Sunday, January 25, 2009

School Holiday Term 4

Assalamualaikum w.b.k..

Pantas sungguh masa berlalu..diam x diam cuti sekolah dah nak abis..Term baru dah nak bermula lagi 1 minggu.. kemain lagi anak2 as ni..suka betul nak gi sek..so ni lah xtvt kami sepanjang cuti sek term 4 ni..kami cuba nak berjalan2 di sekitar North Island ni..kecuali Wellington..dah pun kami pergi masa School Holiday Term 3 aritu..

1st week.. ke Auckland,Tauranga,Rotorua,Hasting,Napier.. kebetulan masa tu Cuti Christmas so bejLn2 lah kami selama seminggu ni.Perjalanan dari Hawera ke Auckland ambil masa 5 jam..sampai teruwek2 as dibutnya..jln mcm ular kena palu..naik bukit turun bukit... cam x hepi memula..tapi dihepi2kan la juga...nghee..so..ini lah sedikit sebnyk yg dapat di kongsikan..sbb bnyk sgt nak post...

Auckland

Inilah Auckland City..masa ni kami ronda2 nak cari Asian Shop..tapi hampeh..x jumpa pun ape yg nak dicari.. tapi dapat gak cuci2 mata tengok cara mereka decorate Auckland City ni sempena Christmas..kami di Auckland selama 3 hari 2 malam...


Masjid Jamek Al-Mustafa Auckland & Pemandangan dari atas Hills Park kambing2 dah macam kutu..Sejuk sgt kat atas puncak bukit nih..hu..hu..so anak2 x nak kuar keta..dari Auckland ke Tauranga mengambil masa 3 jam..kebetulan daylight saving pnj so..puas kami menikmati pemandangan...
Tauranga

Tauranga Beach..Cantik,tenang & damai..pasirnya putih masih belum tercemar..x leh amik dkt2 sgt nanti nampak ramai biawak kering!! ngheeee... biawak kering sedang mengeringkan badannya...x leh tunjuk..biawak seksiii!!!
Foto kedua tu kat Waterfall.. di jambatan gantung tu agak gayat sket sbb tinggi..cam nak jatuh plk..


Sungainya tenang je..masa x mengizinkan utk kama berlama sebab banyak lagi tempat yg nak kami pergi..ini pun sekadar berhenti utk lunch.. Sblh tu pokok Kiwi..he..he..biasa makan buahnya je..ni nak kenal2 lak ngan pokoknya.. kami di Tauranga selama..3 hari 2malam..kemain lagi Mr.Hby jumpa kawan2 lamanya...


Besonya Loriiii!! Aisya sempat posing kat situ.. tempat lombong emas..dari Tauranga kami ke Rotorua.. perjalanan mengambil masa 1 jam..


Rotorua

Ni lak kat Rotorua site..sementara ayahnya tengah dok survey2 ape yg ada kat sini..anak2 sempat lak posing..ingat nak ronda2 naik bas yg disediakan tapi hampeh dah penuh..so jln2 je kat bandar Rotorua..cantik gak bandar ni..cari2 kedai turkish kebab halal..tutup lak..sib baik as dah siap2 masak kat motel tadi...

Taupo


Nape berasap tu??? aa... ni lak kat Hot pool..betapa Allah maha berkuasa menjadikan alam semesta..perigi air panas..mengelegak & mendidih air tu.. baunya juga seperti belerang... kat Topu ni kalau time winter memang best gi Gunungnya blh main ais & ski..tapi kami gi time summer so x de la aisnye..




Waikato River.. Ape yg istimewa??? Subhanallah!!.. kalau kita tengok kat atas tu tenang je tapi tetiba deras kat tengah2 kuat bunyinya..ramai juga pengunjungnya..kat bawah tu pengunjung yg ingin melihat air yg deras dari dekat..kami lihat dari jauh je..Dari Rotorua ke Napier jalan naik gunung turun gunung..memang mencabar masa drive tu..mungkin sbb kami x biasa.. tapi alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat...so kami pun lunch & solat Zohor di Taupo..Solat & lunch di tepi waterfall .

Napier & Hasting





Centinneal Garden di Napier ni memang cantik..tenang dan damai..sesuai sgt utk pasangan2 yg nak Honeymoon tu.. yg x Honeymoon pun ok..x sangka lak bila ke blkg sket boleh ada Waterfall.. cantik sangat.. Sblh tu Floral clock..masa tu kul 10.36am kami duk jalan2 kat bandar Napier tu...puas gak cari bunga Tulip..tapi x ada plk..kami bermalam di Hasting..dan keesokan hari terus pulang ke Hawera..sebelum tu singgah di Palmeston North..untuk solat Maghrib..di sebabkan perjalanan kami jauh kebanyakan solat telah dijamakkan...



Friday, January 23, 2009

Wajik & Nasi Lemak utk tetamu datang mengejut...

Assalamualaikum w.b.k.
Bila dah dok kat perantauan ni, mcm2 teringin nak makan..Mr.Hby as tu la..suke betul ngan Wajik..lelebih lagi Wajik ibunya itew...emm.. nasib baik la dah sempat menuntut dan cuba beberapa kali buat.. tapi wajik as ni warnanya agak kurang gelap mungkin juga faktor2 gula yg as gunakan tu...tapi x ape kot..layannnn... resipi seperti dibawah dan as dah kongsikan di MyR cuma ni nak kongsi ngan kengkawan di blog lak...

Wajik

500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
*300gm gula melaka @ gula merah
*200gm gula pasir
bahan * dimasak dengan 1 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas talam/loyang

Cara-cara
*Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam

*Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
-Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
- Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam
- Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
- Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
- Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
Sejukan..dan sedia dipotong..

