Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram..Hari Asyura

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

::Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
::Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
::Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
::Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun...
Wallahu A'lam..." Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan...
Dan... yg x boleh lupa.. tiap kali sambut hari asyura ..mesti ada ini!!..

7 comments:

Sifu Mirza said...

syukran atas ingatan...

moga As & famili terus dicucuri rahmat Allah, di mana juga awak semua berada...

:-)

AiE bAhRi said...

Alahai..bubur asyura tu menggugat la kak..simpankan utuk aie waktu berbuka hari ni ye kak.=)

~NurKasih~ said...

salam sifu..
Aminn!!..
terima kasih atas doa sifu..
rahmat & redha illahi yg amat kami harapkan..

~NurKasih~ said...

Alahai..Aie..ciannya..ya la.. akak simpankan utk berbuka ya..

::SRISUFI:: said...

salam kasih buat akak sekeluarga...

selamat berpuasa sunat akak...

sesaat pertemuan menitik perkenalan,seminit perkenalan menerbit kemesraan,sejam kemesraan mengukuhankan persahabatan,sehari persahabatan selama nya dalam ingatan........
ukhwah fillah

~NurKasih~ said...

salam sri..
sungguh bermakna kata2 mu iteww..
terima kasih sri..
semoga ukhwah yg terjalin bukan di alam maya saja..

Abu Amirul said...

salam dari jauh,
nice blog, tazkirah yang menarik. minta izin utk copy paste ke dlm blog saya, www.aljambuli.com dan sudi2lah ziarah blog saya yg satu lagi yag tak seberapa, www.askamakalikada.blogspot.com dan jgn lupa linkkan dlm blog puan.
semoga sekeluarga selamat diperantauan.