Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Irish Cookies

Assalamualaikum, bersiaran lagi dgn koleksi Kuih Raya 2010 yg x berapa seksi.. gara2 terguda dgn Cookies Dik Ika dan kekanda Ummi yg asalnya dari CMG.. Sgt best ini cookies.. TQ to CMG utk Rcp ini  dan buat Dik Ika & Kanda Ummi tq sbb tayang dan buat kiter terguda..

Irish Cookies
Sumber : CMG
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum (*akak adjust jadi 220 gm)
  • 100 g tepung sagu ubi (*akak ada stok 80 gm jek, maleh nk beli dah)
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Almond London

Assalamualaikum & salam Jumaat.. lamanya tuan tanah menghilang, x nampak bayang.. tup2 kluar puler koleksi Kuih Raya.. haiyaaa sudah mau Raya Haji la..Habuk pun dah tak ada, yg ada foto dlm foldar saja.. Layan saja la.. yg penting rcpnya..


 Almond London
Sumber : Nizamadey (MyResipi)
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Wednesday, September 30, 2009

Mama Carries Cookies

Assalamualaikum w.b.k,
Antara sekut raya taun ni.. buat le jugak Mama Carries ni.. bab melorek memang fail..main conteng2..bolat2 asal kluo mcm munga..ngheee!! dah tingal koret2 dah sekut ni.. masih guna rcp adik ida sunkist.. bekenan betol ngan rcp nih..best! tenkiu dik Ida! akak C&P kat cini ya :) Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..lama kita x chat ya! ;)
Mama Carries Cookies
250g mentega
350g tepung gandum
100g gula aising
150g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
BAHAN2 UNTUK TOPPING:
125g gula aising
1/2 putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
emulco yg digemari ( sy guna strawberry & pandan emulco)
Cara-cara
Pukul mentega dan gula aising. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
Terap doh setebal 1/2cm menggunakan cookie cutter yg disukai.
Susun biskut di dalam tray yg telah dialas dengan kertas minyak.
Sapukan topping diatas biskut (boleh guna jari untuk hasil yg baik)
Kemudian, hiaskan topping dengan emulco kegemaran anda.
Bakar pada suhu 150 C selama 17 - 20 minit.
CARA2 MEMBUAT TOPPING:
Campurkan kesemua bahan2 diatas dan kacau sehingga sebati.

Thursday, September 3, 2009

Projek kukis part2.. Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum w.b.k,

Smlm wat projek lagii!! ni biskut wajib tiap2 tahun.. anak2 mmng suke sgt.. nak jd cite dah siap mengadun tu..cari punya cari x ada plk parut tu.. agaknya masa pindah2 tu.. x tau terselit kat mana..guna je ape yg terlintas kat pala nih..guna parut cheese.. wakakaaaa... dah jadi biskut sarang tebuan plk.. x pe la..lagi senang..x sampai 1 jam dah siap utk 1 adunan.. sbb parut tu kan beso! jadinya pun kaso2.. rasa2 semut pun x sempat nak wat sarang kat biskut ni..

Ni semut warna warni..

Biskut Sarang Semut

250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
50gm tepung jagung+50gm tepung kastard (kalau nak guna 100g tepung jagung pun boleh)
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan
Cara-cara
Pukul kembang butter dan gula. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 150’C-180'c sampai masak (anggaran 10-15 minit)
Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara .


Ni plk semut hitamm!! semut hitam gigit sakit ke??

Nyambil2 wat biskut tu.. duk heran mana dak aisya..selalu dia mesti kacau as..sibuk nak main ngan tepung.. biasanya balik kindi, kalau x main game, dia akak melukis.. x pun dia kembur bilik..ntah hape2 dia keluarkan.. rupenya senyap2 dia kat dlm bilik sambil nyanyi2.. memula dia x perasan as snap gambar dia.. sebab leka nyanyi2.. sibuk ngan tail tu.. bawak balik dari kindi..letak kat blk montot tu!! sambil nyanyi gelek2!! bila dia sedar as amik snap gambar dia.. mula dia malu2..ngan comot kat muka tu!

Berkali2 dia nyanyi lagu ni.. duk ulang2 sambil gelek2!!