Ni plk Nasi Lemak Tumis..alhamdulillah hari ni ada tetamu datang..he..he..datang mengejut x bagitau..so..hidangan ringkas buat tamu yg singgah kejap pas tu tergesa2 nak balik.. x sempat nak defrost ayam @ daging..

Nasi Lemak Tumis

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa.. Resipi dari
junjs11@myresipi.com

Sotong Goreng Tepung

300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah


Cara-cara
- Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
- Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
- Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
- Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
- Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
Resipi
Che'iza@myresipi.com

Wednesday, January 21, 2009

Tortilla,Potato Puri & Chocolate Roll Cake

Assalamualaikum w.b.k

Menu bf & lunch yg simple..eiii..diet ke ape as??? emmm x ada istilah diet dalam kamus hidupku.. nak naikkan sikit berat badan ni ada la.. saje nak tukar selera ni..

So..nak kongsilah cara2 nak buat flour tortila ni..resipi yg as sendiri cuba di MyR..


Pizza Parlor

Flour Tortilla

Bahan-bahan ( 12 keping )
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)
1 1/4 cawan air suam

Cara-cara
- Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
- Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
- Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
- Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.
** Inti utk fajitas - grilled beef/chicken. lettuce, salsa (tomato), guacamole (avocado), shredded cheese. sour cream.



B'fast tadi, bangun agak terlewat..ni lah layan mata lepas solat subuh..ha..amik bagun lambat!!so layan puri kentang ni ngan Kari Sardin.. resipi dari kak fida MyR


Puri Kentang

Bahan-bahan ( 8 keping )
- 125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
- 120 g tepung gandum
- 1 sk garam
- 50 ml air hangat
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
- Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
- Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
- Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
- Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
- Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
- Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.

Kari Sardin (tak yah la kongsi resipi mudah ni ya..semua tau buat kan???)

So..bila dah semua menu dah simple2..lps2 lunch, Mr.Hubby pun dah gi keja..try2 la wat Chocolate Roll Cake ni pulak.. resipi dari Yani..1st time buat ni.. dah jatuh Cinta pulak ngan kek ni..


Chocolate Roll Cake

Bahan-bahan ( 30x30 cm )
4 biji telur
35g tepung gandum
15g serbuk koko
50g gula halus

>>krim
125g cream cheese
150g fresh cream/ whipping cream
30g gula halus
1 sudu besar lemon jus

Cara-cara
- Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
- Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
- Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
- Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
- Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.

Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Hrmm... cuti2 sekolah ni lapo je...
Hungryx abis2 pikir nak masak ape!!

Jemput makan semua!!

Pizza Parlor 2


Sunday, January 18, 2009

Sup Tulang Merah (Bone Steak)

Assalamualaikum w.b.k...
Harini layan Sup Tulang Merah (Bone Steak)...

::Bahan2 nye::

1kg tulang kambing @ tulang lembu
1 senduk cili kering/ cili boh
*5 Biji Bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
1/2 tin tomato pure (440gm)
1/2 botol sos tomato (435gm)
2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
2 sdb tepung gandum
2 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
Sedikit minyak untuk menumis
::Bahan2 utk hiasan::
- Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara2nye lak...

- Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
- Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
- Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
- Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
- Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
- Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, carrot dan bawang goreng..

Selamat Mencuba!!



Thursday, January 15, 2009

Cute's Blogger Award & Jawab Tag



Assalamualaikum w.b.k .. He..he.. Harini nak buat Tag yang pertama dalam tahun 2009 ni.. Tag award ni dtgnye dari Lin yg biasa gelarkan dirinya Sis Lin,dh lama as x buat,tapi baru ni nak buat nih..nak langsaikan utang tag ..sori ya Lin..Ok ni peraturan2 nye...

1.Copy badge 'Cute's 3blogger AWARD' di ats dn letakkan di blog anda.


2.Link/ceritakan kembali siapa yg memberikan award nih.


3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih peserta award seterusnye...


4.Anda harus memilih 10 blogger penerima award ini.


5.Jgn lupa melawat blog 10 blogger penerima award ini bg memberitahu 'anda di tag'.



Jawapan tag...

::10 Fakta tentang As & hobi..::

:: As anak bongsu perempuan dari 11 org adik beradik

Sister =4 org Brother= 7 org

:: Ada 37org anak sedara coming soon tambah lagi 2..jadilah 40 org.. wheee!! meriahnya Cik As..bila campur anak sendiri 4org total = 43org..

Nephew: 13org Niece: 27org

:: Seorang Isteri & Ibu kepada 4 orang puteri (bila nak dapat putera nihhh!!)

Family 4


:: Sangat sayangi kanak2..terutamanya baby..geramm!!! kalau dah beso sket layannn cakap je!!..

Mommy & Baby


:: Gelarkan diri "IBU" pada kanak2..
Teddy Bear For Mom


:: Suka memasak & mencuba resipi baru.. tapi x suka makan..tapi ...suka makan masakan orang (la.. camner tu!!)

Cooking Dinner


:: Susah nak tido malam ntah pikir ape x tau..nak kata telebih tido siang idak juga (saje cari penyakit..dah malam tido je la..)


Counting Sheep




:: Suka tenang,damai.. x tahan sejuk..!!

Freezing Cold

:: Mudah sayu hati.. tokleh tengok cite & dengo cite sedey2..mudah beno sayu hati (sensitip la konon)

Crying 2

:: Suka kenal2 ngan member blog tapi ada problem nak wat walking blog..hu..hu..(penyakit beratband dah datang nih..)


Surf The Web

5..Nak kena melawat 10 blogger ni.. mintak maaf bebanyak ya.. penyakit asthma dah menyerang beratband..so buat sesapa yg sudi nak jawab sila la..jangan malu2..
I'm Sorry