Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum dan salam pagi selasa, lamanya x makan Kepciii... huhu..geram!!! Disebabkan diNZ ni tiada KFC yg halal.. dapat yg ala2 pun jd la kan..Bnyk sudah as mencuba rcp2..tetap yg ini mmng menyerupai KFC dari segi rasanya (komen dari En.Suami) dari segi rupa out sket kot.. (komen dari diri sendiri) ahhhhh!! ade ke sesapa nak kisah! lama beb x makan KFC.Buat ni utk berbuka smlm, anak2 pun kata soo crispy & yummy..yg kesiannya Aisyah kata apa tu KFC..akekekk.. tu la kecik2 ajak makan KFC pun dia dah x hingat..Rcp dari Adik Ijan yg rajin masak dari Finland yg ada bby cumel bernama Mikael..Ijan minta izin ya akak kongsikan disini dan ya ampunnn ada adjust2 sket pd bahan2nya.. as x sempat nak buat kentang putar dan bun segala sebab bnyk perkara yg perlu diselesaikan sejak kebelakangan ini.. ok..kalau berminat boleh lah cuba ya.. kalau x minat pi direct je makan diRestorant KFC..

Tepung yg rangup menjadi rebutan..


Resipi Ayam Goreng Tepung
Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
  • 1 cawan tepung jagung (as guna 1/2 cawan tpg jagung)
  • 1 cawan tepung beras pulut (as guna 1/2 cawan tpg beras)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(as goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Biar x de rupa asalkan ada rasa.. ensem x?? :P

Thursday, June 24, 2010

Rendang Pindang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, menu lunch utk arini, Rendang Pindang ini sgt simple dah mudah menyediakannya, x letak kerisik, ketumbar segala.. ngam dimakan dgn Pulut Kuning, Nasi Impit dan Nasi putih pun sodap.. suka Rendang yg basah2 lembab2 dan barkuah mcm ni..jln2 cari makan td..terasa teringin pulak nak mencuba Resipi Rendang Pindang dari Kak Sheila
Minta ijin ya Kak Sheila, C&P rcp disini..
 
Rendang Pindang

Bahannya

* Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 5 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci lengkuas*
* 1/2 inci kunyit hidup*- as guna serbuk kunyit shj
* 4 biji cili api* as tambah 1sdk serbuk cili utk mencantikan warna
* 1 cawan santan
* 2 keping asam keping
* Beberapa helai daun limau dihiris nipis
* Garam, gula, perasa
* 5 sdb minyak

* Kisar semua bhn yg betanda *
* Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
* Masukan santan dan kacau
* Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
* Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau
* Masak hingga kuah pekat

Thursday, June 10, 2010

Black Pepper Chicken Wif Broccoli

Assalamualaikum dan salam sejahtera, skrg ni Brokoli tgh murah kat NZ ni, sampai x abes makan.. Anak2 memang suke je..siap request srh rebus je..sedap manis jer rasanya.. Tapi ekceli bukan nak cite Brokoli ni, tapi pasal Cikennyer tu..hehe..menu simple mimple.. Ciken Wings ada belen sket kat esbok tu kalau nak goreng jd rebutan jer, kalau dijadikan lauk smua dpt..sbb dikerat 2, jd la ciken nibble.. campur2 sayur jd la bnyk..rcp spt dibawah jika berminat nak mencuba..:)


Bahan-bahan
  • 1/2 kg ayam (as guna chicken nibbles)
  • 300 gm brokoli (di potong kecil)
  • 1 batang carrot
  • 2 sdb kicap pekat, kicap manis pun ok je
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  •  minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air jika suka berkuah.. jika nak pekat tambah 1sdb tpg jagung + sedikit air) 
( Bahan2 utk dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-Cara
  1. Ayam di potong kecil, bersihkan dan goreng 1/2 masak, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar sehingga wangi.masukan sos tiram, kicap,sos tomato dan gaul sebati..
  3. Masukkan ayam yg digoreng td kacau rata. Masukkan carrot...biarkan sebentar.  Jika suka masukkan brokoli dan tumis sehingga agak lembut. (as rebus brokoli atas permintaan anak2)
  4. Setelah masak, bolehlah di angkat dan hidangkan.

