Monday, April 27, 2009

Term 2 di Sekolah Baru

Assalamualaikum w.b.k,

Persekolahan anak2 melangkah lagi ke satu penggal. Kali ni di sekolah baru lak.. Alhamdulillah x nampak kekok dan steady je anaknda berdua (Nurin Nazifa & Nurul Khairunnisa).. Nurin Year 6 dan Nurul Year 2..Cuma bezanya kalini derang kena pakai uniform lak..

Cuma yg sowang lagi ni mmng dia x puas ati tul.. nape lak dia x leh nak start School arini.. namanya masih dalam waiting list..he..he.. cian dak Aisyah.. terpaksalah temankan ibu masak, duk umah wat drawing,painting @ main ngan dollnya tu..


Menu breakfast untuk anaknda pagi ni..

Thursday, April 23, 2009

Pulut

Assalamualaikum w.b.k,

Lama x update entri.. Hik..hik..x abis2 ngan menu labu.. entri arini nak selitkan psl pulut la pulak.. banyak jugak menu guna pulut ni..

Biasanya pulut ni kalau nak cantik, dikukus...tapi as nak kongsikan kat sini kalau nak masak pulut sedap,cantik dan gebus, boleh guna rice cooker @ microwave.. alhamdulillah as dah guna cara ni, express sungguh!!
kalau guna rice cooker..
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Cara-cara
Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Kalau guna microvave..
Guna bahan2 sepeti diatas tapi panaskan selama 20 min.. 10min pertama di gaul dan panaskan semula selama 10 minit..
So, terhasillah menu2 seperti dibawah..dan mcm2 lagi..dan lagi..dan lagi...

rcp wajik

rcp Kuih Seri Muka

Thursday, April 16, 2009

Kuih Keria Labu & Cucur Badak Labu...layan...

Assalamualaikum w.b.k

Lamo as x update blog ni.. aduhai..kebizian yg amat..buat abby di Klang.. atas permintaannya, as kongsikan di sini resipi2 yg berasaskan labu.. Lps ni bolehlah kongsi2 ngan kwn2 ya.. kalini as gunakan Buttercup pumpkin utk buat kuih2 ni.. sedap & manis rasanya lbh manis dari keledek, dan harganya pun lbh murah berbanding dengan red kumara tu.. harganya baru NZD2/each utk sebijik labu yg besar ni..


1kg Labu
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1/2 cwn gula dan sedikit air

Minyak utk menggoreng

Cara-cara
-Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
-Toskan airnya dan taburkan sedikit garam.
-Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas.
-Biarkan hingga labu betul2 sejuk.
-Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata. Jgn letak bnyk sgt tepung.
-Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..

:: Tips, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat.
-Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..

Doh yg sama juga boleh d)buat Kuih Cucur Badak Labu juga..

500gm labu
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
1 biji bawang besar
4 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
Sedikit minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara
untuk inti: Kisar cili kering, udang kering,serai dan bawang dgn sedikit air.Panaskan kuali tumis bahan2 yg telah dikisar, setelah naik minyak masukkan garam,gula,serbuk kunyit & sedikit air, masukkan kelapa(as guna kelapa kering) gaul sehingga rata.
utk doh: Bersihkan labu. Buang kulitnya dah rebus hingga empuk. Toskan airnya dan tabur sedikit garam.Lenyek sehingga hancur sementara labu masih panas,biarkan Labu hingga betul2 sejuk.Setelah labu sejuk, masukkan tepung gandung dan uli rata. Jangan letak tepung bnyk sgt nanti x sedap.Selepas itu buat doh kecil2 . ::tip.. semasa hendak membuat doh, sapu sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat.Ambil satu buat melengung.
letakkan inti dan tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana.

:: SeLaMaT MeNcUbA ::

Thursday, April 9, 2009

Kuih Koci Labu..he..he..Labu lagi...



Assalamualaikum w.b.k



Arini..buat lagi menu labu..biarlah as terjun layan ngan menu labu2nya ini..he..he..Kuih Koci ni memang sedap, lain dari yg lain.. x perlu dikukus..sebab dah direbus dohnya dan makan dgn dadihnya.. Alhamdulillah..memang sodap!! buat untuk minum petang, tetamu yg datang pun suka makan Kuih Koci ni...terima kasih buat Kak OgY(tuntung 15)

terima kasih kerana sudi kongsikan resipi yg sedap ni..as amik rcp ni dari MYR.
Buat arera yg jauh di Melbourne tu..he..he.. maaf ya Kak as x ada resipi Kuih Koci sendiri.. ni pun cilok dari MYR...ekekekekekkk... jgn lupe ya arera..cuba jgn x cuba.. Resipi seperti dibawah ni kira Kuih Koci NZ la yer...nghee!! lepas ni ada lagi menu labu..tunggu!! selagi x abis labu beso seberat 25kg tu..ekekekekekkkk!!


Bahan-bahan ( 20 biji )
Untuk Pastri
150gm tepung pulut
150gm labu
Untuk Dadih
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Untuk inti
1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
Daun pisang untuk membungkus


Cara-cara
Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau.

Doh yang sama juga boleh dibuat Kuih Buah Melaka.. Cuma intinya sahaja berbeza..

