Thursday, April 16, 2009

Kuih Keria Labu & Cucur Badak Labu...layan...

Assalamualaikum w.b.k

Lamo as x update blog ni.. aduhai..kebizian yg amat..buat abby di Klang.. atas permintaannya, as kongsikan di sini resipi2 yg berasaskan labu.. Lps ni bolehlah kongsi2 ngan kwn2 ya.. kalini as gunakan Buttercup pumpkin utk buat kuih2 ni.. sedap & manis rasanya lbh manis dari keledek, dan harganya pun lbh murah berbanding dengan red kumara tu.. harganya baru NZD2/each utk sebijik labu yg besar ni..


1kg Labu
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1/2 cwn gula dan sedikit air

Minyak utk menggoreng

Cara-cara
-Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
-Toskan airnya dan taburkan sedikit garam.
-Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas.
-Biarkan hingga labu betul2 sejuk.
-Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata. Jgn letak bnyk sgt tepung.
-Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..

:: Tips, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat.
-Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..

Doh yg sama juga boleh d)buat Kuih Cucur Badak Labu juga..

500gm labu
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
1 biji bawang besar
4 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
Sedikit minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara
untuk inti: Kisar cili kering, udang kering,serai dan bawang dgn sedikit air.Panaskan kuali tumis bahan2 yg telah dikisar, setelah naik minyak masukkan garam,gula,serbuk kunyit & sedikit air, masukkan kelapa(as guna kelapa kering) gaul sehingga rata.
utk doh: Bersihkan labu. Buang kulitnya dah rebus hingga empuk. Toskan airnya dan tabur sedikit garam.Lenyek sehingga hancur sementara labu masih panas,biarkan Labu hingga betul2 sejuk.Setelah labu sejuk, masukkan tepung gandung dan uli rata. Jangan letak tepung bnyk sgt nanti x sedap.Selepas itu buat doh kecil2 . ::tip.. semasa hendak membuat doh, sapu sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat.Ambil satu buat melengung.
letakkan inti dan tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana.

:: SeLaMaT MeNcUbA ::

2 comments:

Ana Ali said...

sedap nyer nampak masakan berasaskan Labu nih, kat sini we take Labu for granted jer, paling2 pun buat gulai lemak jer kan...

SRISUFI said...

akak,

~rindu

;)