Ayam Goreng Madras

Ayam Goreng Madras, ala2 Ayam Goreng berempah, sedap dan rangup dan enaknya dimakan begitu saja..(mcm iklan roti gardenia) mueheeheeh.. Ini kes weekend2 malas nak masak la.. Makan ngan Mee Hoon Goreng, Nasi Goreng pun sodap..Jln2 cari makanan kat rmh Yatie aritu terliur lak kat ayam Yati nak mintak mesti dah pinish.. bawak balik rcp dan C&P kat sini yer yati.. macih..leb2 u..


 Ayam Goreng Madras
  • 500gm ayam (saya guna 1 ekor di potong 12 ketul) as guna kepak ayam jer
  • 60gm Bawang Merah (saya guna 3 ulas)*
  • 60gm Bawang Putih (saya guna 4 ulas)*
  • 60gm Halia ( saya guna 1 inci)* bhn di tumbuk 
           As kisar smua bahan diatas
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili (saya tambah)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (saya tambah)
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-Cara:-
  1. Ayam di potong, bersihkan dan di toskan.
  2. Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama ayam.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak.
  4. Gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih.(saya perap 2 jam)
  5. Panaskan minyak, goreng ayam-ayam tadi. Setelah garing, angkat dan boleh di hidang.
  6. Hidangkan bersama sos atau pun dadih.

Friday, January 15, 2010

Ayam ala2 BbQ

Salam di pagi jumaat, update menu lunch smlm..hehe dah kena mamam baru nak update maklum lah, broadband dah jadi beratband akekekek... berukband tul..slow giler dari smlm susah tul nak berpoya2. Sekali sebut menu ni bunyinya mcm yo..yo oooo je ekk.. sebenornya anak2 yg pepandai kata ala2 bbq nih.. kata derang "mcm makan bbq chicken la ibu "simple jer sebenornya.. Goreng ayam dan sirakan ajer .. amat digemari oleh budak2 dan mak & bapak budak.. sebab kami ni tekak jawa kami suke yg pedes2..kalau x suka adjust la ikut cita rasa memasing, makcik x kisah pong!



1kg Chicken Wings (nak potong 2 atau tidak ikut suke)
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inch halia
kisar bahan *
1 sdb cili kering @ cili powder (kalau x suke pedas blh skip)
4 sdb sos bbq (kalau x de, guna kicap + sos tomato)
1 sdb lada hitam
2 sdb sos tiram
2sdb sos cili
2 sdb madu (x de madu nak letak gula pun ok)
garam secukup rasa

Cara2
Ayam digoreng dan ketepikan
Panaskan kuali,tumis hingga garing bahan2 yg dikisar, masukkan cili kering..gaul rata, masukkan sos2, madu, serbuk lada hitam..letak sedikit air jika suka berkuah..gaul rata. Perasakan dgn garam. Setelah agak garing, masukkan ayam dan gaul rata.. Selamat Mencuba..


Tuesday, January 12, 2010

Sup Ayam dgn Lengkuas & Ikan 3 rasa


Assalamualaikum w.b.k,

Tertunailah hasrat dihati.. mcm pernah dengar tapi dimana ya?? kwang2 jgn marah ya Kak Ina KL, saje2 amik ayat power akak tuh..bukan ape saje amik mood, lama x mengupdate blog ..ish..manyaknya sawang.. terima kasih kpd yg sudi jengah2 dan meninggalkan pesan.. Ni menu lunch smlm, Sup Ayam dgn Lengkuas ni, ruginyer sape x cube.. rasa kelainan dlm masakan sup, kalau letak daun limau dan serai blh jadi rasa mcm Tom Yam pun ader.. sedap dihirup2..sebab nampak anak2 kemain lahu hirup2..hehe rcp best ni idea dari Cik Puan Yani, Tuan Tanah MyResipi..tq ya Yani..mmg sedap ler..



