Thursday, June 18, 2009

Daging Kerutuk dan Nasi Kuning

Assalamualaikum w.b.k,

Lama dah dengar menu daging kerutuk ni..tapi tak pernah lak masak..semalam gatei2 lak nak masak..try je la, walaupun kat sini x ada rempah kerutuk tu. As cuba2 adjust ngan rempah sendiri. Rcp asal daging kerutuk ni dari Mak Yong dari Myfavorite website, MyR ler.. makan ngan Nasi Kuning nih.. Nasi kuning ni as belajar dari seorang makcik dari Sabah..
sampai ati Cik Abg Makan x noleh2 Cik Adik.. dah abis makan baru tanya, rcp baru ke ni?? x penah makan la..tapi ada rasa cam rendang sket.. miahahaha..dah kenyang baru nak tanya..adeiii...

bahan-bahan:
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
(as guna 1sdb serbuk jintan manis & 2 sdb serbuk rempah kari fiji)
2 sudu cili kering (dikisar)
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.
Nasi Kuning ni ringkas je..macam masak nasi lemak tapi buh sket serbuk kunyit.

3 cawan beras
1 cawan santan+2 cawan air
setangah biji bawang besar
1 inci halia
garam secukup rasa
2 helai daun pandan ,1 btg halia-diketuk
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
Cuci beras hingga bersih dan toskan.
Kisar bawang besar bersama halia
Masukkan beras,bahan kisar bersama daun pandan,serai, serbuk kunyit , garam kedalam rice cooker
Masak seperti biasa, ketika mendidih masukkan 1 sdb minyak masak, supaya nasi gebu..
Setelah masak,Siap untuk di hidang.
** Boleh dihidang bersama sambal ikan,sambal tumis, rendang, ikan bilis, telur, timun, tomato dan mcm2 lagi....Ikut selera masing-masing..

2 comments:

ticnube said...

daging kerutuk...kalumanis sedapp le..heheh..org kelantan ske manis...:)

Za said...

Salam,

Tadi petang dah masak ni...ikut resipi sis. Sedap . Alhamdulillah. Kita ubah sikit, anak2 tak tahan pedas. Terima kasih. Seronok baca ur blog.