Tuesday, June 30, 2009

Lontong Simple

Assalamualaikum w.b.k,
Menu berbuka posa semalam, simple2 je.. nasi himpit, sayur lodeh, rendang ayam & serunding kelapa udang geragau.. kalau nak lagi sedap patutnya ada telur rebus ke, sambal tumis ikan bilis ke, kuah satay ke..ekekekekk brp bnyk ke...da...tapi ni kes maleh.. so..layan je la..yg simple2 nih..

Nasi Impit...

Bahan-bahan ( 5 orang )
3 cawan beras (as guna long grain)
8 cawan air
sehelas daun pandan - optional
sedikit garam
Cara-cara
basuh beras seperti biasa
Masak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Masak di rice cooker.Setelah masak lenyek2 guna hujung gelas.(as guna gelas plastic) kaup nasi kedalam loyang dan tekan2 dan ratakan.. sebelum tu as alas dulu ngan cling plastic..setelah sejuk boleh dipotong dan dihidang bersama rendang, serunding, lodeh dan yg sewaktu dgnnya lah..

Monday, June 29, 2009

Tag dari Sis Lin..Peti ais pun kena tag

Assalamualaikum w.b.k

Nak bayar utang tag dari Sis Lin, betul kata Lin.. macam2 Tag dh skrg ni,sampai peti ais pun kena tag, nnti le kita buat tag toilet,baru derang gelabah pi cuci,hahahahaha..mai le layan tag dr Sis Lin ni..dia pun dapat dari Retna buat Lin, Maaf la, as x dpt fokus betul2 rope peti as tu sebab ruang dapur yg agak sempit. Kalu dapur umah as kat JB tu siap boleh lari2 lagi.. nak main teng-teng pun boleh.. So agak nak tegeliat tengkok makcik nak ngambik foto si peti ais ni ha.. dah alang-alang amik foto peti ais tu, as amik sekali foto ruang dapur, as per your request ya lin.. umah kat NZ ni..dapo x ler beso2 sgt.. setakat 10 langkah kedepan kebelakang dan 10 langkah kekiri dan kekanan..a... amik ko ukuran dah x main meter atau kaki tau Lin, main langkah la pulak.. mihahahaha.. tapi langkah kecik tau bukan langkah beso2..terbongkar la rahsia dapur si as75 tu ya..




...1. Amik gambar peti ais anda...

- Peti ais ni hubby guna sejak dia duk NZ. Dia pun beli 2nd hand je.. Dulu duk ngan member2 bujang je..Maklum la kami merantau, x yah ler beli yg baru2 sgt.. bukan nak bawak balik pun smua brg2 kat sini. As pun jenis yg x kisah la..seadanya. Asalkan buleh guna..

2.Apa yg ada di depan peti ais anda?..
- Ape yg ada?? tu pun nak tau gak ya..he..he.. kesan kemik2 tu ha.. aritu pindah ke sini, ntah mcmana derang angkut ada lak kesan kemik sket tu...muhahaha..x leh cover line langsung ekk..

3. Brand peti ais?..
- Brand Fisher Paykel..

org yg nk menyambung tag ini adalah...

Meh kita tengok peti ais derang plk..

1. Kak Intan
2. Hana - Japan
3. Maz-Bahrain
4. HaSue
5. Ida (sunkist)

Psttt: Sila abaikan sekiranya dah kena tag ya.. dan yang lain2..sila buat kalau rajin ya.. mihahahah....

Sunday, June 28, 2009

Jawab Tag dari Kak Intan

Assalamualaikum w.b.k,
arini nak wat Jawab Tag dari Kak Intan
Hari2 minggu lalu, ingat nak jalan2 kat umah kak intan dan ngendeng lauk lunchnya..rope2nya as tersenarai dlm tagnya pulak.. ekekekk... x pe kak, as jawab ya..

1. NAMA TIMANGAN ANDA....
Nama timang timangan as..."as" la..Hubby panggil as pun "as", adik beradik pun panggil "as", kwn2 pun panggil "as".. Anak2 sedara panggil as, "Cik as"..sebab as ni anak ke 9, dah x ada gelaran lagi kot utk yg ke 9 ni.. Anak2 angkat & anak sedara sebelah Hubby panggil as "Ibu" tapi ada lagi 1 gelaran baru dtp last year... he..he.. "Nek as" sebab as baru dpt cucu..