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.(as guna chicken nibbles)
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sup Ayam diatas gu plk ngan Ikan 3 rasa dibawah ni..





Ikan 3 rasa
Bahan2
1 ekor ikan siakap atau apa2 (as guna Snapper)
1 labuu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di kisar
2 btg serai diracik halus
10 biji cili -dipotong bulat2(kepedasan ikut suka)
2sdb cili kering (kepedasan ikut suka)
2 sdb sos tomato (nak letak sos cili pun ok)
2 sdb sos tiram
garam secukup rasa
Lemon - perah dan ambil airnya
Daun ketumbar untuk lebih aroma
Cara2
-ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
-Tumis bawang2,cili kering..setelah naik minyak masukkan serai,cili padi,sos2, perasakan dengan garam, jika terlalu garing tambahkan sedikit air jika suka berkuah..
-Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.. taburkan daun ketumbar.




Tuesday, November 17, 2009

Nasi Jagung

Assalamualaikum w.b.k,
 

Menu lunch smlm, sajer nak ngetes2 beras basmathi yg beli di Auckland aritu. Memula nak masak nasi minyak je, bila nasi tgh mendidih, buka freezer terpandang plk jagung yg selalu buat Jagung rebus tuh.. ermm..apa lagi..kebetulan lama x buat nasi jagung..masuk je la..kira ni menu spontan la.. layan ngan ayam masak merah.. alhamdulillah.. anak2 suka sgt,walaupun sgt simple..


Nasi Jagung

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia* 
kisar bahan yg bertanda * 
Sukatan air bergantung pd jenis beras

  • 4 sudu besar minyak(boleh juga kalau nak guna 2 sdb mentega + 2 sdb minyak)ikut suka as guna minyak shj
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam 
  • secawan jagung whole kernal

Cara-cara

  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam sebentar kemudian toskan
  2. panaskan minyak dlm rice cooker, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. stelah mendidih, masukkan susu,  dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan biarkan masak . Jgn selalu kacau nasi nanti x cantik, biar masak sendiri dgn gebu.
  6.   Nasi jagung tu gu ngan Ayam Masak Merah Berempah ni..


Friday, October 30, 2009

Chinese Style Lemon Chicken & Fish Fillet Lemon Chinese Style

Assalamualaikum w.b.k,
Salam jumaat buat semua. Hrrr apasai la tajuk tu bkn main berjela lagikk?? terbalik2..terlabik2, sajer jeww tu.. padahal bahan sama cuma curah kat lain2 badan.. 1 curah kat ayam, 1 lagi kat ikan.. Anak tekak ni kdg2 mengada2 jugak nak makan mcm2.. thanks buat mimisienas 4 the great recipies.. ceduk dari MYR..tapi as ada tambah sket ikut cita rasa.. 2 thumbs up..up..up..up la kat rcp ni.. sehingga menjilat chopstick lerr.. as buat chicken and fish fillet rcpnya sama je cuma guna ayam & ikan.. kebetulan soping2 pg tadi ada Tarakihi fillet tu murah skt.. sambar je ler. kalau ikutkan mmng x bli ler..biasa lah makcik,kalau x de lebel special, reduce to clear, for sale,mmng makcik jeling je..x sambar pun..ekekekekekkk... tuan punyer rcp suh marinade 30mint, tapi makcik duk layan kain diampaian dan pokok2 makcik kat luar, dah terlebih plk marinade..tapi jgn risau..makcik x tipu.. sedap sgt bila kicap cain & garam tu dah meresap teghase sgt kesedapannya.. ups x nak merapu..nanti ade yg loya sbb mokcik bnyk songeh.. makan dgn nasi goreng mentega.. best!

Chinese Style Lemon Chicken

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning (optional)
  • as tambah 1 sdb sos tiram

Cara-cara

  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  6. *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!



