Wednesday, June 17, 2009

Kuih Abuk-abuk tepung pulut

Assalamualaikum w.b.k,

Kuih ni utk minum petang minggu lps, baru sempat nak post kat sini. Kuih nostalgia ni, dulu2 arwah mak selalu buat kuih ni..Nak2 time "yaseenan" Tapi as mmng x sempat nak belajar.., memang time tu as tekinja2 lagi..tau makan je la..Masa tu mak sihat lagi.. Sebelum kena barah payu dara tu memang rajin mak masak macam2...teringat lagi time mak nak buat kuih2 yg ada guna daun pisang, as le yg tukang tutuh dan salai daun tu. Boleh la pulak time as nak buat utk somi & anak2 ni, kena beli yg frozen..hu..hu.. aduh..melalut la plk..
Mekasih wat kekandaku Kak Fida, share rcp ni..lama dah nak makan tapi x tau nak watnya camner..ropenya cam wat kuih dangai jugak..bezanya yg ni kena kukus..alahaiii.. cume as adjust2 sket ya Kak Fida ku cayang!! rcp cam biasa amik kat sini


300 g tepung pulut ( 3 cawan )
300 g kelapa parut putih ( 3 1/2 cawan ) as guna kelapa kering +air sket dan kukus dulu

4 sb air
1 sk garam
secukup gula melaka - dihiris atau gula merah
secukup daun pisang utk membungkus kuih - dilayukan
secukup lidi pencungkil gigi- untuk menyemat
Cara-cara
Satukan 4 bahan pertama didalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Daun pisang dijadikan kelongsong seperti aiskrim kon,isikan dengan 2 sb adunan tepung dan isikan 1 sb gula melaka/merah dan tutup pula dengan 1 sb adunan tepung lagi.Bungkus kemas2 dan sematkan dengan lidi.
Buat hingga semua campuran tepung habis dan kukus kuih di dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu selama 25 min.
Sejukkan kuih dan bolehlah dihidangkan.

9 comments:

Leenoh said...

Salam.
Nampak sedap, ilmu bersama kemahiran adalah ilmu yang hidup.

...Te-are... said...

lamanya x mkn kuih nie... sgtla sedap, lagi2 kalau gula merah nya banyak... hehehe

DrSam said...

kuih-muih tradisional memang kalau dihidangkan diwaktu petang dengan teh O, memang nikmat.

ilhamusafir said...

bestnyerrr!! ingatkan kuih koci tadi... kat mana akak beli daun pisang tu ek?

~NurKasih~ said...

Salam Leenoh,
Salam kenal, ilmu ni kalau dapat dikongsi2kan lagi lah elok ya tak?? fmly saya mmng suka kuih2 tradisi ni..

~NurKasih~ said...

Salam Te-are, sihat ke dik??
A'ah kuih abok2 sagu dan tepung pulut ni mmng pebret kami.. kat sini gula merahnya manis sgt la Te-are..ltk sket dah cukup..kalau kat msia tu manisnya sedang2 aje..

~NurKasih~ said...

Salam Dr.Sam,
memang sungguh nikmat.. syukur dgn segala nikmat allah s.w.t, walau duk NZ dapat juga kami nikmati kuih2 tradisi ni..

~NurKasih~ said...

salam nani(ilhamusafir),
kalau nani nak dptkan daun pisang ni gi kat kedai asia (thai) tu..InsyaAllah ada ya..selamat mencuba ..try la..mesti ustaz faiz suke..

Gadis Misteri said...

Tumpang tanya.. kuih ni berasal dr negeri mana?