Monday, January 12, 2009

Zarul dalam kenangan..

Assalamualaikum w.b.k

Tidak disangka-sangka hanya kenal En.Abunyer sebagai teman siber di alam maya (teman blogger)...rupa2nya En.Abunyer adalah abang kepada orang yang As kenali (Zarul).. Ermm..itupun di sebabkan En.Abunyer compare gambar2 kepunyaan adiknya Zarul dengan gambar2 yg ada didalam blog As ni.. As editkan kembali foto2 yg En.Abunyer paparkan didalam blognya tu.. http://abunyer.blogspot.com

Kami sekeluarga memang tak boleh lupa.. 1 hari suami pulang dari masjid dan beritahu kami ada org dari Msia datang nak apply keja.. nanti boleh la kenal2.. satu hari selepas solat Maghrib suami As bawa Zarul datang kerumah bersama 1 lagi family dari Msia (Dr.Shakir, Fathean & anak2) Dr.Shakir bertugas di salah sebuah Hospital di Hawera dalam tempoh 3 bulan..kebetulan haritu As masak Nasi Ayam.. apalah salahnya kalau di undang tetamu2 Allah itu.. itulah titik mula perkenalan As dengan beliau..Bukan main berselera Zarul makan.. sampai Zarul teringatkan keluarganya di Malaysia.. As menahan sebak saja.. bukan apa.. beginilah keadaan kami diperantauan.. semua kami anggap sebagai family..

Yg ditengah2 (dlm gambar) adalah Pak Cik Azmi.. beliau adalah orang yg paling banyak membantu Zarul..

As tidak mendapat kabar berita tentang Zarul setelah beliau pulang ke Malaysia dan As beranggapan mungkin Zarul sibuk dengan restoran abangnya di Langkawi hingga pada suatu hari En.Abunyer menyapa As di blog.. he..he.. x sangka ya..

As & Family berharap Zarul berjaya dalam mengejar apa yg dicita-citakan dan suksess.. Terimakasih buat En.Abunyer kerana sudi menyapa As diblog..Semoga Ukhwah yg terbina berkekalan..

4 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

yani_worldpeace said...

jupe kawan lama yer...

~NurKasih~ said...

pakkaramu..terima kasih sudi ziarah..

~NurKasih~ said...

he..he.. ya lah yani..
yani ape kabar??