Thursday, August 27, 2009

Menu Ramadhan

Assalamualaikum w.b.k,
Maaf ya lama sgt x kemaskini umah ni, sibuk sket ngan xtvt ramadhan. Diam x diam dah 6 hari kita berpuasa kan?Moga tertunai azam ramadhan as tahun ini, maklumlah yg lepas2 agak hampeh sket, x dpt nak Khatam Al-Quraan. Sibuk ngan urusan dunia yg x abis2.. Menjahit la..itu la,ini la.. urusan dunia mmng x abih2! Maaf lah jika as kurang menjengah umah kalian.
Ok lah..Ni antara menu berbuka, x dan sgt nak amik foto. Hari2 masak tapi x de napsu nak diposing2kan..tahun ni ntah nape ekk, bab makan2 ni kurang selera sket nak2 yg agak manis2.. tapi sbb anak2 suka yg manis2, as buat juga..sebab anak2 pun tengah bersemangat nak berpuasa. Biasanya as makan kurma dan minum air dulu,lps tu solat maghrib..sambung makan yg simple2 dulu..nanti balik terawih baru lah selera nak makan.

Pasta Bake ni mmng pebret kami.. anak2 mmng suke sbb as lapiskan cheese tu.. ikutkan kalau dah sejuk berdiri teguh je pasta ni..tapi disebabkan ada dak kecik yg posa yang2 yok tu,nak makan panas2.. dah jadi runtuh lak bila dipotong!

Ni plk dessert berbuka, Lopes perantau.. :)! rcp asal dari Kak Umi-E from MyR..tapi as ada ubah2 sket.. best idea kak E ni.. alhamdulillah! sedap, sebab mmng dah lama x makan kuih lopes..


Dapat 3 btg sederhana besar.. yg posing sebatang je yg lain2 dah ikut gi surau! Pengat jagung bersagu pun x sempat nak posing..


Kuih Lopes perantau
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air

Cara-cara
beras pulut,santan,garam dan sedikit pewarna hijau ditanak di rice cooker.. apabila mendidih masukkan 1 sdb minyak masak..
sediakan cling wrap, apabila pulut dah masak, letak atas cling wrap dan gulung pulut tadi dengan padat dan rapi.
Sejukkan pulut sbelum dipotong .
Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
Untuk air gulanya >>> masak gula merah bersama air,masukkan sehelai daun pandan.Setelah masak tapis terlebih dahulu utk mengasingkan habuk yg ada pada gula.

Ni Plak, Chicken Black Papper, wat sahur.. makan ngan nasi putih panas2 je pun dah sedap, maklumlah sahur kan? mmg x lalu nak makan bnyk2..


Wednesday, June 24, 2009

Kepak Ayam Madu Pedas

Assalamualaikum w.b.k,

Ni juga pebret anak2.. Kepak ayam madu pedas ni, rcp asal dari fieza, as ada adjust2 sket ikut suke.. Suke2 aje ekkk.. umah ni kalau x pedas2 x sah.. anak2 request letak black paper lagi tuh.. memang best tapi x la pedas sgt sampai kena keruk lidah..atau ulam air, pedas yg sedang2 la.. makan ngan nasi goreng mentega dayang..




1kg kepak ayam - digoreng
Bawang besar - di kisar

2 ulas bawang putih- dikisar
Cili kering dihiris kasar

1sdb cili kering
3 s/b sos tiram
1 1/2 s/b madu
3 s/b minyak

1 sdb lada hitam yg dikisar
3 sdb kicap manis
Cara-cara
-Tumis bawang yg dikisar, dan cili kisar, asukkan sos tiram dan madu.Letak sedikit air jika terlalu kering,masukkan lada hitam dan cili kering yg dipotong kasar.Padamkan api dan sebatikan ayam dengan bahan sos tadi.

Tuesday, June 23, 2009

My Chicken Roasted

Assalamualaikum w.b.k,

Kebizian weekend aritu, .. sampai laa ni baru sempat update entri.. smlm wat chicken roasted je..sebab kain baju menambun, malas sgt nak potong dan goreng2..main lebur je dlm oven.. so layan la ekk ayam ni sebelum dan selepas kejadian, makan ngan nasi pattaya pebret hby & anak2 tu...