2.ANDA SEORANG YANG..........
-Penyabar,tapi adakala kesabaran hilang bila tiba tempreture naik,bergantung pada ape kes la kan..

-Suka memendam -tapi x suka pendam lama2..suka terus terang.
-Ada kala sensitif tapi cepat sedar
-Penyedih pun ya juga.. kategori kememeh la ..


3. INSAN YANG TERISTIMEWA......
-Arwah kedua Ibu& Bapa,

-Ibu Mertua
-Suami
-Anak2

DESCRIBE MENGAPA MEREKA INI TERLALU ISTIMEWA......
:: Ibu bapa ::

kerana mereka as lahir ke dunia ini, mendidik dan mengasuh as.. A-Fatihah buat Mak & Abah..

:: Ibu Mertua ::
mama sangat istimewa kerana walau kami berlainan bangsa dan agama .. mama terima as seadanya, sayang as seperti anak sendiri.. Alhamdulillah syukur ya allah..
:: Suami ::
Penyanyang dan bertanggungjawab, moga jodoh kita berkekalan hingga keakhir hayat,
mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t..
:: Anak-anak ::
Permata yg x ternilai dan harta paling berharga, memberikan keceriaan dan kebahagiaan kami sekeluarga.

4. LAGU KESUKAAN ANDA.....
Suka lagu yang slow,sentimental, terutama Nasyid..


5. MAKANAN KESUKAAN ANDA.....
Suka makanan yg pedas, masam.. Segala Laksa, Tomyam, tapi x la memilih..ape yg dihidang makan je.. tapi makanan paling sedap tentulah masakn Ibu & mertua.. i like it...


6. WARNA KESUKAAN....
Suka warna2 yg lembut.. kdg2 kaler coklate & beigh keler


7. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS...
Sikap yang buat as stress, ehemmm..

-Org yg cakap x serupa bikin, cakap lebih buatnya tidak..
-Mengada2kan cerita, yg tak ada diada2kan.. ini macam pun ada ke??
-Org yg suka paksa2.. x faham situasi kita, tau nak cepat je..
-Stress ngan sikap sendiri bila kurang tegas dlm membuat keputusan..kira cepat menyesal la..


8. 3 BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG....
Dalam beg mesti ada, sedikit cash,(kat NZ ni bnyk guna kad je) kecuali kedai2 yg x guna kan EFT post sja guna cash.. bank card,Handphone, Tissue.


9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS......
Semalam, menangis gak sebab call anak yg jauh, dia happy dengan resul examnya.. as tunjuk rasa happy tapi sebenarnya kat sini as menangis..sedeyyy,sebak,terharuu...

10. TAG 6 rakan anda.. siapa ya..
1.Kak Mimi
2.Lin Md.Noor

3. Maria Zaina
4. Dir Fara
5. Tic

6. Te_Are

Pada nama nama yang tersebut diatas tag ni sekadar suka2.. kalau sudi jawab ya kalau x..x pe kot ya kak intan.. he..he.. dan sila abaikan sekiranya dah ditag..

Saturday, June 27, 2009

Award dari Sunkist (Ida)

Assalamualaikum w.b.k,

Award ni dtg nya dari adik yg soo sweet.. orgnya mmng suke tersenyum.. bila chat mesti ada symbol :) .. Ida @ Sunkist geng masak2 juga..as berkenalan dengan Ida bermula di MyR.. as suke mencuba rcpnya.. bermula gurau senda antara kami bertiga, kak fida,as & sunkist.. happy bila dpt tau Ida dah ada blog sendiri.. terima kasih buat Ida kerana sudi kongsikan award ini ngan kak as ya.. terharu la pulakkk.. Ingin juga as kongsikan dgn semua pengunjung blog.. Jngan malu jangan segan C&P saje ya...maaf x abis2 ngan alasan yg sama.. penyakit beratband dah melanda..



