Wednesday, June 24, 2009

Daging goreng garam kunyit

Assalamualaikum w.b.k,

Ni pebret kami sekeluarga, mmng simple tapi sedap. Kalau masak ni kena lebih sket, sebab derang suka makan giteww je.. rcp ni as C&P dari sini ....


Bahan-bahan ( 2-3 org )
200-300gm daging mentah - as guna 500gm
serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
minyak masak
bawang merah 2-3 biji dimayam
bawang putih 1 biji dimayam
bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
Cara-cara
-hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
-perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
-panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
-apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
-apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis
variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap

1 comment:

blogresipi said...

Sukeeee sangat daging goreng mcm nie!