Bahan2,
Seekor ayam
1 labu bawang besar- potong 4 tapi x potong abis
*1 sdt crushed garlic
*1 biji lemon - diperah
*1 sdb oregano
*1 sdb minyak zaitun
*1 sdb kicap manis
*1 sdb sos tiram
*sedikit garam
2-3 biji tomato
Cara2,
Bersihkan ayam, lumurkan semua bahan2.. perapkan lbh kurang 1 jam, masukkan 1 labu bawang besar kedalam ayam.. sumbat je kat bwh tu..
Bakar selama 40minit-1 jam 15 minit.. atas sehingga air jernih keluar dari ayam..terbalikkan ayam jika suka garing2.. keluarkan air ayam utk dibuat sos lada hitam..
Sos lada hitam
bawang putih dikisar
1 sdb lada hitam
1 sdb kicap
1 sdb sos tiram
sedikit garam
1cawan air dari ayam yg dipanggang tadi..
2 sdb tepung jagung utk pekatkan kuah
Didihkan semua bahan, setelah mendidih masukkan tepung jagung yg dicampur air..
Kepekatan ikut suka..

Tuesday, June 16, 2009

Kari Ayam rcp Ibu Mertuaku

Assalamualaikum w.b.k,
Maaf la..lama x update entri diblog..bukan ape..busy sesangat..baru laaa ni, dpt mengupdate..bukan ketandusan idea..tapi masa amat cemburu kat as ni.. cepat sungguh masa berlalu..pejam celik,pejam celik dah pertengahan June.. ok lah.. arini as nak share rcp Kari as..ramai sgt yg kirimkan email nak rcp ni..he..he..ada gak yg teringat2 kat kari as.. InsyaAllah as kongsikan, dun worri, jgn malu jgn segan, lps copy @ print jgn lupa cuba..jgn diperap je ya.. Sebonarnyo x le special sgt Kari ni, as belajar dari ibu mertua as la kan.. maklum lah my MIL tu kalau masak Kari.. memang anak cucu teringat2.. so,as pun dengan muka x malu..menuntut la.. kena lah belajar..sekurang2nya, bila dah berjauhan cenggini, dpt gak anak cucu nya merasa karinya ni.. he..he..sesapa kari punya line..meh layan ya.. Kari ni,sedap makan ngan nasi,roti,roti jala dan yg sewaktu dengannya....cuma sampai skrg ni..x pas nak wat tosai mama tu..adeh!! teringat kat Ju & Dania..kalau makan kari as suke yg ceker2..korang tau ke ceker tu ape!! ceker tu org jawa ckp kaki ayam.. he..he.. Buat Ju..jgn lupe masak utk anak2 kite yg kiut2 tu ya.. makan ingat2 Ibu kat sini! ;)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam- dipotong dan dibersihkan
*1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
-kisar bahan *
1sdb cili kering-yg dikisar (cili boh pun ok)
1 senduk kari babas
1 biji tomato yg besar diptg 4
1 kiub pati ayam
1 btg serai -diketuk
sedikit santan
1 tangkai daun kari (kalau ada..x de pun x pe)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Santan secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji kentang dibelah 4(ikut suke)

Cara2nya,
-Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang,cili kering..gaul rata, masukkan bahan2 yg dikisar(bawang2 dan halia),serai, daun kari,ayam, dan tomato,gaul dan biarkan seketika.
-Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Tambahkan sedikit air, masukkan garam dan kiub pati ayam. Masukkan kentang dan didihkan seketika..Biar minyak naik cantik. Ketika betul2 mendidih masukkan santan. InsyaAllah x pecah santan.Gaul rata dan biarkan mendidih dan pastikan ayam dan kentang betul2 masak.

Boleh juga guna rcp yg sama utk masak ape2 daging (lembu @ kambing)

Selamat mencuba ya...