Kad Dari Suzi

Assalamualaikum w.b.k,
Kad ni datangnya dari Suzi, nun jauh dia Australia.. geng masak2 gak nih.. terima kasih buat Suzi, sudi beri Kad ni.. ingat juga pada as yg kat NZ ni.. lama x dapat kad dapat tag ada la..he..he.. Semoga Suzi,Abg Ben dan anak2 sentiasa ceria, sihat selalu dan sentiasa dilindungi.. terukan post rcp2 menarik di blog ya.. nanti boleh lah as C& P ..mihahahah... x malu betul la ekk... Semoga Ukuwah yg dibina berkekalan hingga ke alam nyata.. bukan di siber saja.. suke ngan kad ni.. anak2 as pun minat kucing.. sungguh akrab sekali.. Ingin juga as kongsikan kepada pengunjung yg lainnya jangan malu2 ya..C&P saja.. maklum lah as x boleh wat walking blog penyakit beratband dah melanda.. ekekekekekkkk...

Vadeey

Assalamualaikum w.b.k,
Lama x makan Kuih ni, last week di Majlis Akikah dirumah kawan ada family Fijian bawa, tapi x sempat nak sambar.. sibuk jd org dapur.. tetiba anak2 kata, dah teringin sgt nak makan kuih nenek.. he..he.. betuah anak2 as ni..dia panggilnya kuih nenek.. agaknya sebab dulu kami selalu makan Vadeey MIL. Dah duk jauh2 ni.. dah x gheti2 buat sendiri!!!


bahan2
1/2 kg kacang dhal- direndam (as guna yg pre-cook)
1 labu bawang besar dipotong dadu (kecil2)
2 tangkai cili kering -digunting halus (buang bijinya)
2 tangkai daun kari- digunting halus
1/2 cawan ikan bilis- dikisar
2 sdb tepung
1 sdk jintan halus
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1/2 sdk baking powder
cara2
-Kisar kacang yg direndam, x perlu letak air.. masukkan tepung dan baking powder. Gaul bersama bawang, ikan bilis,daun kari, cili kering,jintan halus.. perasakan dengan garam dan biarkan seketika.
-Panaskan minyak, bentukkan mengikut suke, jgn terlalu tebal nanti dalamnya tidak sekata masak. Setelah garing dan keperangan boleh la diangkat.

Thursday, June 25, 2009

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum,

Desert berbuka posa smlm, memula terliur gak bila hana kata nak wat bubur pisang + jagung + sagu .. tapi round2 pekan x de lak pisang yg as nak tu.. Tukar la plk pada bubur pulut hitam ni.. last week baru je buat. X pe la..anak2 pun suke. Bukan susah sgt pun nak buatnya..


Bahan2,
2 cawan beras pulut hitam
1 litter air
2 cawan gula- manis ikut suke
1 helai daun pandan
santan
sedikit garam (hujung sudu)
Cara2
Rebus beras pulut hitam buang airnya (sesetengah pulut hitam ada pewarna) tambah lagi air, rebus bersama gula pasir dan daun pandan..letak sedikit shj garam..biar lemak2.. Masukkan santan, didihkan lagi. Setelah cukup masak, sedia dihidang.

Wednesday, June 24, 2009

Kepak Ayam Madu Pedas

Assalamualaikum w.b.k,

Ni juga pebret anak2.. Kepak ayam madu pedas ni, rcp asal dari fieza, as ada adjust2 sket ikut suke.. Suke2 aje ekkk.. umah ni kalau x pedas2 x sah.. anak2 request letak black paper lagi tuh.. memang best tapi x la pedas sgt sampai kena keruk lidah..atau ulam air, pedas yg sedang2 la.. makan ngan nasi goreng mentega dayang..




1kg kepak ayam - digoreng
Bawang besar - di kisar

2 ulas bawang putih- dikisar
Cili kering dihiris kasar

1sdb cili kering
3 s/b sos tiram
1 1/2 s/b madu
3 s/b minyak

1 sdb lada hitam yg dikisar
3 sdb kicap manis
Cara-cara
-Tumis bawang yg dikisar, dan cili kisar, asukkan sos tiram dan madu.Letak sedikit air jika terlalu kering,masukkan lada hitam dan cili kering yg dipotong kasar.Padamkan api dan sebatikan ayam dengan bahan sos tadi.

