b.k

Salam Petang Jumaat.. sebelum kluar rumah melayan Mini Garden, berpoya2 kejap kat Dapur Cyber nihh.. sajer je tambah koleksi rcp yg as pernah cuba. Ni menu minum2 ptg arini. Anak2 suke sgt puff ni.. Thanks buat Puan Sri Yani aka Tuan Tanah MyR.. akak Copy Paste kat sini ya yani, Syedap sesgt.. rupa paras Puff as x sekacak mana sbb guna nozzel murahan je, blik kat kedai 2 dlr..tu pun dah banyak berjasa.. alhamdulillah..



Cream Puff
bahan2 (utk 10biji) - as buat 2 adunan, so doublekan rcp asal..
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Untuk Custar cream, as guna rcp dari honey



Custard Cream
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Ini Pula Rcp yg ke 2.. Pernah cuba 1 ketika dulu..Best juga.. rcp dari zaliana

Cream Puff Jagung

zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

4 comments:

Watierman said...

Akak pernah buat ni sekali lama dulu..macam susah jer nak habis..sebab bau hanyir telur..akak suka..anak2 pulak macam tak berapa jer!! kalau letak crean ciklat mesti jalan agaknya kan!!

~NurKasih~ said...

as to watierman
Kak watie, x pe la..kalau anak2 x suke leh wat menda lain kak.. maybe akak boleh kurangkan telo tu kak, sbb setiap rcp mcm berbeza la, penggunaan telo tu... puff tu pun bole tukar ke coklat kak.. maybe kurang bau telo tuh!!

ain said...

akak pun plan nak belajar buat cream puff ni. tak tau la bila. hehehe

psst...dh cun sgt dah cream puff tuuuuu!!!!

E-na Zarina said...

E-na x pernah try lg buat cream puff ni...bila gaknya yek, dh kena cari toys dulu bru bole buat kan...