Come to a party, dress in red,
wear pink shoes and a purpple hat,
Come to a party but dont tell cat..

gelek2 ..pastu bila dia sedar..cukup marah dan julingkan mata ke tengah!! hu..hu..anak aku sorg nihhh!!! rambut ngan eko dah sama pesen!!


Monday, August 31, 2009

Projek Kukis2 Part1

Assalamualaikum w.b.k,
Jgn duk sengih2 nengok kukis as ya,maklumlah masih amatur dlm mengkukis nih.. ni bukan kemaruk nak raya..tapi persediaan awal..sementara tengah ehem!ehem! ni.. buat sket2..ni tahun ke2 kami menyambut syawal di NZ... x kira! walau duk NZ pun tetap nak makan kuih raya gak.. Lagipun bila buat Kuih Raya ngan anak2..derang leka,dan makin bersemangat nak berpuasa..Sblm2 ni mmng x pernah buat sendiri..main tunjuk2 je..sbb sibuk menjahit dan (sebenonya x berapa pandai dan kureng minat) bila dah duk berjauhan dari sumber yg boleh ditunjuk2 tu..kenalah belajar2 ya dak! x moh ler merapu bnyk2.. meh layan pembikin kukis yg masih amatur nih!.. sib baik My bespren aka Jiran baik as (Ju) kirim mould2 pd Myhby..kalau idok x merasa la...Seronok tengok Nurin & Ayahnya duk gentel2 inti tu..keh3x.. Rcp Tart Nenas ni dari Kak Jun yg sangat rajin tuh!! Thanks kak jun..sedap sgt! menepati citarasa kami..tapi..ampon ya kak as ada adjust2 sket..minta halal c&p disini..as ambil dari MYR lps ni as nak wat yg gulung2 plk..InsyaAllah.. amik kaler inti mendelik..mendelik!!

Terlanjur tengah ehem! ehem! lagi.. gateii! gateii! nambah kuih tart lagik.. masih sama,guna rcp kak jun..buat 2 adunan..ha amikk ko..inti x cukup!.. Myhby & anak2 suke tart..jd mmng kena wat lebih2 sket..

Time cuaca sejuk2 gini..nak naik tekucil ibu jari kudut as dok menekan mould tu..ni lah hasil yg x seberapa..

Tart Nenas
250gm butter
2 biji kuning telur
60-70gm gula aising (as gun 2sdb)
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
@ jem nenas secukupnya
@kuning telur untuk sapu

as tambah 2sdb susu tepung
Cara-cara
Pukul butter dan gula. Masukkan telur dan esen vanila. Sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung,susu tepung, gaul sebati.
Masukkan doh kedalam acuan semprit/tart..
Isi jem nenas dan gulung. Sapu atasnya dengan kuning telur. Bakar hingga masak (15-20min)
Jem Nenas plk, as guna crushed pinepple in can je..maklumlah nak jimat..kat sini sebijik nenas NZD5.. x besar mana pun..tapi alhamdulillah sedap juga guna nenas dlm tin nih..pepandai la adjust2..idea dai Kak Umi_e..

Jem Nenas
Bahan-bahan ( untuk 150-200 biji tart nenas )
2 tin nenas (as guna 1tin 450gm x 2)
250gm gula (as guna 1 cawan)
sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)
as letak sedikt tepung jagung
*** bahan inti di sini tidak gunakan nenas fresh sebab umie rasa guna nenas dalam tin lebih mudah dan cepat... lagipun kita di rantau ni nenas fresh susah nak dapat dahtu mahal pulak...(betul..betul..betul umie!)
Cara-cara
Keluarkan nenas dari dalam tin dan blend bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah diblend tadi - ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)
masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.
Masakan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit)
Stelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa2 warna yang disukai.
Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat. Taburkan sedikit tepung jagung..
Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kueh tart nenas.
Yg ijo2 ni plk Bangkit Nyonya..rcp dari kak lily..best! melting moment! bila masyuk mulut terus cair! Sblm ni tau makan je..membuatnya KO! Tiap2 tahun MIL yg bukan melayu pun tau buat..memang dasar menantu hantu as ni... keja hangkut je..ngan marukunya lagikk!!.. nampaknya anak kesayangan mama dah x kempunan bangkit mama lagi!!!! buat kak lily dan Kak D....mekacih akak2..lebiuuuu!!lebiuuuu!! so much atas rcp yg best gilerrr ni.. x lupa buat my pebret website MYR juga..