Daging goreng garam kunyit

Assalamualaikum w.b.k,

Ni pebret kami sekeluarga, mmng simple tapi sedap. Kalau masak ni kena lebih sket, sebab derang suka makan giteww je.. rcp ni as C&P dari sini ....


Bahan-bahan ( 2-3 org )
200-300gm daging mentah - as guna 500gm
serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
minyak masak
bawang merah 2-3 biji dimayam
bawang putih 1 biji dimayam
bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
Cara-cara
-hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
-perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
-panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
-apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
-apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis
variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap

Nasi Goreng Mentega

Assalamualaikum w.b.k,

Semudah ABC, senang je nak wat nasi ni. Anak2 suke,mak bapak pun joint sama. Makan ngan ape2 pun sodap! Terima kasih buat Dayang Jack, sudi kongsikan rcp.. as C&P dari sini sedap sgt2..dah selalu buat baru sempat diposing2kan.. menu last week ni..ekekekekekkk... layan ngan ayam kepak madu pedas & daging goreng..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.

Tuesday, June 23, 2009

My Chicken Roasted

Assalamualaikum w.b.k,

Kebizian weekend aritu, .. sampai laa ni baru sempat update entri.. smlm wat chicken roasted je..sebab kain baju menambun, malas sgt nak potong dan goreng2..main lebur je dlm oven.. so layan la ekk ayam ni sebelum dan selepas kejadian, makan ngan nasi pattaya pebret hby & anak2 tu...





Bahan2,
Seekor ayam
1 labu bawang besar- potong 4 tapi x potong abis
*1 sdt crushed garlic
*1 biji lemon - diperah
*1 sdb oregano
*1 sdb minyak zaitun
*1 sdb kicap manis
*1 sdb sos tiram
*sedikit garam
2-3 biji tomato
Cara2,
Bersihkan ayam, lumurkan semua bahan2.. perapkan lbh kurang 1 jam, masukkan 1 labu bawang besar kedalam ayam.. sumbat je kat bwh tu..
Bakar selama 40minit-1 jam 15 minit.. atas sehingga air jernih keluar dari ayam..terbalikkan ayam jika suka garing2.. keluarkan air ayam utk dibuat sos lada hitam..
Sos lada hitam
bawang putih dikisar
1 sdb lada hitam
1 sdb kicap
1 sdb sos tiram
sedikit garam
1cawan air dari ayam yg dipanggang tadi..
2 sdb tepung jagung utk pekatkan kuah
Didihkan semua bahan, setelah mendidih masukkan tepung jagung yg dicampur air..
Kepekatan ikut suka..

Friday, June 19, 2009

Jalan-jalan pagi-pagi

Assalamualaikum w.b.k,

Hrmm.. pepagi Jumaat ni, nak merapu la sket.. Alhamdulillah anak-anak dah sihat, walau masih ada yg selsema dan batuk sket2..memasing semangat nak ke sekolah.. Sekarang musim winter, kalau dah winter tu memang le sejuk kan?? Suhu pagi ni -2'c, lps subuh tadi sambung tido balik..rasa mcm malas nak kluar dari selimut.. ibu kejut nurin,nurin kejut ibu.. ekekekekkk... on the way ke sekolah..anak2 mintak turun keta nak main ais adeh.. bukan bnyk sgt ice tu pun..sket2 je.. layan la kojap.. jgn meluat la ya tengok gambo makcik & anak2 ni..

As x tau la nape suke sgt ngan pemandangan kat sini..tenang je.. pokok2 pun dan togel2 maklum lah sejuk kan..daun-daun semua dah gugur..


Makcik kudut yg x tahan sejukkkk..




Cameragirl..Nurin..x tahan kesejukkan...

Ape la yg lucu sgt tu Nurul.. sampai nampak gigi ghongak mu iteww nak oiii... kan dah pecah rahsia...ekekekekekkk..