Wednesday, April 8, 2009

Labu oh Labu

Assalamualaikum w.b.k
Lama tak update entri.. kali ni nak cite lak pasal Labu ni.. Terkezut.. balik solat maghrib My Hubby bawak balik Labu seberat 25kg ni.. hu..hu.. ape den nak masak??banyak sungguh menu labu sebenonya... Kat kepala ni cam nak buat itu ini.. nak buat Pengat Labu,Kuih Koci Labu,Pai Labu, Sup Labu, Labu masak lemak dan mcm2 lagi la..Sib baik memasing suke labu.. so as pun mula la..melabu-labu menu pagi tengahari & minum petang.. Layan menu labu... tengah usaha cari daun pisang.. nak try plk buat Kuih Koci Labu.. InsyaAllah dlm waiting list..

Bingka labu CMG ni memang sedap!

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm ) as guna loyang 8X8
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




Ni lak resipi
suzzlyn..pepandai je as tambah kacang tu..tapi mmng best.. everybody love it!


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 biji labu sederhana besar
1 cawan santan pekat/ 2 cawan santan cair
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 tangkai lada kering
10 ekor ikan bilis saiz sederhana
sedikit belacan (xde pun xpe)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil ketumbar
2 cm kunyit
sebatang serai diketuk
Air (ikut suka...kalau nak cair skit lebihkan air)
Cara-cara
Buang kulit labu n potong kecil2...then rebus sampai empuk...jgn terlalu empuk nanti hancur pulak....selalunya sekejap je, bila dah empuk, toskan....
Kisar bwg besar, putih, lada kering, kunyit, ikan bilis n ketiga2 jintan.
tuangkan bahan kisar kedalam periuk , tuangkan sekali labu tadi, serai n santan serta air...biarkan mendidih, letakkan garam. Sesuaikan rasa.. bagi yg xsuka pekat sgt boleh lar tambah air byk skit..
Kalau ada daun keledek ke ape2 sayur yg sesuai bleh ler masukkan...xde pun xpe...
Sedia dihidang...sedap sgt kalau makan ngan sambal belacan n ikan kering atau ikan goreng...

Friday, April 3, 2009

Nasi Kerabu Perantau

Assalamualaikum w.b.k

He..he kalau dahnya merantau tu.. menunya pun disebut perantau, coz guna bahan ape yg ade je.. Semalam lps uruskan hal sekolah anak2 jenjalan kat bandar Hamilton jap, sambil2 cari barang2 dapur, jumpa lak Budu.. he..he lama dah cari ni.. so menu yg terlintas difikiran utk arini ialah Nasi Kerabu Perantau dari Cik Puan Yani.. alhamdulillah memang sedap.. terimakasih buat Cik Puan Yani, kerana berkongsi resipi yg best ni.. telur asin tu pun hasil experiment as, walau belum cukup tempoh alhamdulillah berasa juga spt telur asin biasa.. just nice je masinnya tu.. guna telur ayam je.. lum jumpa lagi telur itik tu.. As rendam selama 3 minggu dlm air garam dan alhamdulillah belum cukup 3 minggu dah boleh dimakan tapi warnanya kureng cantik la..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
@@ Nasi @@
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning
2-3 helai daun limau purut(optional)
1 btg serai-diketuk(optional)
@@ Sambal Tumis @@
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka



Nak cite sket pasal sambal tumis resipi yani ni.. Memang sedap coz letak budu & santan.. sedikit kelainan tapi sedap!

@@ Sambal ikan @ serunding ikan @@
1 ekor ikan kembung- saiz besar (as guna makeral in oil dlm tin)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia


@@ Kerabu @@
kubis
timun
taugeh
daun kesum
@@ Bahan lain- optional @@
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara
## Sediakan sambal tumis ##
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
## Masak nasi ##
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar.(as guna makeral in oil dlm tin) Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

@@ Kerabu @@
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

Solok Lada


Resipi dari umifeeza dari MyR..

Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )
5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih
3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
**Cara-cara
-Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
-Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
-Perasakan dengan garam dan gula.
-Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
-Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
-Angkat dan bolehlah dihidangkan

Wednesday, April 1, 2009

Syukur alhamdulillah, meningkat lagi usiaku..

Assalamualaikum w.b.k,

Di petang rabu yg cerah, syukur alhamdulillah segala puji bagi allah S.W.T.. yg mencipta sekian alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W ...hari ini 1 April 2009, genaplah umur as meningkat lagi setingkat..tuo dah den nih.. 34tahun dah.. alhamdulillah dapat mengecapi nikmat hidup yg sukar nak digambarkan... subhanallah!!... Sejak 3 minggu lepas kami melalui saat2 getir,pelbagai dugaan kami tempuh, alhamdulillah.. dugaanmu ya Allah, kami lalui dengan penuh ketabahan..apa2 pun semuanya telah selamat..syukur buatmu ya Rabbal Izzati.. kini baru terasa lega walau pun cubaan akak datang masih samar2 buat kami.. Biasalah sebagai manusia biasa tidak terlepas dengan pelbagai dugaan..

Buat rakan2 maaf as tidak muncul dengan entri2 terbaru. Terima kasih kerana sudi bertandang ke Teratak Nurkasih, buat yang meninggalkan pesan, doa2 & ucapan hari lahir buat as.. terima kasih banyak2.. Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah sembuh dari demam, hanya menunggu tanda2 ruam chicken pox tu pulih. Kami juga sudah selamat berpindah ke daerah Hamilton ini.. Kek ni adalah resipi dari Kak Nor.. as guna bahan yg ada kat dapur tu je utk wat toppingnya.. buat Kak Nor, terima kasih atas ucapan & terima kasih kerana berkongsi resipi yg sedap ni..anak2 suke sgt..
Moist Choc. Cake

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter
Cara-cara
-Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
-Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
-Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
-Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
-Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.
Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
-Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
-Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
-Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
-Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
Resipi
as..telah di kongsikan di MyR...