Sebelum & selepas kejadian.. Tips! jgn letak rapat2 sgt cam as buat tu tau.. sbb bila bangkit ni kembang sket..x bnyk! sket je..kembang2 idong je!! kih..kih!

Bangkit Nyonya
Bahan-bahan ( 70 biji )
350 gm tepung ubi
150gm gula icing
20 gm mentega
1 biji kuning telur
130 gm santan pekat
1/8 sudu teh baking powder
as tambah 1 sdk pandan paste
Cara-cara
Sanggar tepung ubi di dalam oven
Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur.
Masukkan santan dan gaul sebati lagi
Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi.
Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
Bakar pada suhu 150'C hingga masak.

Tuesday, August 18, 2009

Choc Chips Cookies

Assalamualaikum w.b.k,
Ikutkan as ni kureng rajin nak mengkukis2 ni, tapi disebabkan anak2 ni suke sgt makan kukis ni..as pun cuba lah jugak..seorang kawan kami (Razif) pergi Holiday ke South Island,dengan murah hatinya bawa buah tangan dari South Island antaranya Choc Chips Cookies, terima kasih buat Razif sekeluarga, Ingat juga kat kami.. org memberi kita merasa..org berbudi kita berbahasa.. biasalah bila org bagi ape pun sedap je.. tu lah berkatnya bersedekah.. ni kes x cukup, dok becekau 3 beradik.. hasil intipan ..terjumpa plk rcp kak nor ni kat MYR... Kak Nor! anak2 dara dah x becekau lagi.. enjoy sungguh derang makan.. buat sendiri lagi muai, jadi ini lah hasilnya.. as guna c.chips je.. rasanya tetap maintain! lain kali nak gak letak accesori yg lain tuh..mesti lagi sedapp! minta halal c&p disini ya kak...

Choc Chips Cokies
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang (k.nor guna sunflower seeds)
Cara-cara
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

Monday, August 3, 2009

Snail Cookies

Assalamualaikum w.b.k,
Selamat hari raya.. eh??? dah raya?? Posa pun belum lagi.. Kuih siput ni x yah nak tunggu raya pun sedap. Anak2 dah lama suh buat. Sibuk nak kuih Siput..Kuih Siput.. smlm sebenornya sibuk nak beli brg2 dapur.. tapi disebabkan Nurin tak nak ikut beli barang.. dia lagi sanggup nak menggentel menda alah ni.. so, as ulikan lah dulu adunannya.. nanti, balik beli barang dapur as tinggal gorengkan je.. jadi.. ni lah hasil gentelan anak dara kecik tu.. wat kunyah2 sambil nengok TV.. he..he.. kruk..karp..kruk..krap..kalau x nak gentel boleh gak wat Kuih Gunting.. x susah mana pun.. gulung doh sebesar jari telunjuk..pastu gunting la..


Kuih Gunting

Kuih Siput
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
3sdb margerin (didihkan sebentar)
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
1/2 cawan udang kering dikisar @ ikan bilis pun boleh
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
2 tangkai daun kari diracik halus
Santan secukupnya untuk menguli
Cara-cara : Semua bahan digaul rata ( kecuali santan ) setelah bercampur kesemuanya, tuangkan magerin yg dipanaskan td,gaul rata..masukkan pula santan. Gaul hingga menjadi doh.. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. Adunan yg sama juga boleh dibuat kuih gunting..

Wednesday, October 22, 2008

Bingkisan Syawal

Biasa nak raya As x rajin sgt wat kuih raya sbb sibuk ngan menjahit..biasa kuih tunjuk2 jer..tapi tahun ni agak berbeza sebab nak cari kat mana kalau x buat sendiri..Buat ringkas2 jer..Yg lain x sempat nak upload..a'haaaa...

Tart GuLunG- Kalau Ju x kirim cetak tart ni pada as mungkin x buat kot..

BiSkUt KeLaPa DeLiMa- ReSePi ChE AH Mat GeBu..

MaMa CaRRieS- Masa buat ni mama cries...resepi cik sunkist

KuiH Siput- Cetak kiriman Ju dari JB

KuiH CroCodiLe ToUnGe- Rasa ada rupa x ada..