Thursday, June 4, 2009

Chicken Chop la pulak...

Assalamualaikum w.b.k,
Salam malam Khamis, sementara tunggu mesin basuh abis wat koje..wat en3 la pulak.. 2,3 ari selepas ni dilanda kebizian lagikkk.. ni menu ari ni..tekak Jawa ni nak makan plk ala2 western.. bkn tekak as je sebenonya..yg lain2 pun sama..dah rindu bebenor nak makan Chicken Chop nih..dulu selalu makan kat luar so..sekarang kat luar pun x berani nak makan..al-maklum lah..susah nak dpt yg Halal.. so meh layan menu nih.. rcp akan dipost kendian ya.. bahan2 pun ape yg ada kat dlm esbok tu je.. kejap je masaknya..x sampai 1 jam dah siap..
Yg ni ada bread crumb


Thursday, May 28, 2009

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum w.b.k

Lauk kegemaran kami sekeluarga..dari last week lagi Cik Abg dah sebut2 ..bila nak masak lauk ni..Cik Adik..sibuk ngan menu2 yg lain je..tetiba tergerak lak nak buat.. kalau yang namanya Nurin Nazifa tu, makan x hengat dunia..pebret dia betul asam2 pedas nih! jeruk sawi tu buat dia bertambah selera.. kebetulan rcp as pun sama ngan rcp CMG yg as skodeng kat sini.. so as copy paste je kat sini..






Bahan-bahan ( 5 orang )
600 g ayam
5 kelopak sawi jeruk
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
1 cawan cili kisar
BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
BAHAN2 LAIN:-
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan.
Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas
.

Thursday, May 7, 2009

Ayam Percik, Spagethi Goreng & Pengat Jagung

Assalamualaikum w.b.k

Semalam masing2 x nak makan nasi, anak2 nak Ayam Percik & Mr.Hby lak nak Mee goreng. He..he.. layan.. Ayam Percik ni bakar di oven je.. warna x cantik sgt tapi ok la.. yg penting rasanya tu. Memasing nak lepas gian ayam percik pasar malam..cepat tu licin..

Bahan-bahan ( 1ekor ayam )
1labu bawang besar
1 inci halia - dikisar
Lengkuas - dikisar
3 ulas bawang putih - diblend
3 batang serai - diblender
1/2 cawan gula
1 kiub pati ayam
1 senduk cili kisar
1 senduk cili sos
1 cawan santan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
Tumis semua bahan yang dikisar..masukkan gula,garam,kiub pati ayam setelah itu masukkan santan. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti ..Bakar dan siap..

Mee goreng ni.. he..he.. kat sini mmng susah nak dpt mee kuning... Mr.Hby pun mmng suke as masak guna Spagheti ni..so goreng simple2 dan guna bahan yg simple2 jer..

Bahan2:
1 pkt spagethi-direbus
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
5 sdb cili kisar
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
1 ketul dada ayam dihiris nipis
1 mangkuk fish ball
Daun Kuchai
Taugeh
Carrot
Sedikit garam

Cara2:
-Panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn yg dikisar, tumis garing dan masukkan sos2, kicap, ayam dan fish ball..
-Jika terlalu garing masukkan sedikit air, gaul rata.
-Masukkan carrot kacau sehingga rata dan agak msk.Masukkan pula spagethi yang telah direbus tadi, gaul rata.
-Masukkan daun kucai dan taugeh.Kacau rata dan padamkan api.

Bubur @ Pengat Jagung ni memang pebret kami sekeluarga.. anak2 suka sgt bila as letak sagu dan pasta tu..


Pasta - direbus
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
Secubit garam
2 cawan santan
5 cawan air
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warna lebih perang
5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
Cara-cara
Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
Masak gula, gula merah. Tapis (takut ada habuk2 dari gula merah tadi) didihkan lagi dengan daun pandan stelah itu masukkan sagu dan pasta yg direbus tadi. Setelah mendidih..masukkan santan dan secubit garam..

Siap untuk dihidangkan.