Budak kecik ni..paling suke kutip autumn leave...

View dari hadapan rumah kami.. berhadapan ngan gunung..tu yg bertambah2 sejukkk tu... makcik ni dah le kudut..mmng x tahan sojuk...

Thursday, June 18, 2009

Daging Kerutuk dan Nasi Kuning

Assalamualaikum w.b.k,

Lama dah dengar menu daging kerutuk ni..tapi tak pernah lak masak..semalam gatei2 lak nak masak..try je la, walaupun kat sini x ada rempah kerutuk tu. As cuba2 adjust ngan rempah sendiri. Rcp asal daging kerutuk ni dari Mak Yong dari Myfavorite website, MyR ler.. makan ngan Nasi Kuning nih.. Nasi kuning ni as belajar dari seorang makcik dari Sabah..
sampai ati Cik Abg Makan x noleh2 Cik Adik.. dah abis makan baru tanya, rcp baru ke ni?? x penah makan la..tapi ada rasa cam rendang sket.. miahahaha..dah kenyang baru nak tanya..adeiii...

bahan-bahan:
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
(as guna 1sdb serbuk jintan manis & 2 sdb serbuk rempah kari fiji)
2 sudu cili kering (dikisar)
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.
Nasi Kuning ni ringkas je..macam masak nasi lemak tapi buh sket serbuk kunyit.

3 cawan beras
1 cawan santan+2 cawan air
setangah biji bawang besar
1 inci halia
garam secukup rasa
2 helai daun pandan ,1 btg halia-diketuk
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
Cuci beras hingga bersih dan toskan.
Kisar bawang besar bersama halia
Masukkan beras,bahan kisar bersama daun pandan,serai, serbuk kunyit , garam kedalam rice cooker
Masak seperti biasa, ketika mendidih masukkan 1 sdb minyak masak, supaya nasi gebu..
Setelah masak,Siap untuk di hidang.
** Boleh dihidang bersama sambal ikan,sambal tumis, rendang, ikan bilis, telur, timun, tomato dan mcm2 lagi....Ikut selera masing-masing..

Wednesday, June 17, 2009

Kuih Abuk-abuk tepung pulut

Assalamualaikum w.b.k,

Kuih ni utk minum petang minggu lps, baru sempat nak post kat sini. Kuih nostalgia ni, dulu2 arwah mak selalu buat kuih ni..Nak2 time "yaseenan" Tapi as mmng x sempat nak belajar.., memang time tu as tekinja2 lagi..tau makan je la..Masa tu mak sihat lagi.. Sebelum kena barah payu dara tu memang rajin mak masak macam2...teringat lagi time mak nak buat kuih2 yg ada guna daun pisang, as le yg tukang tutuh dan salai daun tu. Boleh la pulak time as nak buat utk somi & anak2 ni, kena beli yg frozen..hu..hu.. aduh..melalut la plk..
Mekasih wat kekandaku Kak Fida, share rcp ni..lama dah nak makan tapi x tau nak watnya camner..ropenya cam wat kuih dangai jugak..bezanya yg ni kena kukus..alahaiii.. cume as adjust2 sket ya Kak Fida ku cayang!! rcp cam biasa amik kat sini


300 g tepung pulut ( 3 cawan )
300 g kelapa parut putih ( 3 1/2 cawan ) as guna kelapa kering +air sket dan kukus dulu

4 sb air
1 sk garam
secukup gula melaka - dihiris atau gula merah
secukup daun pisang utk membungkus kuih - dilayukan
secukup lidi pencungkil gigi- untuk menyemat
Cara-cara
Satukan 4 bahan pertama didalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Daun pisang dijadikan kelongsong seperti aiskrim kon,isikan dengan 2 sb adunan tepung dan isikan 1 sb gula melaka/merah dan tutup pula dengan 1 sb adunan tepung lagi.Bungkus kemas2 dan sematkan dengan lidi.
Buat hingga semua campuran tepung habis dan kukus kuih di dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu selama 25 min.
Sejukkan kuih dan bolehlah dihidangkan.

