Wednesday, September 30, 2009

Mama Carries Cookies

Assalamualaikum w.b.k,
Antara sekut raya taun ni.. buat le jugak Mama Carries ni.. bab melorek memang fail..main conteng2..bolat2 asal kluo mcm munga..ngheee!! dah tingal koret2 dah sekut ni.. masih guna rcp adik ida sunkist.. bekenan betol ngan rcp nih..best! tenkiu dik Ida! akak C&P kat cini ya :) Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..lama kita x chat ya! ;)
Mama Carries Cookies
250g mentega
350g tepung gandum
100g gula aising
150g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
BAHAN2 UNTUK TOPPING:
125g gula aising
1/2 putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
emulco yg digemari ( sy guna strawberry & pandan emulco)
Cara-cara
Pukul mentega dan gula aising. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
Terap doh setebal 1/2cm menggunakan cookie cutter yg disukai.
Susun biskut di dalam tray yg telah dialas dengan kertas minyak.
Sapukan topping diatas biskut (boleh guna jari untuk hasil yg baik)
Kemudian, hiaskan topping dengan emulco kegemaran anda.
Bakar pada suhu 150 C selama 17 - 20 minit.
CARA2 MEMBUAT TOPPING:
Campurkan kesemua bahan2 diatas dan kacau sehingga sebati.

1 comment:

blogresipi said...

Sweet je kaler pink hijau lorek2 akak tue.. selalu tgk lorek kaler cekelat jer... heheh