Burger Malaysia aka Pau Sambal

Assalamualaikum w.b.k,
Sebenarnya, ni menu minum2 petang weekend yg lalu. Ada lak lebih sambal tumis ikan bilis lebih pekena ngan Nasi lemak. Dalam pikir punya pikir ketandusan idea lak nak wat apa utk minum petang, so terlintas lak nak wat Pau sambal atau jaman2 sekolah dulu panggil Burger msia.. he..he, main sumbat je itu sambal, patutnya kalau nak lagi kick letak le timun ekk..tapi x pe la.. layan gak nampaknya tu..licin di kerjakan rakyat jelata..kat umah ni, alhamdulillah..anak2 dah dididik jgn terlalu memilih makanan. X nak makan tu, x nak makan ni.. cuma kena la pilih makanan tu halal ke x..part tu kena lah pilih.. Rcp ni as cilok kat sini..Rcp dari Cik Puan Yani..tuan tanah MyR..Minta halal ya Puan Yani. Kak as C&P kat sini...terima kasih kerana kongsikan rcp ni..

Sebelum2 ni mmng selalu buat, alhamdulillah memang sedap..


Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air (as guna susu(fresh milk)
*2 sudu besar butter/margerin (as guna magerin je)
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Tuesday, June 16, 2009

Kari Ayam rcp Ibu Mertuaku

Assalamualaikum w.b.k,
Maaf la..lama x update entri diblog..bukan ape..busy sesangat..baru laaa ni, dpt mengupdate..bukan ketandusan idea..tapi masa amat cemburu kat as ni.. cepat sungguh masa berlalu..pejam celik,pejam celik dah pertengahan June.. ok lah.. arini as nak share rcp Kari as..ramai sgt yg kirimkan email nak rcp ni..he..he..ada gak yg teringat2 kat kari as.. InsyaAllah as kongsikan, dun worri, jgn malu jgn segan, lps copy @ print jgn lupa cuba..jgn diperap je ya.. Sebonarnyo x le special sgt Kari ni, as belajar dari ibu mertua as la kan.. maklum lah my MIL tu kalau masak Kari.. memang anak cucu teringat2.. so,as pun dengan muka x malu..menuntut la.. kena lah belajar..sekurang2nya, bila dah berjauhan cenggini, dpt gak anak cucu nya merasa karinya ni.. he..he..sesapa kari punya line..meh layan ya.. Kari ni,sedap makan ngan nasi,roti,roti jala dan yg sewaktu dengannya....cuma sampai skrg ni..x pas nak wat tosai mama tu..adeh!! teringat kat Ju & Dania..kalau makan kari as suke yg ceker2..korang tau ke ceker tu ape!! ceker tu org jawa ckp kaki ayam.. he..he.. Buat Ju..jgn lupe masak utk anak2 kite yg kiut2 tu ya.. makan ingat2 Ibu kat sini! ;)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam- dipotong dan dibersihkan
*1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
-kisar bahan *
1sdb cili kering-yg dikisar (cili boh pun ok)
1 senduk kari babas
1 biji tomato yg besar diptg 4
1 kiub pati ayam
1 btg serai -diketuk
sedikit santan
1 tangkai daun kari (kalau ada..x de pun x pe)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Santan secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji kentang dibelah 4(ikut suke)

Cara2nya,
-Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang,cili kering..gaul rata, masukkan bahan2 yg dikisar(bawang2 dan halia),serai, daun kari,ayam, dan tomato,gaul dan biarkan seketika.
-Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Tambahkan sedikit air, masukkan garam dan kiub pati ayam. Masukkan kentang dan didihkan seketika..Biar minyak naik cantik. Ketika betul2 mendidih masukkan santan. InsyaAllah x pecah santan.Gaul rata dan biarkan mendidih dan pastikan ayam dan kentang betul2 masak.

Boleh juga guna rcp yg sama utk masak ape2 daging (lembu @ kambing)

Selamat mencuba ya...

Tuesday, June 9, 2009

Mee Rebus Tulang dan Keledek Goreng Rangup

Assalamualaikum w.b.k,

Selamat Pagi Selasa.Cuaca hari ni sejuk dan berangin dan kdg2 gerimis.suhu awal pagi ni -4'c .. sejuk banget.. Hrmm... last week Hby beli tulang 1 kotak, masih bnyk lagi.. so..kalini masak menu tulang lagikk... Layan Mee Rebus Tulang pulak lah ya..

Bahan-bahan
500gm mee kuning (as guna spaghetti)
taugeh
5 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah & lada hijau
limau kasturi - as guna lemon
*UTK KUAH*
*5 sb cili kering
*1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 mangkuk udang geragau- dikisar (boleh guna udang kering)
Kisar bahan *
2 btg serai - diketuk
2 sb campuran ketumbar jintan disangai dan dikisar
1kg tulang ( takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cwn santan pekat
1 1/2 sb gula merah
garam secukup rasa
2 asam keping
2 biji keledek sederhana besar direbus dan dikisar halus

Cara-cara
Rebus tulang hingga empuk.Setelah daging empuk ketepikan.
Dikuali lain, tumis lada yg dikisar hingga garing dan masukkan bahan2 yg ditumis hingga naik bau dan terbit minyak.
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi..
Masukkan gula merah, asam keping,garam dan perasa jika suka.Biar hingga kuah pekat dan masukkan santan, dan keledek rebus yg dikisar tadi.Renehkan kuah.
Hidangkan bersama telur rebus,taugeh yg dicelur,hirisan lada @ cili jeruk, dan tauhu.

Bahan-bahan
1 biji keledek sederhana besar
*1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan tepung beras
*sedikit air sejuk
*sedikit garam
*sedikit pewarna kuning
Minyak utk menggoreng
Campur semua bahan* celup keledek kedalam tepung yg dibancuh tadi dan goreng hingga kekuningan.. Siap..sedap di makan panas2..dan dicicah dengan sambal kicap..

Thursday, June 4, 2009

Chicken Chop la pulak...

Assalamualaikum w.b.k,
Salam malam Khamis, sementara tunggu mesin basuh abis wat koje..wat en3 la pulak.. 2,3 ari selepas ni dilanda kebizian lagikkk.. ni menu ari ni..tekak Jawa ni nak makan plk ala2 western.. bkn tekak as je sebenonya..yg lain2 pun sama..dah rindu bebenor nak makan Chicken Chop nih..dulu selalu makan kat luar so..sekarang kat luar pun x berani nak makan..al-maklum lah..susah nak dpt yg Halal.. so meh layan menu nih.. rcp akan dipost kendian ya.. bahan2 pun ape yg ada kat dlm esbok tu je.. kejap je masaknya..x sampai 1 jam dah siap..
Yg ni ada bread crumb


3 hari yang sibukkk!!!

Assalamualaikum w.b.k,

Syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya... kami sekeluarga menjemput kawan-kawan terdekat dtg kerumah weekend yg lalu, kebetulan 1 June adalah cuti Queen Birthday.. selain mengadakan doa selamat buat anak kami yg sulung Nur Ainaa Nabihah, juga tanda syukur sempena Ulang Tahun Perkahwinan kami.. , terima kasih buat yang hadir, Abg Nakir, Kak Hanim & anak2, Norazman,Basri serta Isterinya Zah, Moshim, Hanani serta suami & anak2.. ada juga beberapa keluarga yg As belum sempat beramah mesra.. menu utk jamuan seperti di bawah..maaf tidak dapat kongsikan wajah2 tetamu, kerana As sibuk sesgt waktu tu.. seronok sungguh dpt berkumpul reramai..dah mcm Fmly..
Nasi Minyak, Paceri Nenas, Ayam Masak Merah & Lamb Kurma (x sempat posing sama..dah licin...)

Sup Tulang Merah (Bone Steak)




Puding Buah2an

Kuih Lapis Nonya..

Kuih Dangai Gula Melaka


Kiwi..

Kuih Seri Muka

Ni le kengkonon kek anniversary..tapi x pandai main ngan BC tu.. :P lean kali cuba lagikkk!!.. :( sib baik licin.. ekekekekkk.. ha..jgn gelak2 lelebey as mmng out btl bab main BC ni!!



Soto Tulang